Jumaat, 27 Februari 2009

Culas

Salam. Maaflah yek. Agak lama juga koi tak nuls. Bukan ape culas ngat dua tiga hari ini. Memang banyak isu nak ditulis tapi culas.

Dalam seminggu ni line internet tak berapa elok sikit, dan cuba juga nak tulis tapi internet tak dapat ditek.

Pagi ni ada seorang tanya ngape tak nulis blog. Dan hari ini koi luangkan sikit masa untuk nulis.

Perkara yang menarik perhatian koiu berita dua tiga harim lepas dalam utusan meloya ada seorang menteri kata Islam perlu dijaga. Koi tanya diri koi sendiri. Kita jaga Islam ke atau islam yang jaga kite.

Soal politik tak habis-habis dan semua nak tunjuk hero. Koi ada kata kat rodong-rodong jika dalam situasi pembangkang dan kerajaan sama kuat maka inilah jadinya. Koi fikir kalau nak menenangkan keadaan kita kena cari seorang BJ Habibie bekas preseden indon selepas suharto. Beliau berjaya menenagkan politik indon dan selepas itu dia serahkan kepada kebijakan rakyat untuk meneruskannya.

Kita siapa agaknya yang boleh jadi BJ Habibie.

Selain itu koi nampak dalam pemikiran koi melayu ni masih lagi hendak menyelesakan persoalan melalui kehebatan melayu yang tak hebat tu. Dalam forum atau isu di tv, mereka cari tokoh melayu yang dah ganyut bincang soal perpaduan melayu. tapi cuba kaitkan dengan bangsa lain. Mereka kata, berpadu melayu maka bangsa lain juga akan menjadi kuat. Pelikkan? Faham ke tak fahama maksud koi. Kalau tak faham tuan semua boleh komen.

Semalam koi je Putra Jaya, hujan sangat lebat, cuma yang nak bagi tahu, pejabat kerajaan di Putra Jaya tu tiada parking kereta. Siapalah agaknya yang menjadi pensasihat sehingga terlepas pandang nak sediakan tempat letak kereta.

Hari ini rodong ajok pegi rompin, katanya makan udang. Hoi bes juge. Dia kata pegi sana dengan abang mat kite.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan