Isnin, 2 Februari 2009

Dugaan

Salam. Seminggu bercuti dan bersantai dirumah, banyak peristiwa dan berita baru dan berlaku. Terutamanya pada minggu terakhir cuti. Seawal cuti tiada program dan aktiviti, tetapi di akhir cuti perogram sangat padat.

Bermula dengan program motivasi dan re orientasi di SM Teknik Seri Pelindung. Seramai 400 pelajar dan dibantu oleh En. Azril. Pengalamannya sangat hebat di mana pelajar sangat luar biasa. Pada sebelumnya ada mesyuarat Ekspo Penerangan. Setelah beberapa kali bermesyuarat akhirnya semua program berjaya di overroll oleh Abang Amir kita.

Apa yang menarik sejak khamis sebelumnya saya ke KL berurusan dengan Jishah Coorp. Menyelesaikan beberapa perkara yang tertunggak. Makan tengah hari bersama taukeh dan seterusnya saya terus ke The Mall menanti masa temujanji dengan Hj Mustafa dari Kop Ukhuwah. Oleh kerana anak PMR 9A, maka membeli hp untuk hadiah kejayaannya.

Selepas tunai solah saya terus menaiki LRT ke Sogo untuk berurusan dgn Hj Mustafa. Saya sangat teruja dengan kehebatan beliau mengendalikan koop yang sangat besar. Pejabatnya di medan tuanku. Banyak perkara dan isu dibincangkan dan banyak perkara yang saya mohon pertolongan dari koopnya. Pada dasarnya beliau bersetuju untuk membantu dan saya sangat gembira. Saya sebenarnya meminta bantuan darinya untuk koperasi saya. Kebetulan saya adalah Pengerusi KGPAP. Sebelum itu pada 10 jan dulu kami sama-sama bertanding untuk jawatan NYDP Angkasa. Syukur beliau telah memenanginya dengan undi tertinggi.

Semasa pulang beliau telah menghantar saya ke The Mall dengan Mercnya dan ada driver. Saya fikir itulah satu kop yang ada merc dan ada driver.

Berbalik cerita seterusnya dihujung minggu selepas program motivasi pada ahad saya berihat dan membersih kawasan rumah. Sempat saya menghubungi Hj Mustafa tetapi tiada jawapan. Namun sejurus kemudian beliau menghubungi saya kembali dan saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi menbiayai saya ke Aceh bersama DPMM pada 13 Mac hingga 16 Mac. Sungguh diluar dugaan. Dan saya berdoak hubungan persahabatan kami benar ikhlas. Sebab dalam kereta semasa dia menghantar saya beliau meluahkan perasaan yang sangat begok pengurusan Angkasa.

Petang ahad saya menghantar anak ke Tahap dan bergegas balik kerana ada temujanji dengan YM Raja Ismail di Rest House Temerloh bersama Amir. Setelah solah asar saya terus ke sana di mana YM trelah lama menanti.

Setelah memesan miniman dan makanan amir sampai dan kami terus bersembang untuk masa depan jamaah. Sebelumnya saya dah meting dengan hj jusuh dan amir bagi rancangan strategi seterusnya.

Dalam pada itu saya sempat menghubungi beberapa kawan lama seperti yazid dan rizan. Syukur masih sihat dan bergembira.

Pada malamnya kecoh pula hal 2 adun dari perak. Sempat baca blog dan berita dan sehingga pagi ini belum selesai. Inilah dunia.

Tapi saya tetap berpendirian bahawa yang benar adalah segala-galanya.

Sedang menulis blog ini saya dihubungi oleh SMT Cenor, Amir kemudian Rizan. Saya juga ada menghuhungi hj jusuh. Sori tak dapat jumpa kerana dalam tugas.

Hanya allahlah segala yang baik dan akan akhirnya menemui kabaikan.

Insya Allah kebaikan akan bersama kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan