Rabu, 28 Januari 2009

Kong Hi Fat Chai

Salam dan selamat tahun baru cina.
Koi kalau cuti-cuti gini memang malas menulis. Koi minta maaf pada sesiapa yang ada baca blog koi ni kerana tak update blog ni. Bukan apa bila cuti malas nak tulis kerana duduk rumah koi suka santai je, dan lagi pun berebut pulok dengan anak-anak koi yang dia gilir-gilir guna komputer. Koi ada masa dan idea jika di tempat kerja.

Ok, isunya seperti biasalah ada politik, antarabangsa, sukan dan lain-lain. Koi tak hirau ngat dengan benda-benda tu, sbb dah lali sangat denga isu yang tak habis-habis. Semua pihak dakwa mereka aje betul. Bagi koi mudah, yang benar hanya satu, Islam. Itu je.

Koi selama ni tak berapa bersungguh ngat tulis blog ni, kerana namanya pun santai. Tapi lepas ni koi akan tulis seperti tajuknya ialah bicara minda.

Moga kita semua akan menggunakan minda untuk mencari kebenaran, kecemerlangan, kejayaan dan kedilan. Dan ia berpaksi kepada asma ul husna.

Kalau nak popular dan cepat terkenal kita boleh sertai blog yang menulis tentang politik semasa. Hentam kerajaan cukup-cukup. Maka ramailah orang buka blog kita.

Bukan koi tak mahu tulis tentang itu, koi akan tulis juga dan juga dengan tajuk-tajuk lain. Sbgai contoh, itu Dato Nasharuddin Hashim yang baru tukar parti boleh dijadikan tajuk besar, Itu YB dikatakan pernah menjadi DO di Temerloh sekitar tahuan 80han. Ha koi ni orang Temerloh, dan kalau nak tulis memang banyak. Huruhara dibuatnya sekejap dengan tindakan positif beliau itu.

Oklah mungkin minggu depan koi akan tulis blog ni dengan lebih serius lagi.

Minggu ni masih cuti dan ada beberapa aktiviti yang koi akan buat, cuma koi terkilan tak dapat pergi kenduri hj mashood. Lupa betul. Sori tuan haji.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan