Rabu, 31 Disember 2008

Koperasi

Salam.
Pada 28 Dis koi ke jerantut menghadiri seminar nuqaba, dengan suhaimi, hasasn dan bendahari. Bagus juga program tu, Saari sungip dan Us Idris bentang KK. Ramai jumpa kawan-kawan lama, sprt Ust Abu Kassim dan Zabudin. Sebenarnya memang dah lama koi tak pergi program macam ni, adalah dua tiga tahun. Bukan tak mahu pergi tapi tak pernah dijemput pun, kalau jemput insya allah koi pegi.

Pada hari sebelumnya koi di talipon oleh seseorang dari koperasi polis katanya. Dia minta koi undi bosnya yang bertanding NYDP Angkasa 10 Jan depan. Koi kata insya allah, tapi koi kata koi bertanding NYDP juga. Kata dia dia boleh bagi undi juga ke koi. Ha itulah orang melobi cara unbtuk dapat undi. Koi fikir juga tak kan koi tak lobi untuk undi, tapi koi tak kesah ngat, dapat ok, tak dapat tak pe. Tapi koi fikir koi kena buat sesuatu.

Dalam siasah ada cerita tentang Ungku Aziz dengan angkasanya. Koi kata ni, ada peluang untuk koi ulas dalam siasah. Maka koi pun hubungi Khiri dan koi siapkan berita tentang angkasa. Kairi setuju jumpa koi tapi belah ptg. Pada ptg isnin koi jumpa dia, sblm tu solat maghrib dulu, lepas tu kome ke old town. Banyak cerita dibincangkan. Dipendekkan cerita koi minta dia siarkan berita koi tentang angkasa ni. Lepas makan kome ke pejabat dia. Tapi malangnya program yang koi buat tu yak sama dengan program dalam komputer dia. Maka gagallah untuk buat berita tu. Tapi koi kata tak pe, koi antar emel kedia. maka koi antolah, moga-moga oklah tu. Tapi sebelum tu ada juga basiron, dan dia kata dia boleh tolong jugek. Rupa-rupanya dia orang ni tak tahu sangat perkembangan dalam angkasa.

Koi ni sebenarnya Pengerusi Koperasi KGPUP. Mereka dah calonkan koi bertanding NYDP Angkasa malaysia. Semalam koi dapat surat dari angkasa yang mengatakan koi calon yang ke 21. Amboi ramainya bertanding NYDP. Tapi siapa-siapa baca blog koi ni yang berkenaan pangkahlah no 21.

Hari ni koi diminta bentang satu KK di Darul Amin, untuk guru pasti, tajuk Saikologi Pendidikan. Koi ni bab KK ni suka sangat. Beilah tajuk ape pun, koi akan buat. Kek nya dia bagi tahu 28hb, tajuk bagi 29hb bentang 31hb. Koi tak kesah, dah siap pun dan insya allah koi pentang jam 11.00 ni.

Ptg semalam koi ada kuliah/usrah di surau hijau. Koi ada kuliah tu seminggu sekali selasa malam rabu. sapa-sapa nak join jomlah.

Semalam juga berita agak gembira tapi belum konfom, anak koi yang vbelajar di Kedlantan tu dapat straight A dalam PMR. Syukur alhamdulillah.

Koi malas nak cerita panjang-panjang nanti tak ada orang nak baca kalau panjang sangat. Jumpa lagi Wassalam

Rabu, 24 Disember 2008

Cuti dah nak habis

Salam. Hari ni seperti biasa cuti sekolah. Pagi selepas siap diri pergi pejabat kejap (koop) urusan pindaan undang-undang kecil. Tapi sebelum tu cari ink printer tapi x ada. Selepas beres semua keje di koop, terus balik rumah. Tapi sebelum tu ada jumpa zul geduik, dia dah jadi pengetua sekarang, dan ada buka kedai di kg awah. Sampai rumah nrodong tel minta anto surat rayuan ke sbpi.

Balik tu ada beli paper adil dan baca, petang ada duan datang dan lepas tu rodong balik dan ke bandar urusan dunia yang x habis=habis. Minum kat semantan hotel ada jumpa berahim TM, Pas tu balik dan YM Raja ada tel. Sprt biasa banyak cerita. Tapi x dapat jumpa sbb ada mesyuarat mlm ni.

Nampaknya koi ni malas lagi nak cerita benda yang sensasi, tapi koi rasa kalau koi rajin nanti koi nak cerita tentang hero come back.

Budak koi 2 orang balik kg jumpa atin dengan duan tadi. Tapi koi frust betui sbb ayahnda koi datang rumah koi x ada, Koi tel je dia.

Sekian dulu, jumpa lagi.

Selasa, 23 Disember 2008

Cuti lagi

Dua minggu lalu. jumaat koi ke lengkawi dengan keluarga bercuti. Jumaat minggu lepas koi ke Pulau Pinang pulok, bercuti juga. Sama seperti ke lengkawi koi sekeluarga bertolak pada pagi jumaat. Berbeza ke pulau lengkawi kena naiik feri tapi ke pulau pinang tak perlu terus saja dgn kereta ke pulau pinang.

Ptg sampai dan pp ni koi rasa agak berserabut jalan raya nya. Hampir setengah jam baru koi jumpa tempat penginapan setelah empat kali mengeliling iaitu hotel dosert penang. Lepas chek in, kome pun turunlah nak cari makan, jalan, jalan, jalan punya jalan tak jumpa warung atau restoran melayu, dalam fikiran koi berkata, hong kong tak macam ni, susah nak cari warung atau tempat makan islam. Akhirnya jumpa warung mamak, kome pun pekena roti canai.

Esoknya kome melawat pp menaiki bas. koi rasa biasa ajelah, dan seoknya lagi kome pun baliklah. Hajat hati nak singgah ke pulau pangkor pulok tapi tak kesampaian. Hari dak agak lewa.

Hari ini koi relax kat rumah je. Pagi cabut rumput dan tengah hari ke bandar dengan anak-anak cari peralatan sekolah. Balik kome gotong royong masak tom yam. memang lazat buat sendiri. Petang ke bandar lagi sambung cari peralatan sekolah anak-anak.

Balik bandar bersiap untuk ke kuliah maghrib di surau hijau, dan semalam ke masjid ubudiah dengar kuliah juge.

Minggu ini tiada cerita menarik, cuma biasalah cerita ekonomi, politik dan pendidikan. Koi bersantai dirumah baca paper dan bahan ilmiah. memang hobi koi membaca dan boleh membaca non stop dua tiga ke empat jam sekali harung. kekadang komplain juga rodong din rumah.

Ok koi baru saja balik dari kuliah dan mengisi masa depan komputer dan tentunya baca dan merayau internet.

Wassalam

Isnin, 15 Disember 2008

Papan Tanda (Sign Board)

Salam. Sekarang jam 9.15 mlm. Koi baru je lepas makan malam dan tengok berita. Sebenonya koi baru je balik dari langkawi bercuti sekeluarga. Sampai umah 7.30 tadi. Masalahnya semasa balik tadi dari ipoh koi ikut shot kat genting. Keluar tol batang kali, kek nya lepas keluar tol satu papan tanda pun tulis ke batang kali. Cemas juga koi takut sesat, hari makin gelap. Tapi bukan di situ je gitu, tapi pengalaman boleh kata seluruh malaysia gitu, contohnya bila koi keluar tol temeloh pun gitu. Semasa keluar tol temeloh ada tulis ke Temeloh, Jerantut dan Mentakab. Bawah sekali tulis Bera. Tapi bila sampai simpang temeloh jerantut kat trapik laik tu tak da pun tulis bera. Nak kiri ke nak kana? Ha tak caya gilah tengok.

