Selasa, 15 Mei 2012

Kenangan

Bismillahir rohmanir rohim. Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Salam dan selawat ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Pada tahun 1977 seingat saya waktu itu semasa saya dalam tingkatan 3, saya telah diperkenalkan oleh Abang Ipar saya tentang sebuah pertubuhan Islam yang bernama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Dan saya terus memohon untuk menjadi ahlinya.Saya telah menulis surat rasmi memohon menjadi ahli ABIM dan setelah itu saya telah diberikan senaskhah Perlembagaan ABIM. Namun sehingga hari ini permohonan saya tidak pernah diluluskan. Semenjak hari itu walaupun saya tidak pernah menjadi ahli ABIM tetapi program dan aktiviti ABIM sering saya sertai terutama usrah. Dalam waktu usia saya yang begitu muda (16 tahun) saya telah didedah dengan pelbagai ilmu dan maklumat tentang politik semasa dalam dan luar Negara. Dipendekkan cerita tiba-tiba pada tahun 1978 pilihan raya umum telah diumumkan dan pada tradisinya PAS tetap bertanding walaupun dalam kekuatan yang sangat minima. Dan hendak dijadikan kesah, tiba-tiba ayah saya sendiri telah diminta untuk menjadi calon PAS N.10 Kerdau dalam Parlimen Jerantut pada ketika itu. Maka sejak dari itu pengalaman dan pemerhatian saya dalam ilmu politik telah bermula. Tambahan pula ayah saya sendiri yang menjadi Calon Pas ketika itu. Namun apakan daya saya baru seorang remaja dalam tingkatan empat hanya sekadar memerhati gerak kerja dan strategi yang dlaksanakan oleh Pas dalam menghadapi Pilihan Raya ketika itu. Saya melihat ayah saya keseorangan dalam membuat kerja-kerja pilihan raya terutamanya kerja kempen. Saya melihat seterusnya dia hanya dibantu oleh seorang yang saya kenali sebagai Pak Teh Yassin. Mereka berdualah ke hulu ke hilir berkempen supaya pengundi memilih calon Pas. Pak Teh Yassin memikui pembesar suara dan ayah saya ala kadar setakat ilmu yang ada pada dia berceramah membuat penerangan. Saya tidak pula perasan sejauh mana kekuatan parti dan sejauh mana gerak kerja ahli parti pada ketika itu membantu ayah saya sebagai calon Pas untuk memenangi kerusi N.10 Kerdau, yang saya lihat ialah setiap pagi seawal jam 8.00 pagi ayah saya akan keluar berkempen dengan Pak Teh Yassin dan selewat jam 2.00 atau 3.00 pagi beliau balik. Saya tidak tahu dari mana datang sumber wang perbelanjaan, cetak poster, bahan kempen dan sebagainya yang diperolehi oleh ayah saya. Yang saya tahu selepas habis pilihan raya ayah saya telah berhabis berpuluh ribu. Kasihan. Namun dengan kekuatan yang sangat minima, dengan pengundi masih takut untuk memilih calon pembangkang namun kekuatan pas memang ada. Buktinya ayah saya tidak hilang wang pertaruhan. Seperti biasa di hari mengundi kita dikehendaki menghantar bekalan makan dan persiapan lain untuk PACA. Walaupun saya baru dalam tingkatan empat oleh kerana tiada petugas, maka terpaksalah saya turut terlibat membantu dalam hal dan kerja pilihan raya. Saya masih ingat seawal jam lima pagi emak saya bangun memasak mungkin dibantu oleh orang kampung untuk diberi kepada petugas pada hari mengundi. Setelah semua bungkusan makan disiapkan, makas saya diminta menghantar bekalan makanan tersebut di setiap peti undi. Dengan sebuah kereta yang dipinjam dari abang ipar saya, dan saya tidak mempunyai lesen memandu pun, saya bersama Pak Teh Yassin telah pergi ke setiap pusat mengundi untuk mengagihkan bekalan makan kepada para petugas. Seingat saya kebanyakkan tempat mengundi tiada petugas kita walaupun mereka berjanji untuk turun membantu. Maka Pak Teh Yassin pun merungut, hai kemana pulok budok-budok ni dalam lorat Temerloh. Dengan rasa hampa saya pulang membawa pulang bekalan bungkusan makan yang tidak dapat diagihkan kepada petugas kerana mereka tiada bertugas. Cuba bayangkan betapa seronoknya BN kerana tiada petugas Pas bersama dalam bilik mengundi. Sebelum itu saya juga mengetahui bahawa pihak SPR meminta semua parti politik yang bertanding melawat tempat-tempat mengundi, dan saya adalah wakil kepada parti Pas untuk melawat tempat mengundi tersebut. Saya ke sana bersama bapa saudara saya Tang Zeni. Maka mungkin beraya sakanlah puak-puak UMNO memangkah kertas undi tanpa dipantau oleh petugas kita. Dan keputusannya ayah saya kalah dalam pilihan raya tersebut. Apa yang hendak saya kongsikan di sini itulah kekuatan Pas pada ketika itu. Pas bertanding bukan di atas kekuatan tetapi bertanding di atas semangat dan kewajipan dan menghalang sama sekali UMNO-BN menang tanpa bertanding. Untuk makluman ayah saya pada ketika itu hanyalah seorang pemandu teksi dan berlawan dengan Mohd Salehuddin Omar rakan sekelasnya seorang bekas penghulu. Walaupun dari segi akademik dan pengetahuan jauh lebih baik dari Mohd Salehuddin (ayah saya mempunyai Diploma dari sebuah Institusi Pengajian Tinggi di Jerman Barat dan pernah melawat England serta fasih berbahasa Inggeris). Dan salah seorang penyokong kuat ayah saya ketika itu ialah Ustaz Reduan Harun bekas YB Kerdau menggantikan Allahyarham Abdullah Kia yang meninggal pada tahun dalam satu pilihanraya kecil selepas pilihan raya umum 1999. Dan seperti biasa kekalahan berpihak kepada kita. Bersambung..................

Khamis, 10 Mei 2012

Keliru

Salam. Tiga hari sebelum mesyuarat Pas Kawasan Temerloh pada 4 Mei, saya telah diziarahi oleh beberapa orang pimpinan tertinggi termasuk CM. Di samping mereka menziarahi saya yang sedang sakit kami juga berbincang bagaimana mahu meningkatkan lagi gerak kerja Pas kawasan. Antara lain ialah merombak jawatan pengurusan termasuk SU dan KP. Dalam mesyuarat AJK yang diadakan, saya tidak hadir kerana kesihatan saya tidak memngizinkan. Namun pada keesokkan harinya saya telah dihubungi oleh seseorang dan melahirkan rasa kekesalannya kerana apa yang dimaksudkan tidak menjadi. Mesyuarat menjadi kecoh dan timbul isu kata mengata dan lebel melabel antara sesame AJK dan ahli. Selang beberapa lama saya telah dihubungi sekali lagi tetapi orang yang berlainan, ceritanya sama. Wallahu alam. Dari apa yang saya perolehi dari mula perbincangan awal sehingga tarikh sebenar mesyuarat diadakan kesimpulan yang saya boleh buat adalah sangat banyak. Saya mohon maaf banyak-banyak, kalau inilah sikap dan sangkaan sesama kita alangkah jauhnya amalan dan penghayatan kita terhadap persahabatan dalam islam. Kita selamu menuntut bahawa aku tiada kepentingan langsung untuk menjawat sesuatu jawatan dalam jamaah. Aku tidak pernah mahu sekali pun untuk merebut jawatan dalam jamaah. Aku tak kesah pun kalau aku tidak dipilih. Walau apa dan siapa pun yang memegang jawatan aku tetap dan akan terus wala kepada pimpinan yang di pilih. Namun hakikatnya dari kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan tindakan dan perangai kita, sejak mesyuarat cawangan, Kawasan dan mesyuarat AJK jauh bumi dengan langit pengakuan kita seperti di atas. Dimana adab sahabat? Dimana adab berjamah? Dan di mana adab dengan ketua. Saya difahamkan YDP mencadangkan untuk merombak jawatan dalam pengurusan, dengan tujuan untuk membuat penambahbaikan dalam pengurusan parti. Tapi apa natijahnya? Bukan sahaja pandangan dan cadangan YDP tidak dihormati malah menetang secara terbuka dan menuduh sesama AJK dan Ahli dengan perkataan itu dan ini, melabel itu dan ini dan itulah sangkaan-sangkaan yang dilemparkan kepada yang berkenaan. Malang dan sungguh menyedihkan. Kalau pandangan YDP di tolak bahkan tidak di hormati apalah harapan kita untuk menerima penghormatan sesama sendiri. Dan yang menyedihkan juga YDP langsung tiada mempunyai peluang untuk menentukan siapa gandingannya dalam mentadbir parti. Saya teringat bagaimana kes perlantikan SUK Selangor suatu ketika dulu. MB mempunyai cadangnya sendiri namun dihalang oleh pihak yang berkepentingan. Apabila keadaan itu berlaku, kita sebagai pendukung jamaah menyelar tindakan pihak yang berkepentingan itu. Tapi hakikatnya tindakan kita serupa. Masing-masing sebenarnya memunyai kepentingan tersendiri. Mempnyai