Rabu, 28 Januari 2009

Kong Hi Fat Chai

Salam dan selamat tahun baru cina.
Koi kalau cuti-cuti gini memang malas menulis. Koi minta maaf pada sesiapa yang ada baca blog koi ni kerana tak update blog ni. Bukan apa bila cuti malas nak tulis kerana duduk rumah koi suka santai je, dan lagi pun berebut pulok dengan anak-anak koi yang dia gilir-gilir guna komputer. Koi ada masa dan idea jika di tempat kerja.

Ok, isunya seperti biasalah ada politik, antarabangsa, sukan dan lain-lain. Koi tak hirau ngat dengan benda-benda tu, sbb dah lali sangat denga isu yang tak habis-habis. Semua pihak dakwa mereka aje betul. Bagi koi mudah, yang benar hanya satu, Islam. Itu je.

Koi selama ni tak berapa bersungguh ngat tulis blog ni, kerana namanya pun santai. Tapi lepas ni koi akan tulis seperti tajuknya ialah bicara minda.

Moga kita semua akan menggunakan minda untuk mencari kebenaran, kecemerlangan, kejayaan dan kedilan. Dan ia berpaksi kepada asma ul husna.

Kalau nak popular dan cepat terkenal kita boleh sertai blog yang menulis tentang politik semasa. Hentam kerajaan cukup-cukup. Maka ramailah orang buka blog kita.

Bukan koi tak mahu tulis tentang itu, koi akan tulis juga dan juga dengan tajuk-tajuk lain. Sbgai contoh, itu Dato Nasharuddin Hashim yang baru tukar parti boleh dijadikan tajuk besar, Itu YB dikatakan pernah menjadi DO di Temerloh sekitar tahuan 80han. Ha koi ni orang Temerloh, dan kalau nak tulis memang banyak. Huruhara dibuatnya sekejap dengan tindakan positif beliau itu.

Oklah mungkin minggu depan koi akan tulis blog ni dengan lebih serius lagi.

Minggu ni masih cuti dan ada beberapa aktiviti yang koi akan buat, cuma koi terkilan tak dapat pergi kenduri hj mashood. Lupa betul. Sori tuan haji.

Wassalam.

Isnin, 19 Januari 2009

Palestin

Salam. PRK KT telah berlalu. Umum mengetahui Pas menang dengan majoriti besar. Koi sehari sebelum mengundi berada di KT dengan kawan-kawan mizi, darus, jala dan hj zaha. Kome ke KT sebagai pelancong Pilihan raya sahaja. Bertolak ke KT sebelum jumaat dan sampai ke KT agak lewat 6.30 ptg. Sampai di KT jalan sesak dan kemeriahan pilihan raya terselah dengan bendera, banner dan papan tanda. Kome terus ke bandar dan akhirnya parking berhampiran hotel grand con. Kebetulan di situ juga ada sebuah surau kecil tapi bersih. Kome pun terus menunaikan solat jamak berjamaah. Di surau kami bertemu dgn U. zakaria da, basit dan kawannya.

Dikatakan ada ceramah brother, sbb itu kome parking di situ. Selepas solat kome cari gerai untuk basahkan tekak dan seterusnya kome mendengan ceramah. Di situ adalah pentas keadilan. Penceramah MP Kuala Langat, MP Ampang, dan ramai lagi termasuk Khalis Ibrahim MB. Ramai pendengar dan hebat isunya.

Sebelum jam 12 kami akan balik kerana hari esoknya kami berkerja ganti. Dalam perjalan kemeriahan masih kelihatan. Namun dalam hati tiada sebab pas akan kalah. Sepanjang perjalanan pas mengatasi semua segi berbanding bee end. Selama berada di kt hanya koi lihat 1 kereta sahaja yang pasang bendera be end. Selepas itu kami pun pulang dengan penuh yakin pas akan menang dan kami sampai jam 5.00 pagi.

Hari ini isu pihan raya kecil itu masih kedengaran. termasuk dari bekas piem. Berbagai ulasan dan pandangan. Berita TV 3 masih macam lama. Provokasi. Berita seperti "pas gah dengan kemenangan" dll terus berbunyi provokasi. TV 1, TV2 dan TV 3 tak serik-serik. Kata Agus sbb kekalahan bee end mungkin disebbkan media terlalu provokasi dan memeluatkan para pendengan khususnya pengundi.

Pemimpin bee end tak habis-habis dengan isu pembangunan, jasa kerajaan dan macam-macam kebendaan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Dari JKK hinggalah ke menteri dan jawatan tinggi dalam parti bee end itulah isunya.

Koi nak bagi tahu mereka ni, rakyat dan pengundi bukan tak mahu dan tak tahu bee end yang buat itu semua. Tapi pengundi tak mahu bee end membalun harta negara sesuka hati. Dan buat kerja pembangunan ni memang kerja kerajaan. Yang pihak bee end tak mahu terima dan tak sedar diri ialah rakyat dah bosan dengan isu rasuah, kroni, salah guna kuasa, merembat harta kerajaan, menindas, buli, diskriminasi dan macam-macam seribu satu kejahatan yang bee end lakukan. Tapi masih lagi lagu lama apabila komen dan pandangan jika pihak rakyat komen. Apa salah terima kenyataan, dan koreksi diri dan sedar dirilah.

Sebenranya isu ni dah 3 kali koi tulis tapi tak boleh diterbitkan kerana masalah teknikal.

Tajuk koi ni ialah palestin. Semua kita tahu palestin diganyang oleh yahudi. Dalam khutbah, demonstrasi dan macam-macam anti dan marahkan yahudi. tapi tak sedar ke lepas kutuk, marah dan macam-macam lagi tapi diakhiri dengan sokong balik yahudi. Bila? sebaik sahaja khutbah habis, sebaik demonstrasi habis, masing-masing terus menghisap rokok macam tak ada apa rasa kesalahan. sedar tak ini bermakna sekarang selepas khutbah, demonstrasi dan apa-apalah kita sokong yahudi pulak, tadi tu pura-pura aje, ikut orang aje dan ikut-ikut aje. Sebab rokok itu sumebr utama ekonomi yahudi. 80% untuk rokok untuk yahudi gunakan tembak palestin, jadi sebenarnya kitalah yang tembak dan bakar yahudi dengan membeli dan menghisap rokok keluaran yahudi.

Semasa koi ke kt singah di beberapa gerai makan, semua pakai kopiah, pakai baju pas tapi majoritinya merokok, dunhill, winston dan semua jenama yahudi. jadi?

Sekian dan salam.

Jumaat, 16 Januari 2009

Tukar

Salam. Seperti biasa masa relax ni koi dapatlah mengupdatekan blog koi ni. Sekarang koi tukar nama bloh dari bicara santai kepada bicara minda. Koi rasa lebih nampak ilmiah, kerana santai ni nampak bersahaja dan ringan-ringan, kalau minda ni nampak lebih ilmiah dan ada anjakannya. Idea ni koi dapat ketika borak dengan rodong.

Ok sempena namanya bicara minda, maka kita kenalah memggunakan akal dan fikiran dalam sebarang tindakan dan dalam sebarang menyumbangkan cadangan dan idea. Sbb selama ni kita suka buat cadangan berdasarkan rasa, ikutkan atau saja-saja ja. Dengan menggunakan minda maka kita akan membuat anjakan dalam sebarang indea dan kita menjadi idelis yang ilmiah. Dan kerana kita sdelaku kata biasalah, maka benda yang tak biasa pun jadi biasa. Maka mulai saat ini hendaklah kita membetulkan benda yang biasa dan membiasakan benda yang betul. Boleh?

Ok jumpa lagi. Salam. Koi ada mesyuarat jap.

Khamis, 15 Januari 2009

DAP

Salam. Hari ini muka depan BH, Dap keluar pakatan jika pas laksana hudud. Itu Karpal buat kenyataan. Berita radio sejak semalam lagi dah canang ini berita. Karpal minta itu pas hormat prinsip Dap. Tapi bagaimana pula DAP, tak perlukan dia hormat ptinsip Pas dalam soal Hudud?. Sbb hudud adalah prinsip Pas.

Oleh kerana PRK KT makin hampir ini modal besar Bee End agaknya. Tapi nampaknya itu Karpal saja yang buat sibuk.

Ok seperti biasa cerita palestin tidak akan habis, tapi kenapa tak akan habis. Ia akan habis sekiranya samada palestin hancur dan pupus sebagaimana barat memupuskan res indian di Amerika atau Israel pupus di muka bumi ini jika tidak tunggu kiamatlah baru selesai. Sbb dunia islam dan orang Islam tidak sebagaimana Islam yang Islam.

Ini semua adalah teori charles darwin, orang kuat terus hidup, orang gagah akan terus menang. Yang kuat tindas yang lemah

Bila mahu habis. Salam

Rabu, 14 Januari 2009

Maahad Tahfiz

Salam. Petang Isnin koi ke Kuantan dengan Isteri. Terus ke Maahad Tahfiz Tg. Lumpur. Isteri koi dah opoiment dgn Ustaz Rashid. Koi sampai lbh kurang jam 3 ptg. Sampai di maahad koi terjumpa Lah Ismail kawan lama yang bertugas di situ katanya secara kontrak. Koi pun terus jumpa dan cerita pasal peluang anak koi belajar kat situ. Setelah di lihat result anak koi dia kata kalau anak awak nak dia akan dapatlah. Lepas tu baru jumpa ustaz rashid dan dapat penjelasan dari dia. Jam tu juga isi borang.

Sebenarnya koi dah niat pose isnin, tapi isteri dan long tak pose, maka koi bartalkanlah pose koi dengan makan petang di sebuah gerai di tg lumpur. Hari dah pukul 4, tapi tak pelah ok je. Lepas tu kome pun tak tahu mana nak pegi. terus ke rumah tok cu yang dah lama tak jumpa. Selepa cerita beberapa lama kome pun terus baliklah.

Hala balik koi ngantuk ngat juge, maka isteri koi drebo.

Hari ini khamis, nampaknya tiada isu menarik, namun untuk memenuhi masa koi tulis juga blog ni. Koi ni ada cita-cita untuk bersama memajukan organisasi. Tapi koi bab ni agak malu dan tak suka menonjol, kecuali diminta berbuat begitu. Koi ada bercadang dalam hati untuk memberi sesuatu ceramah kepada pelajar dan guru pada setiap kali perhimpunan.

Pilihan Raya KT nampaknya berjalan terus. Koi ada anto anak koi pergi bantu Pas di sana. Dia pegi pada ptg sabtu, tapi pagi isnin dah sampai rumah. Koi ingatkan dia akan terus ada di sana dan bantu sehingga sampai hari mengundi. Nampaknya tiada juga cerita yang menarik tentang KT ni. Sprt biasa berita cetak dan elektr0ni terus gila dan menggila.

Isu palestin juga orang dah bosan. Tiada pembelaan yang konkrit diberi kepada palestin. Apa ni dunia Islam. Nampaknya kita beri bantuan bukan kjeperluan dan kehendak mereka. Sebenarnya baju, wang bukanlah keperluan utama mereka, mereka mahu senjata. Nampaknya kerajaan orang Islam mampu hantar resolusi sahaja, Resolusi buat apa, dah berpuluh tahun dan berpuluh resolusi dibuat dan dihantar, keadaan macam tu juga dan betambah terusk. Mereka mahu senjata. Namun kerajaan orang islam masih takut dan membisu, tapi rakyat umat di negara orang islam berani membantah dan bersedia untuk berjuang, kerajaan? entahlah. Mereka takut USA, sekatan ekonomi, kerana semua mereka bergantung dengan kekuatan amerika. Biar rugi akhirat asal untung dunia.

Hari adalah hari ini tapi apakah persediaan kita untuk hari esok?

Wassalam

Isnin, 12 Januari 2009

Tak Sempat Nak Balik Kampong

Salam. Semalam koi anto anak koi balik asrama Tahap. Pada sebelah pagi selepas subuh koi bergegas ke Kuantan kerana merasmikan Mesyuarat Kawasan Timur KGPUP di SMA Ihsan. Tiada isu dan perkara yang hangat dibincangkan. Selesai mesyuarat koi bergegas pulok ke Temerloh pasai tadilah, nak anto anok koi balik asrama. Tapi koi ngantok ngat tidur sekejap di R&R Gambang.

Pukul 4 ptg koi ke jerantut dan sampai belum kul 5. Di tahap koi jumpa ngan abang Lah Lawer. Koi iangat dia anto anok jugok tapi tok, dia ambik anak dia kerana anok die dapat masuk maahd tahfiz yayasan pahang. Koi tanye die tingkatan berape, die kate tingkatan 4 lepas PMR.

Ale balik koi tanye rodong koi, tak nak ke anto ain ke mahaad tu, sbb koi tak tahu rupanya ada pengambilan lepas PMR. Die kate, die tahu program tu, semase taklimat anok mintok melalui UPRS dulu, Keknye anok koi tu tak dapat. Hah kalau gitu ape saloh nye kite anto anok kite jugek ke situ. Die pun setuju, kek neye die kate, akak tu nok ke KISAS. Koi kate tak pe, kite mintok dulu, die pun setuju dan hari insyaa allah koi nok ke Kontan nak uruskan hal tu. Sebab die pun layaok juga 9A PMR.

Tapi sebelum tu hari ahad koi ke Putera Jaya, ade persidangan Angkasa Kebangsaan. Sebenonya koi dicalonkan NYDP. Koi bukan ape menang memang tok mungkin, cume koi nak memeriahkan aje persidangan tersebut. Seramai 21 orang dicalonkan ke jawatan tersebut. Orang ounye lobi dan kempen ngalohkan pilihan raye umum. Koi buatlah juge sikit-sikit untuk promosi diri aje, bukan untuk tujuan menang. Memang tak menang pun.

Hari ini ko keje tak ade tugas langsung, relax ajelah, ni yangapat tulis blog ni. Koi sangat berhajat nok membantu jabatan koi, memajukan organisasi, terutama pelajar-pelajar, kek nye gone gayenya. Koi ni malas nak menunjuk-nunjuk koi ni pandai, hoktu koi malu sikit, sbb tu koi tak buat ape-ape secare sukarele, tapi jike diaraohkan koi akan buat dengan sebaik-baiknye.

Make sebabtulah akhirnye koi tal lepas nok balik kampong pasal sibuk ngat hal anak, koperasi dan yang sebenarnye hal dunialah. Bilelah nok selesai hal dunie ni.

Wassalam.

Jumaat, 9 Januari 2009

Politik

Salam. Hari ini agak selesa, dan kurang sibuk. Seperti biasa koi kalau selesa gini mengupdate blog koi untuk tatapan entah siapa yang sudi buka dan baca. Kalau tak cerita politik memang tak meriah rasanya. Sekarang sibuk tentang pilihan raya KT. Be End kata akan bawa pembangunan dan ekonomi. Soalnya bukan kita tak mahu pembangunan dan tak percaya janji Be End tu, dan memang Be End yang buat dan bawa pembangtunan tu, sbb dia kerajaan sejak dulu. Kalau di takdirkan parti lain pun sama akan bawa benda tu juga. Tapi orang tolah Be End bukan soal pembanguna dan ekonomi. Dan Be End ni sejak dulu kini dan mungkin selamanya dalam kempennya itulah modalnya. Pengundi bukan tolak tu, tapi pengundi tolak sikap dan perangai Be End. Rasuah, kroni, penyalah gunaan kuasa, ISA, dskriminasi dll. Ngapa Be End tak mahu sedar-sedar. Saya sebagai pengundi fikir yang itu. Kalau adil, saksama, terbuka, telus dan intergriti mungkin dan sudah tentu Be End masih relevan.

Pagi tengoh koi minum dikantin, koi dapat sms dari rodong Ihsan, mengatakan berita koi keluar muka depan dengan gambar sekali di akhbar siasah. Cerita tentang angkasa yang kecoh tulah. Nampaknya Engku Aziz dah merajuk, koi dah kata dalam siasah minggu lepas, nampaknya Angkasa dah diresapi penyakit politik, dah berpolitik dan cuba dipolitikkan. Kan koi dah kata ini kerana ahli politik yang cuba menguasai angkasa, sbb dalam politik mereka dah diketepikan atau dah tak laku. Cuba tengok biodata calon dalam senarai calon yang dibekalkan kepada pengundi. Kebanyakan calon-calon yang atas tu ramai juga yang memperlihat mereka dari parti United Malay Nation Organisation yang telah expired. Semuanya tulis bekas itu dan bekas ini dalam parti tu. Kalau pilih juga mereka, tak mustahil akhirnya angkasa akan dijadikan milik mereka dan akhirnya juga akan difaraidkan. Bukan apa, kita bimbang ini akan berlaku dan mungkin jadi kenyataan kerana mereeka ada sejarahnya.

Harap pengundi bijak dan berfikir.

Satu lagi isu sekarang ialah Palestin. Sampai bila akan berakhirnya. Banyak solution dan cadangan. Tapi dah lebih 60 tahun, masih macam tu jugak. Entahlah.

Raja Nazrin kata ekonomi akan terus merudum, dan minta rakyat dan semua pihak bersedia dan berjaga-jaga, tapi kerajaan Be End kata tak akan berlaku. Inilah yang mengelirukan rakyat, bukan Anwar yang mengelirukan hudud kata Karpal. Yang si Karpal ni tak habis- habis cerita pasal hudud. Bukan kita nak kerat tangan dia, yang dia kecoh ni apsal.

Terima kasih kerana sudi baca blog koi. Wassalam

Selasa, 6 Januari 2009

Slow

Salam. Pagi ni sprt biasalah buka komputer dan lihat berita dari portal. Pagi ni juga terus hubungi khairi dan basiron untuk berita. Selesai buat berita hantar melalui email ke basiron. Berita angkasalahlah, sebagai calon Naib Yang Dipertua. Minta siarkan dalam mana-mana akhbar yang boleh dan sesuai. Nak keluar bajet memang tak adalah sprt calon lain.

Hari ini penamaan calon KT. Nampaknya tak dapat nak pegi kerana tak cuti. Hari sabtu dan ahad ada program koperasi. Hari mengundi ganti cuti. Ada member ajak kita pegi juga hari jumaat.

Hari ini hari kesepuluh palestin di bedil amerika/israel. Hanya luahkan kasihan sahaja. Solat hajat dan hulur derma. Pemimpin negara Islam tak tahu mana mereka pergi.

Isu PPSMI belum tamat. Dato Hassan Ahmad nampak garabg, tapi seteelah enam tahun baru jaga dari tidur. Tapi yang penting dah jaga, tapi masih ramai yang tidur dan mengigau mempertahankan PPSMI tu.

Syed Hamid pula mempertahankan ISA dan kata rakyat malaysia juga sokong ISA di kekalkan. Tapi rakyat malaysia yang mana. Tapi kalau Lokman yang mewakili rakyat malaysia memang betulah kata syed hamid.

Seminggu dua ni politik, ekonomi dan dunia masih tak menetu. Hala tuju manusia masih keliru. Sbb mereka mencari sesuatu melalui akal bukal naqal. Sampai kiamat pun tak akan berjumpa. yang pasti mencari terus mencari.

Koi memang buka internet pagi lagi, tapi slow sangat untuk detek tu. Terutama yang banya grafik. Tapi slow pun bolehlah buka juga.

Wassalam

Isnin, 5 Januari 2009

5A dan 9A

Salam

Semalam koi anto anak koi ke Tahap, daftar untuk ting 2. Dia dulu dapat 4A saja UPSR. Ikut aje mane dapat sbb tak straight A. Hari ini anak koi anto ke Tahap juga tapi dia komplain sbb dia dapat 5A UPSR, tak dapat ke SBP. Dia kata lebih baik tak dapat 5A boleh masuk sekolah mana-mana aje. Baru-baru ni PMR pula keluar result. Anak koi seorang lagi tu dapat 9A, koi janji dulu dapatkan straight A dulu, akan usaha untuk pegi SBP. Tapi nampaknya tak boleh pulok, frust betui anak koi, Nampaknya kena buat kotijensi planlah. Straight A pun tak lepas ke mana-mana.

Hari ini mula sekolah dibuka. Makin sibuklah ibubapa menguruskan hal anak-anak, tapi mujurnya sekolah kata tak payah kutip yuran, tapi sebenarnya kena kutip juga tapi lepas bulan 6 setelah PIBG luluskan. nampaknya rakyat Malaysia ni kena tipu idup-idup, tak kena bayar tapi kena bayar.

Minggu depan ada Persidangan Kebangsaan tahunan Angkasa 2008. Koi di calonkan mengisi jawatan Naib YDP. Ada 21 orang calon NYDP. Koi terima macam-macam lobi dan kempen, surat, sms, telepon dan lain-lain, Semuanya nak menang sangat. Koi tak buat ape-ape pun. Malas nak kempen, nanti tak berbaloi, kalah dalam tangan, menang belum tentu. Koi target dapat 10 undi pun dah bagus. Tapi koi ada strategi tersendiri.

Pilahan raya kecil KT hari esok penamaan calon, TV dalam berita cerita memang sedap. Tapi rakyat malaysia sekarang tak boleh nak agak, samada mereka tersilap, sabar atau apa, memilih pemimpin. Propaganda, rasuah, politik wang, kempen dan lain. Tapi pengundi macam tu juga, tak tahu nak fikir atau memang dah paksa berfikur.

Itulah cerita hari ini.