Sebeononya koi ni bukan rajin ngat tulis blog koi ni, tapi pada khamis 11/12 koi gi dengar ceramah pas kat kedau, malam tu jumpalah rodong-rodong, yang menariknya ialah rodong tu tanya ngapa tak update blog? Koi tekejut, sbb koi tulis blog tu main-main dan mengisi masa boring je, rupanya ada juga orang buka dan baca blog koi tu. Tak sangka pulok gitu. Koi ingat balik ceramah tu koi nak updatelah tapi tak sempat, sbb koi balik dah pukul 12.00 tngh malam. Esok 12/12 koi dan drive ke langkawai se awal jam 6.00 pagi. Jadi koi tak up datelah blog koi.

Sampai je keumah balik dari langkawi koi terus suruh anak koi akak buka blog supaya dapat koi up date. Ni koi up date ni,

Dua minggu lepas koi ke pontianak kalimantan barat indonesia denga kekawan, kome 9 orang. Hoi seronok juga pegi. Kome terbang dgn air asia pukul 7 pagi dan sampai pukul 9 pagi di kuching. Sampai di kucing kome ambil van dan terus ke serian ambil bas ke pontianak. Van tu koi dah tempah awal. bayar 28 inggit seorang. Dekat je. Jam 11.20 pagi kome bertolak ke pontianak dgn bayarn 42 inggit sorang. Hoi seronok tengok pemandangan perjalan dari serian ke Pontianak. Kome naik bas tak ramai ada x sampai 20 orang. Kome sampai pukul 9 malam lbh kurang 10 jam dlam bas dan berenti kejap makan dan solat.

Sampai di pontianak kome dah ireng teksi dan hotel. Tapi sampai di pontianak berebut teksi nak bawok kome ke hotel. Dalam bas lagi koi dah arahkan bob bincang dgn derebo bas. Tapi bereslah. Kome nginap di kartika hotel semalam bayar 250 ribu semalam. Oleh kerana kome 9 orang 6 orang du sebilik, koi bincang 3 orang sebilik. Bob, nasa dan koi.

Selepas beres kome ramai-ramai gilah makan, kat satu restoran padang. Lepas makan kome balik jalan-jalan dulu dan pas tu terus tido, tapoi sebelum tu koi dah minta bob bincang untuk jalan-jalan hari esoknya 13/12.

Selepas jalan-jalan koi balik hotel, rupanya dah ada wakil teksi, sebang-sembang rupanya dia polis. Koi rasa selamatlah sikit.

Pagi koi bangun dan gi sarapan. Sarapan untuk 2. maka terpaksalah yang sorang lagi tu bayar sendiri.

Pas tu kome pun jalan-jalanlah di pontianak tu selepas dapat dua buah kereta sewa. Malam balik dan tidur, Koi malaslah nak cerita detail ngat, lepas dua hari malam jam 9.00 malam kome pun baliklah ke kucing. kali ni bas penuh dan 14 jam baru sampai ke kucing. Apa yang koi puji derebo bas tu berenti untuk kome solat subuh. x seperti derebo bas di semenanjung. wktu solat buat dek je.

Kemudian dua hari pulok kome di kucing. Jalan dan biasaje di kucing. sebenonya banyak cerita tapi koi malas nak cite sbb sensitif.

Hari in bali pulok dari langkawi sekeluarga. koi rasa ada perubahan yg banyak di langkawai selepas 12 tahun dulu. Best juga dan ada kenangan manis. Koi ke langkawi minta amirudin uruskan dan melalui pasla. Balik singgah di lost world di tambun. anak-anak koi mandi kat situ. koi ngan rodong koi jalan-jalan je di sekitar tu.

Tengok koi tulis blog ni anak koi yang buat medic di mesir tu ada hubungi dan koi ghat ngan dia kejap.

