Rabu, 22 Februari 2012

Kenangan.

Untuk tatapan pembaca Ini bukan untuk kempen anwar tapi artikel sebagai rujuksn saye kerane dalam berite ini nama saye ade di tulis. Sekadar itu saja. TEMERLOH: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan asakan media pro Umno yang menuduhnya sebagai menyokong Israel ekoran temu bual dengan Asian Wall Street Journal (AWSJ) bulan lalu adalah fitnah dan putar belit. Sambil menegaskan propaganda dan kontroversi tersebut sengaja direka bagi menutup pelbagai skandal pemimpin Umno yang mulai dipersoalkan rakyat, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat berkata, pada masa sama beliau tidak diberi peluang menjawab fitnah itu dalam media yang sama. “Kenapa tidak disiarkan wawancara penuh itu yang saya sebut sokongan kepada Israel tertakluk kepada syarat tanah Palestin yang dirampas dikembalikan semula, barangkali mereka tak faham perkataan contingent itu. “Jadi itu bukan bermakna saya sokong Israel, sedangkan menuntut semula hak wilayah Palestin inilah juga yang diperjuang dan dimahukan Hamas. Sebab itu saya sendiri rapat dengan pimpinan Hamas termasuk Khalid Mashaal. “Oleh itu tuduhan saya penyokong Israel samalah dengan fitnah terdahulu seperti saya agen Amerika, agen China, sokong undang-undang hubungan sejenis dan macam-macam lagi,” katanya. Ketua Pembangkang itu berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk tempatan pada majlis Minum Petang Bersama Anwar di Felda Bukit Damar, Lanchang dekat sini semalam. Beliau dalam rangka program turun ke padang sehari di Pahang termasuk berceramah di Kuantan dan berakhir di Parlimen Pekan pada sebelah malamnya. Turut berucap Timbalan Ketua Perhubungan PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid, Ketua Biro Felda dan Orang Asal PKR Pusat Suhaimi Said dan Ketua Penerangan PAS Temerloh Suhardiman Mohd Lazim. Anwar percaya, beliau akan terus menjadi mangsa serangan media Umno sebagai cubaan menutup isu-isu kritikal yang dibicarakan rakyat seperti rasuah, penyalahgunaan wang rakyat seperti skandal NFC, harga barang yang melambung tanpa kawalan dan pengangguran. “Semua itu Umno dan kerajaan tak mampu jawap lalu cuba ditutup dengan pelbagai isu yang menyerang peribadi supaya fokus rakyat tidak terhala kepada isu-isu tadi. “Prestasi ekonomi negara berada dalam keadaan teruk sehingga boleh bankrap jika BN berbelanja mewah dengan berhutang. Sebab itu saya cabar Najib berdebat, tapi beliau tiada respons walaupun ambil kesempatan menghentam PR melalui media mereka,” tambahnya. “Semua itu Umno dan kerajaan tak mampu jawap lalu cuba ditutup dengan pelbagai isu yang menyerang peribadi,” tambahnya. Anwar berkata, sekarang ini digemparkan kerajaan sibuk mengagihkan wang tunai RM500 bagi membina persepsi di kalangan rakyat bahawa Umno baik walaupun ia berlaku hanya sekali dalam tempoh 50 tahun, berhampiran pilihan raya dan setelah mereka merasa terdesak mungkin kalah. “Kita nak tegaskan bahawa PR boleh lakukan lebih baik umpamanya di Selangor bagi anak mula lahir RM200 setiap bulan yang mati diberi RM2,500, pelajar masuk universiti diberi RM1,000, air percuma. Itu baru kerajaan negeri. Di Pahang ada macam itu? Jadi nak sokong Umno buat apa? “Saya masih mahu tegaskan komitmen PR bahawa jika memerintah Puterajaya akan turunkan harga minyak sebab Malaysia pengeluar utama. Hasil minyak sekarang RM90 bilion dulu masa saya RM30 bilion jadi hasil meningkat tiga kali ganda tetapi pendapatan rakyat tidak meningkat sebanyak itu,” jelasnya. Mengenai skim baru perkhidmatan awam (SBPA) yang masih menjadi pertikaian, Anwar berkata penjawat tinggi mendapat kenaikan melampau manakala yang berpangkat rendah naiknya sikit menyebabkan berlaku ketidak adilan. Sedangkan PR komited dengan janji gaji minima RM1,100 sebulan. Kepada jentera PR Anwar mengingatkan, jangkaan beliau pilihan raya umum (PRU) mungkin akan dipercepatkan berdasarkan perkembangan terakhir. GAMBAR Anwar menunjukkan gambar beliau bersama pemimpin Hamas, membuktikan beliau menyokong perjuangan rakyat Palestin

