Isnin, 29 November 2010

LEGASI

Salam. telah sekoan lama tidak menulis. Selama beberapa lami ini banyak peristiwa dan pengalama telah ditempuhi.

Namn manusia masih lagi 14 jam jika bertemu di mana sahaj, kedai kopi, restoran, bas stop, pejabat atau hingga di surau atau masjid akan bercerita tentang kehidupan dunia. Bertanya khabar, sudah makan, dari mana, kerja apa dan sebagainya.

Tapi bila agaknya apabila kita berjumpa maka soalan pertama yang akan kita tanya ialah apakah persiapan kita untuk mati. Bila agaknya.

Maka sebab itu kematian adalah pasti, dan kita akan pasti meninggalkan legasi untuk genari akan datang.

Wassalam.

Rabu, 3 November 2010

1.11.10

SALAM. Bertemu lagi di ruangan Bicara Minda (BM). Agak lama tidak berbicara dek kesibukan dunia yang fana.

Tanggal 1.11.10 bersamaan 24 Zulkaedah 1431 hari Isnin, jam 6.20 pagi, di Hoshas Temerloh, telah berangkatlah ayahnda yang dihormati ke Rahmatallah. Alam yang akan ditemui oleh sekeliah makhluk yang pernah hidup di dunia ini.

Pagi itu seperti biasa aku bangun sebelum masuknya waktu fajar bagi menunaikan kewajipan yang tak pernah akan dimansukhkan. Seketika bersiap untuk satu program di luar Temerloh kira-kira jam 6.suku pagi, aku menerima panggilan dari adik iparku mengatakan yang ayanhnda telah tiada harapan.

Aku terus mendapatkan kepastian, harapan apa? Adakah harapan untuk sembuh atau hidupnya. Dengan rasa yang tersekat ia mengatakan tiada harapan untuk meneruskan hidup dalam erti kata ”nazak”. Namun akau tetap yakin ayahku tetap akan terus hidup dan aku akan terus menelurusi hidup ini dengan meneruskan agenda harian seperti biasa.

Namun akhirnya aku mengambil keputusan agenda hari itu dibatalkan dan aku akan terus ke hospital untuk menemui ayahku. Namun belum sempat untuk berbuat sesuatu, aku menerima pula panggilan dari ibuku, dan mengatakan ayahku telah kembali ke Rahmatallah sebentar tadi. Dan denga tenang dan sabar aku menerima kenyataan tersebut lantas terus ke hospital bersama isteriku.

Namun pada sebelah malamnya sebelum itu, kira-kira jam 10 malam, isteriku menerima panggilan dari anakku yang sedang menuntut di Poli PD mengatakan ia mengalami kemalangan jatuh motosikal dan sedang menuju ke Hospital Seremban kerana dikatakan mengalami patah di sebelah lutut kirinya. Dan ia mengatakan tak perlu bimbang dan akan menghubungi sekiranya perlu.

Ini menjadikan aku dan isteriku mengaalami dua kejadian musibah serentak. Kematian dan kemalangan.

Sebaik sahaja aku sampai di Hospital, ibu, adik dam adik iparku telah ada di sisi jenazah ayahku. Lantas ibuku memerintah aku menguruskan membawa pulang kenazah ayahku dan mereka bertiga balik untuk persediaan menerima kepulangan kenazah ayahku.

Isteriku terus mencapai surah yasin dan membacanya di sisi jenazah. Aku sempat menemui doktor yang kali terakhir merawat ayahku dan menanyakan sebab yang beliau ketahui punca kematian ayahku.

Setelah semua pulang, aku dan isteriku bersedia untuk membawa pulang jenazah. Kemudian sebelum itu aku telah diziarahi oleh YB Syed hamid. Selang beberapa masa ayahku telah dibenarkan untuk dibawa pulang. Syukur sungguh mudah sekali aku menguruskan untuk membawa balik jenazah ayahku ke rumahnya.

Sekitar jam 8 pagi persiapan untuk urusan yang wajib ke atas jenazah telah beres. Urusan mandi, kafan, penyediaan kubur, solat dan lain-lain telah berjalan lancar. Perancangan untuk mengkebumi sebelum zohor terlaksana namun selesai urusan pengkebumian berakhir selepas zohor.

Setelh kenazah sampai di rumah, sanak saudara, sahabat handai, kawan dan kenalan telah mula tiba untuk menziarahi. Aku menerima kunjungan mereka dengan rasa penuh terima kasih di atas sinpati.

Apabila jenazah telah direhatkan seketika, segala kelengkapan telah diuruskan oleh pihak yang berkenaan. Oleh kerana ayah dan keluargaku dominan untuk dua buah kampong iaitu Kg Telok Ira dan Kg Berhala Gantang. Maka tugas mereka dibahagi sama rata. Kg Telok Ira menggali kubur dan Berhala Gantang urusan memandi dan mengkafankan.

Akhirnya sebelum zohor seperti yang dijadualkan selesailah solat kenazah yang diiamakan oleh al Fadhil Ustaz Ahmad Badawai Abdullah al Hafiz dengan sempurnaya. Dan selepas itu urusan pengkebumian da laksana dengan sempurna juga oleh anak dan cucunya.

Terima kasih kepada semua, yang mengurus urusan jenazah, yang menziarahi dan yang menyolatkan jenazah. Terima kasih dan al Fatihah.