Ok kita jumpa lagi dan kalau ada rezeki nak bercuti lagi ke penang pulok pd 19/12 ni. Ok.

Sabtu, 6 Disember 2008

Letih

Salam. Baru hari ini dapat buka internet. Selama seminggu tak boleh buka, mungkin komputer tak bagus. Tel tm net tapi tak boleh juga. Akhirnya tukar komputer. Syukur boleh. Hari ini sabtu, masih cuti sekolah. Bangun solat subuh dan relax kejap. SMS masuk dari Ihsan. Ada gotong royong di Sg Gau jam 9.00 pagi. Setelah siap diri dan sarapan dengan umi makan nasi goreng, Terus ke temerloh untuk ke Sg Gau. Sebelim itu ke BIMB bayar Kad. Mujur msein boleh pakai, kerana dah seminggu tak boleh bayar kerana orang ramai atau mesin rosak. S\

Semalam pergi mentakab dengan umi, dan sampai rumah sua kawan de ada kat rumah. Lawan footsal di Temerloh. Pagi mereka dah pergi untuk berlawan. Aku kemudian terus ke SG gau selepas bayar kad. Jam telah 9.15 tapi aku tengok tak ada orang pun. Aku nelpon balik Ihsan, dia pun masih kat rumah. Aku relax sebentar dan kemudian ada Cikgu Majid kat atas balai. Aku turun kereta dan naik kat atas. Tapi Cikgu Majid tak ada pulak. Aku ambil pencuci sawang dan ncuci sawang sikit. Kemudian aku turun bawah ambil parang dan bersihkan rumpu kat tepi longkang. Kemudian beberapa lama adalah dua tiga orang termasuklah faridn Hj jusoh dan Hasyim. Kami pub gotong royonglah. Kemudian rehat dan borak-borak, cikgu majid ajak gi kenduri Ramli Konit. Kome pegi naik kereta Hj Jusoh. Kemudian balik. Terus tidur dan lepas tu solat. Buka internet tak dapat. baca paper Sisah.

Minggu lepas aku ke Pontianak 9 orang. Memang mencabar betul sbb pergi sendiri. 26.11 aku dan Bob naik bas ke KL dan terus ke LCCT. Tapi sebelum tu iku bob beli kasut di cambell.

Kami gi awal kerana nak tukar tiket 2 India tak jadi pegi dan 1 lagi tiket terus hangus. Aku tak caya betul dengan India ni. India memang tak boleh pakai. Indi dan Murugan. Semalaman aku dan bob di LCT. Tidur tepi dinding je. 27.11, 5.00 pagi semua ahli dah sampai, Hj, Us Satar, Mizi, Yas, Nasa, Indi dan Murugan sampai. kami cek ini dan terbang terus ke Kuching jam 7.05. Sampai di Kuching ambil van terus ke serian walaupun asalnya hendak ke tebedu. Tukar chanel ambil bas ke pontianak dari serian, tambang van 28.00 dan bas 42.00. Jam 11.30 kami menaiki bas ke ponti, selama 10 jam kurang lebih sampai diponti, jam 9 atu lebih.

Ahad, 16 November 2008

Malas

Salam. Malas, memang malas. Malas buka blog, malas membaca, malas solat, malas menulis dan malas, malas, malas.

Ada kaitan dengan emosi. Namun digagahi juga untuk menulis. Hari ni ahad. pagi ke bandar beli akhbar. Thari kenduri tok penghulu samsudin di peragap. Petang ke bentong anto de. Malam cat sikit dengan ngah. Namun malas masih menghantui perasaan.

Apakah malas ini merupakan satu penyakit yang perlu di ubati. Tapi dalamk malas tu sempat juga buat satu asigment untuyk YB bukit gantang. Buat awal pagi tapi anto awal malam. Bukan ape, anak-anak dah mula cuti, tak mahu berebut guna komputer.

Aku tulis hal isu guru. Nak baca isu tu tanyalah YB bukit gantang.

Isu sekarang banyak, politik tak akan habis, ekonomi belum abis, sosial bila mau habis.

Oklah, arini memang malass buka isu lagi. Tunggu akan datang akan tulis isu yang menarik.

Esok umi ke kt, adik rehasel anugerah cemerlang. Aku? mungkin pergi klinik gigi. Sekian jumpa lagi.

Sabtu, 8 November 2008

Tenteram

Salam.

Selama seminggu saya tidak membuka dan menulis blog ini. Kerana jiwa rasa tidak tenteram. Hal kawan-kawan. Namun berkat bertawakkal ianya beransur hilang. Apa yang penting sukar mencari kawan yang jujur dan bisa memahami antara satu sama lain.

Selama seminggu berbagai peristiwa berlaku. Tiga hari awal minggu tinggal dirumah seorang. Umi konvensyen di rompin. Adik dan long memondok dilancang. Yang lain balik asrama.

Tapi malam isnin ke jerantut jemput bey yang kurang sihat, terus hantar ke bintang. Selasa emak ke Pasir tumbuh memondok. Rabu baru jemput adik dan long. Hujan sangat lebat.

Khamis umi balik dan jumaat setellekan pergi keponti.

Isnis dan selasa bereskan longkang. Dan malam rehat sahaja tengok tv. Dah lama saya tak tengok tv. Tinggal sorang terasa nikmat tengok tv.

Selasa meting tubuh kesatuan guru siswazah malaysai kgsm. Jumaat rupanya arab kata tiada kesatuan pro.

Jumaat umi ada prog dgn haji

Tengah tulis blog ni ngah di egypt hantar messej.

T.Kasih


Yang menarik seminggu ni, seperti biasa hal politik, sosial, sukan dan ketuanan melayu. Tak habis dengan ketuanan melayu.

Khamis, 30 Oktober 2008

Tugas

Salam. Mula betugas selepas cuti deepavali yang agak panjang. Di pejabat uuskan hal pejawatan. Bincang untuk ke Ponti. Ada masalah sikit keana ada yang tak jadi. Ptg minta man tolong pasangkan semula kota api yang tesilap buka. Malam elax aje dengan baca paper harakah. Mlm mat no dtg beli produk. Long dan adikakak tidu rumah wan bangau. Umi pagi mesyuarat di jengka. Malam nonton beita dan sudut pandang. Wakil umno dai bukit bintang masih becakap orangkampong hujah siapa yang bina kemajuan kalau bukan bn. Wakil PKR johai tu nampak semakin bertambah baik hujah dan keyakinan.

Inilah masalahnya umno ni, masih belum buka mata dan telinga, masih dok mendabik tentang membela org melayu-melayu-melayu. Tak habis dengan melayu, tapi siapakah yang selama ini menukakan tanah, hak dan kepunyaan org melayu ke tangan org bukan melayu. Melayu-melayu. Kanapa agaknya org umno ini tak mahu letak islam asas pejuangan meeka, keana islam itu hak semua orang, bangsa dan agama. Tapi kalau melayu hanya hak melayu sehaja, selepas habis org melayu barulah orang dan bangsa lain. Kesian orang melayyu.

Satu lagi tok jib kata dan buang unsur deb, tapi lepas tu nafi dan yang nafi yiddin dan pengampu-pengampu. Inilah umno.

Bila husam kata bn bantu kelantan, sibuk kata umno bagus, tok nuar dan beberapa ahli umno kaki lima dalam beita tv 1. macam kita tak tahu.

tapi bab diskriminasi, pembangunan lebuh aya, sekolah agama dll senyap tak kata apa. Di kelantan Baja misalnya dah 18 tahun masih tak seatlle lagi. Banyaklah kalau mahu cerita.