Seminar

Salam. Lame betui dah koi tak nulis di blog ni, Malas dan tambahan sibuk dengan keje sosial. Bersih, Lajnah, Pusat tahfiz, kuliah, ngajo, bengkel, dan seminar yang koi ettend.Dah 3 hari koi di genting IAB, ngikut seminar Pengurusan dan Kepimpinan pendikan ke 18, yang di rasmikan oleh TPM. Sebanyak 15 ketas keje dibentan oleh pelbagai latar belakang pembentang.Memang hebat mereke sume, keknye dai sudut diri, tiada kene mengene dengan koi, sebab seminar itu untuk top management sekoloh dan kementerian. Namun koi mahu mmajukan diri, hadir juga ats jemputan IAB. Abis seminar ni ari esok 28 Julai 2011.Hari perama koi ke sini, lepas daftar asrama pegi ke batang kali cari durian. Berhenti di satu dusun dan makan dua biji yang baru gugur kena cas 30RM. Cuma tuan kebun tu kate dia adalah abang kepada KM Melaka. Dan koi akan terus dela dengan dia.Sekarang semianr sedang pembentangan KK yang ke 10 oleh Dekan sebuah sekolah dari UPSI. Dalam BI. Inilah masalah kite. Tapi koi tok kesoh, sbb semasa koi buat master dulu lagi teruknye.>Koi nampok, laluan kerjaya koi dah tak ke mane. Koi dok bincang dengan rodong kerana tak ambil peluang sejok dulu, tapi koi kata tidok, koi tak mengambil peluang keran meraikan kerjaya dia.Koi dulu perah ditawarkan menjadi pensyarah di IAB, Maktab Perguruan, dan pernah juga di tawarkan oleh STM untuk bersame dalam koperat. Pernah juga menjadi Pnsyarah di Kolej Komuniti, dan pernah juga amik cuti untuk cuba cari peluang lain.Namun akhirnya kembali dan kekal keje di sekolah, dari ngajo tkt 6 dan sekarang ngajo kelas peraliohan, tanpa pangkat dan tanpa gred.
Namun koi pasrah dan akan terus hidup sehingga mangadap Ilahi. Jika ada rezeki akan terus meningkjat jiia tiada syukur dngan apae yang ade.Wassalam.

Malas

Doh lame koi tok nulis, bukan ape, fedup sebb koi baru je nulis tapi ilang. Sebab tu koi malas.Jumpamlagilah.
SALAM SEJAHTERA Bertemu kembali di laman cyber. Setelah beberape lame koi menyepi dalam bidang penulisan blog, hari koi berkesempatan menulis sikit. Koi sepatutnye pagi ni mensorat sikit dengan cikgu jid, keknye dia tok dapat pulok kerane ade kematian. Pagi sebelumnye koi lihat ade mis kol dari Tuan Guru Haji Baqi, dan pagi ni koi kol die pulok tapi takde jawab. Make sebab itulah koi ade mase nulis ni. Sebenonye koi agok sibuk due tige bulan ni, terutame menguruskan sekoloh tahfiz dan anok yatim di Kg Padang lalang. Koi sebenonya telah perabih banyok belanje dan mase untuk mengendalikannye. Dan syukur sumene berjalan lanco dengan pertolongan dan bantuan rodong-rodong yang sefikroh. Time kasih Cikgu Nan yang banyok membantu dari sudut idea dan pengorbanan mase, CCikgu Jid yang bertungkus lumus bagi menjayekan sekoloh ini. Hj Jusuh yang sentiase membantu jika diperlukan. Cikgu Azman yang sentiase on kol, Ustaz Shahril yang sanggup menerime cabaran, tok ketinggalan Ustaz Zakaria Da walaupun doh lame menyepikan diri. Ustaz Jo gone kite le ni. Tanggal 1 Feb 2012 make terciptelah sejaroh sekolah yang kome usahakan. Due pelajar dari Jengka dn Kuantan serta tige dari KL. Sumenye lime orang pelajo. Syukurlah. Namun ditengoh keseronokan koi menerime pelajo dan mereke telah belajo, tetiba tiga yang dari kl balik dan tinggei sue orang. Make gone ke yeak dah jadi gitu. Namun hok due orang tu nampoknya masih kental. Dan syukur due hari lepas kome terime masuk sorang lagi dari jengka jugek. Melalui blog ini koi menyeru dan menawarkan kepade sesiape saje yang ade mempunyai anok yatim yang nok menghafaz quran, lelaki lepas upsr datanglah berjumpu atau datang ke sekoloh. Kome temuuge sikit dan kalau sesuai boleh belajo di sini, kome tanggung sume. Minggu lepas jugek koi pegi kusus buat ketas keje pinjaman TMP. Tige hari koi pegi 15 sampai 17 Feb di Shazan In Kontan dengan Shahril. Balik kontan petang jemaat tu lepas solat jemaat, koi ke Bukit Damo untuk satu majlis hi tea dengan anwo. Koi pegi dengan Nizam dan Bob. Namponye ramai jugek orang datang, keknye yang koi rase peliknye tetiba koi dimintok jugek berucap sikit. Koi pun berucaplah walaupun koi tak nok. Sebabnye doh sepuluh taun koi dah tak berucap dipentas politik. Tapi tetiba diminta berucap di majlis bersama pemimpin beso Negara. Dan mungkin ini satu sejaroh baru dalam politik koi. Dan semalam Jati dilancarkan. Make bertambohlah lagi satu pengajuran perpecohan Melayu oleh Asan Ali. Dan adekah Asan Ali ingat dengan tertubuhnye Jati itu make rakyat akan makin kuat kuasenye. Kalau difikirkan bersatu itu adelah satu make bersatulah kita. Jika ade due atau tige atau lebih organisasi maka sebenonye kita penganjur perpecahan. Perpecahan dikutuk oleh Agame. Terima kasih.