tujuan dan matlamat sendiri. Tergamah menyanggah cadangan YDP. Kerana apa? Kerana bimbang itu dan ini, takut itu dan ini dana memang masing-masing mempunyai agenda yang tersembunyi. Dan yang malangnya lagi, orang yang dipilih tersebut menerimanya pula jawatan tersebut. Sama seperti SUK Selangor tersebut. Langsung tiada intergeriti dan maruah diri. Tapi alas an cukup kukuk. Kehendak jamah. Konon. Adakah kehedak YDP dianggap bukan kehendak jamaah yang memerlukan ahli wala’ dan taat kepada pimpinan? Wallahhu alam. Sejak 10 tahun dulu, saya telah membaca dari sudut hati kecil, tak akan kemana jika kita masih bertelagah dan tiada wehdatul fikri, wehdatul amal, wehdatul tanzim dalam memandu, mengurus dan mentadbir jamaah. Teringat akan kata-kata sahabat saya dari Kuala lumpur, sebanarnya kita ni sama sahaja dengan pihak sana, Cuma yang membezakannya hanya Islam. Tujuan, perangai, tindak tanduk, berebut jawatan, berkepentingan adalah sama. Ngata ke orang sedap ngat. Berpuluh tahun pegang jawatan ta mahu tukar-tukar. Keknya adakah kita tak gitu. Cuba tengok jawatan ketua muslimat? Berapa lamadah dia pegang? Tak tukar-tukar sejak saya kenal Dewan Muslimat. Sehingga satu ketika pernah cubaan menghalang mereka yang dicalonkan untuk bertanding. Minta maaf kepada semua, terutamanya kepada Allahhu Rabul Jalil. Kalau macam ini sikap dan sangkaan kita saya mohon berundurlah. Saya tak mahu menambah sangkaan-sangkaan seterusnya. Tuan-tuan teruskan menguasai jamaah, sampai bila-bila hatta kiamat sekali pun. Walaupun saya telah lama meninggalkan pengurusan jamaah, namun tindak tanduk tuan-tuan dalam pemerhatian saya sperti juga tuan sentiasa mencurigai saya. Tapi saya tidak pernah mencurigai tuan, Cuma saya memerhati tindak tanduk tuan. Sehingga pernah sampai ke telinga saya YDP adalah papet kepada saya. Sungguh berat dan besar tuduhan tersebut. Wallah hu aklam. Mohon keampunan. Satu lagi yang saya dapat liha, sikap jatuh menjatuh antara kita sama macam pearngai sebelah sana. Ada didapati, dia tidak mampu untuk pergi jauh dalam mengisi jawatan, mereka ini cuba pula menjolok atau mempromot orang lain supaya duduk di tempat itu. Sehingga sanggup mebelakangkan keputusan jamaah, Jamaah telah buat keputusan, dia cuba pula melobi supaya kepiutusan itu diganti dengan keputusan dan pandangan dia. Sikap keputusan sendiri mengatasi jamah masih berleluasa. Dan dikatakan pergi sendiri berjumpa PJ untuk melobi. Kenapa tak melobi untuk diri sendiri? Entahlah, saya pun tak faham, usrah sana, usrah sini, tazkirah sana tazkirah sini, ceramah sana, ceramah sini. Mengingatkan supaya mengutamakan jamaah, walhal diri sendiri jauh sekali bertindak sedemikian. Munafik!. Akulah yang pandai, akulah yang betul, akulah yang hebat dan akulah segala-galanya. Wassalam.

Rabu, 9 Mei 2012

Sakit

BISIMILLAHIRROHMANINRROHIM Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihi. Salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad Saw. Segala puja dan puji bagi tuhan sekelian alam. Dan kesejahteran ditujukan kepada penegak dan pejuang agama dan kebenaran samada yang telah hidup maupun yang telah pergi. Betapa lemahnya makhluk yang dipanggil Insan. Telah melangkaui empat minggu ini badan rasa sakit dan lemah. Teringat setelah saya menjemput seorang Imam untuk melihat dan merawat penyakit yang tidak kunjung sembuh, sekejap kebah dan banyak masa tidak kebah, iaitu pada 7 April 2012 saya telah menghantar dan menemani isteri ke suatu program jabatanya di Kolej Vokasional Muazzam. Program yang bermula jam 9.30 pagi itu berakhir sekitar jam 2.20 petang. Sebaik sahaja isteri saya melangkahkan kakinya ke Dewan Kolej tersebut saya terus mencari musalla untuk menunaikan solat sunat Dhuha, dan sebaik sahaja beberapa ketika, saya ketemu sebuah surau yang tidak jauh dari Kolej tersebut. Lantas tanpa berfikir panjang saya terus membuat keputusan untuk terus ke surau tersebut. Setelah selesai urusan saya dengan Yang Maha Pencipta, saya terus mendapatkan rehat dengan berbarng bagi melelapkan mata untuk menunggu selesainya program isteri saya. Namun waktu agak terlalu pagi baru sekitar jam 10.00 pagi. Selepas setengah atau lebeih saya di situ, saya mengambil keputusan untuk meninjau kawasan Bandar Muazzam, dan saya terus menuju ke distinasi yang saya maksudkan walaupun sebenarnya saya tidak tahu arah mana jalannya. Diringkaskan kesah seelah puas saya bermonolog di dalam kereta dan di sekitar Bandar Muazzam tersebut, saya mengambil keputusan untuk menunggu isteri saya di sekitar atau kawasan yang berhampiran dengan kolej di mana program isteri saya di adakan. Setelah meninjau beberapa ketika saya terlihat di suatu kawasan yang agak redup di tepi sebuah hutan kecil. Waktu ketika itu sekitar jam 12.00 tengah hari atau lebih dengan hujan rintik-rintik. Lama saya menunggu namun program isteri saya nampaknya tak kunjung tamat. Dalam pada itu saya terus sahaja merehatkan badan dalam kereta di tepi hutan tersebut. Setelah puas menunggu akhirnya sekitar jam 1.30 petang isteri saya menghubungi saya mengatakan program telah hamper selesai dan meminta saya menjemputnya. Namun akhirnya selepas satu jam menunggu lagi baharulah program tersebut benar-benar tamat. Dan saya dan isteri terus menuju untuk pulang ke Temerloh. Pada keesokkan harinya badan terasa amat lemah, namun saya gagahi juga untuk rutin harian saya, kerja, kulliah, bangun malam, membaca quran dan sebagainya. Selama satu minggu saya mengalami gangguan tersebut. Kemudian pada minggu ke dua saya tidak lagi mampu untuk terus bertahan dengan gangguan tersebut, sebaik sahaja selesai saya menguruskan beberapa keperluan pejabat saya memohon izin dari ketua jabatan saya untuk pergi ke klinik bagi mendapatkan rawatan dan saya telah diberi cuti satu hari walaupun saya minta dua hari. Dan setelah menerima rawatan saya di sapati sedikit demam dan diberi beberapa jenis ubat, namun keesokkan harinya badan saya masih tiada perubahan dan pada malamnya sekali lagi saya ke kelinik untuk mendapatkan cuti sehari lagi. Pada hari ketiga (rabu) saya gagahi juga untuk bertugas namun saya terpaksa balik awal kerana keadaan saya semakin lemah. Dan pada hari khamis saya tidak boleh lagi menahan rasa sakit yang amat dan meminta isteri saya menghantar ke Hospital Temerloh. Setalah dirawat setengah hari saya dibenarkan pulang tetapi diminta untuk datang semula mendapatkan rawatan susulan. Pada keesokkan harinya saya ke klinik kerajaan Simpang Somgsang untuk pemeriksaan darah dan keadaan saya masih tidak berubah. Pada sabtu sekali lagi badan terasa amat lemah dan saya berpesan kepada isteri saya, saya terasa mahu meninggalkan dunia ini untuk selama-lamanya. Sekali lagi saya di bawa ke Hospital Temerloh, kalau dulu isteri saya yang menghantar namun pada kali ini terpaksa memanggil ambiulan. Dan seperti dulu juga setelah setengah hari saya di rawat saya dibenarkan pulang. Hari Ahad dalam keadaan yang lemah saya terpaksa pula mempengerusikan satu mesyuarat ALK Koperasi Guru-guru dan Pegawai Agama Pahang Berhad kerana saya adalah pengerusinya. Sebaik sahaja mesyuarat badan terus terasa lemah. Petang saya meminta isteri menghubungi Ustaz Zakaria untuk datang dan melihat keadaan saya. Pada pagi Isnin badan semakin lemah. Langsung tiada tenaga untuk bangun. Sekali lagi saya meminta isteri memanggil doctor pula. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk dibawa ke KMC Kuantan dan meminta pertolongan Ustaz Nor Azmi menghantar saya ke sana di iringi oleh Cikgu Badri. Di KMC saya terpaksa pula menunggu 4 jam untuk admint kerana KMC penuh. Setelah itu selama 3 hari 2 malam saya di rawat keputusannya saya tuidaklah sakit seperti keadaan diri yang sebenar. Isnin saya admint dan rabu saya minta discharge kerana tiada sakit yang memudaratkan pada pandangan doctor. Saya pulang bersama isteri dan anak saya memandu pulang ke Temerloh. Dan saya terus mendapatkan rawatan alternative termasuk dengan Pusat Rawatan Kiswah. Namun sehingga hari ini keadaan saya belum pulih sepenuhnya dan masih dalam idah rawatan. Dan semalam saya mula bertugas seperti biasa walaupun dalam keadaan yang belum selesa.