Lain kali sambung lagi tapi sebelum tu saya nak bagi tahu satu berita baru iaitu kerajaan buka matik teknik, antaranya akan dibuka di jengka, tapi yang nak bagi tahu ialah asalnya akan buka di selangor dan perak, tapi kansel keana dua negeri tu dipeintah oleh pr. Inilah bn, sekejap kata nak tolong tapi banyak masa nak tindas akyat. Kesian-kesian.

Wassalam

Rabu, 29 Oktober 2008

Cuti lagi

Salam.
Pagi lepas solat dan ngaji, gi settle kedai dengan pude, tapi silap bab kotak plug tanggal kesemua. Pas tu minum pagi gerai faisal. Kemudian pergi beli simen untuk sambung buat longkang yang belum siap lagi.

Tengah hari bayar bil dan pas tu relax. Petang baca paper dan anak-anak ke lipis temankan duan untuk temuduga. Tinggal dia orang dengan umi. Puda pula jalan tak balik-balik.

Hari ni streamyx tak berapa elok. Tapi petang baru dapat akses.

isu hari ini masih berkisar tentang semasa. Harga minyak yang masih belum turun nampaknya rakyat pula bagi suibsidi pada kerajaan. Dulu memang aku respek betui dengan shahrir ni, tapi lepas dia jadi menteri ni nampaknya dia dah berbelit-belit macam shahziman menteri komunikasi, kata tak akan turunkan tarif letreik. Apalah mereka ni, tak kesian langsung kat orang kampung dan golongan berpendapatan rendah.

Ku li pulak kesian dia, tak ade bahagian nak calonkan dia, apa lebihnya sinajib tu. Tak nampak pun apa yang dia nak bawa benda baru. sekejap lata nak hapus, sekejap kata bukan nak hapus. Pasal si khalid mb selangor gitu pulok. Orang melayu bab benda gitu sensetif sangat kononnya. Bab 5 billion tu senyap pulok. Tak fahamlah dengan orang melayu ni, entah ape yang dia nak sebenarnya, asal datang dari umno ok belake, tapi kalau dari pr semua tak betul.

Tak apelah koi ni nak cerita ringan-ringan je, baru belajar, kalau ada kesempatan nanti kita akan tulis berat-berat sikit. ok. jumpa lagi. Salam.

Dunia ini sebenarnya kata hamka adalah kesempatan.

Selasa, 28 Oktober 2008

Cuti

Salam. Hari ini masih cuti deepavali. Bangun solat subuh dan ngaji sikit. Umi dan adik sekolah, yang lain cuti/ponteng. Pas tu sarapan dan sambung kontrek buat longkang. Letih ooi. Rehat baca paper dan gi beli simen 10 kilo. Masa undur kete kena sikit moto yang pakir sangat rapat. Tapi okje. Hajat bak gi hari raya di skm tapi malas sbb perut masih kurang sihat. Tapi sebelum tu anto gi cas bateri harrier. Balik rehat sikit dan pd petang sambung lagi buat longkang. Ptg duan datang. Ingat nak rehat sikit pd malam, tapi teringat ada kulliah pulak. Umi ajak gi beli kek, tapi masih sempat nak kulliah. Pas tu terus gi kulliah. Balik kuliah dengar beita, paklah kata beli erukopter ditangguh dan ada satu yang lucu kata pen. pengarah DBP supaya akta bahasa maaysia berkenaan papantanda, Yang lucunya ialah KPP DPP sendiri sebut bahasa malaysia, bukan bahasa melayu. Antara bahasa melayu dan bahasa malaysia pun dia tak tahu nak beza bagaimana nak daulatkan bahasa melayu?

Satu lagi tentang pemilihan pemuda umno, antaa khairy, khir dan mukhrij, Nak debat ke tak nak debat. Lantak dialah.

Ari ni takde mood nak tulis, saja nak ruangkan masa agar blog ni sentiasa di update, senghaja malas nak cari isu walaupun isu memang banyak. Esok fikir nak sambung siapkan longkang. Tapi ptg tadi ada pakteh tel minta tolong cari dana RM200 tambak sg muar. Kalau ada rezeki dapatlahlah tu. Sekian. salam

Isnin, 27 Oktober 2008

Letis

Salam. Pagi keluar rumah gi beli longkang. Harga RM9. Beli 4 unit. Ptg baru kedai hantar longkang. Berat boleh tahan. Ajak anak de tolong buat longkang. Siap juga akhirnya tapi letih nak mampus. Rasa senang je nak pasang. Tapi hoi!. Petang kawan long dari KL datang. Borak kejap sbb hantar anak babie balik tahap. Umi dan de pose. Umi buat laksa memang sedeap. Balik hantar babie dari tahap singgah pasar malam kat desa murni. Jumpa Hj Ahmad Sulaiman AJK angkasa Phg zon 2. Rupanya dia sorang je yang undi salleh lela. Saya kalah dalam pemilihan lalu. Tapi ada hajat nak tanding Naib YDP angkasa pusat 25 dis akan datang.

Malam spert biasa relax tengok berita. kalau tak ngantuk jam 11 tunggu angah citchat dari kairo.
Masa relax mesti tatap akhbar, biasanya harakah dan siasah. sampai ngantok dan terus tidur.

Nampaknya politik umno makin hangat. tapi hairan orang melayu masih layu. pemimpin datang ke majlis untuk me layukan orang melayu. OKlah kalau rajin malam ni atau esok kawan tulis lagi. harap baca secara santai aje. wassalam.

Susah betui

Salam. Dah beberapa hari blog aku ni dibuat. Ia sebenarnya dibina oleh anak koi, ain dan long. Tapi sampai ari ni nak sempurnakannya takleh lagi. Keknya bolehlah nak tulis catatan. Nak masuk gambar dan lain-lain tak leh lagi. Gone nak buat tak taulah pulok. Koi dah puas cuba tapi tak leh. lafi.

Ok hari ni hari deepavali. dah 27 syawal. tapi masih ada rumah terbuka. Pagi koi bangun lepas solat subuh ngaji sikit 2 tiga ain. Lepas tu buat kerja rumah cuci peti dan lain-lain. Pas tu gi hardware beli longkang keknya dah pukul 2 longkang tak sampai lagi. Duit dah bayo dan koi ingat mahe tapi taklah mahe sangat. Pas tu koi dan isteri terus ke seberang temerloh anto baki frozen dan tengok rumahs sewa yang dah lama tek jengok. Ale balik singgah dikujan rumah terbuka. Isteri koi pose, koi makan sorang je. Makan sikit nasi impit dan cendol. Pas tu balik dan relax. Tapi sdebelum ke seberang temerloh koi gi tenaga jaya jap, pasal tambah bilik kat umah. Anak komplain bilik yak de.

Sebenarnya koi buat blog ni bukan ape. saja nak luahkan pandangan terutama tentang dunia yang dah berubah ni. Banyak nagta ragam manusia ni. kek nya koi tak tulis ari ni. esik bila lapang koi tulis.

Ok jumpa lagi salam.

Jumaat, 24 Oktober 2008

Pengenalan

Salam. Saya baru mencuba untuk bersama dalam dunia blog. Untuk menambah satu lagi peluang buat warga maya menambah koleksi blog. Hari ini 23 10 Jumaat. Saya bertanya kita hidup dengan apa dan mati dengan apa. Ini untuk pertamanya.

Pengenalan

Salam. Selamat berkenalan. Dunia it memang pantas. sepantas kilat dikala hujan renyai. Hari ini jumaat 24 okt 08. Hari yang penuh berkat. Berdoa agar sihat dan beriman. Betulke hidup ini adalah perjuangan. Kita hidup dengan apa dan kita mati dengan apa?

Khamis, 23 Oktober 2008

Testing

Kami perintis.. generasi multimedia... hahaha (delete this later k)