Selasa, 30 Jun 2009

Hidup

Salam. Hidup mesti diteruskan. Pelbagai cabaran, rintangan, halangan, namun rutin terus seperti biasa. Samada kita suka, setuju, bersedia atau sebaliknya ia tetap berlalu.

Kerajaan perpaduan sudah dipenghujung perbahasan. Timbul pula isu debat dan seumpamanya. Sampai bila kita harus menerima keadaan ini. Sampai bila kita mempunyai ketahanan menghadapi kerenah politik begini.

Ekonomi pula masih terumbang ambing. Datang pula selsema babi. Dan babilah yang masih menghantui manusia sejak dudlu. Tidak anda tahu bahawa terjumpanya influenza ini sejak awal 1900 dahulu.

Untuk kesekian kalinya koi akan terus ditinggalkan rodong. Nun selama seminggu meeting di KL.

Minggu ini dan minggu depan para remaja kita mendaftar di IPTA. 22 semuanya tidak termasuk poli dan IPTS. Kemana hala tuju mereka/\? Dunia atau akhirat.

Mahu berjaya dunia dengan ilmu. mahu berjaya akhirat dengan ilmu. Mahu keduanya juga dengan ilmu.

Carilah ilmu.

Thanks

Sabtu, 27 Jun 2009

Kuantan

Salam. Hari terus berlalu. Secara fitrahnya kita semua follow the rule sahajalah. Tunggu saat akhir dunia suka atau tak suka.

Isnin lepas YM Raja panggil koi untuk tolong dia program perasa JKR Pahang. Maka tepat jam 9 koi sampai di Seri Malaysia untuk tolong dia.

Tapi setakat tolong tekan komputer baik tak payah dan terima kasih ajelah. Koi ade juga kepakaran lain yang lebih hebat dari itu.

Malam selasa koi ada kuliah di surau hijau. Malangnya terringgal hp. Petangnya hujan sangat lebat. Semasa balik dari surau koi maklumkan kepada abg hussin tentang hp koi. Namun sehingga khamis tiada khabar berita. Akhirnya koi gi sendiri baru dapat balik hp koi. Pelik, koi kalau orang dalam kesusahan, koi akan cuba tolong sedaya upaya, tapi tidak jika koi dalam kesusahan.

Semalam koi ke kuantan ke YP. Solat jumaat di Sentosa maran. Masjid cukup besar namun ahli jamaahnya sangat kurang.

Sampai YP urusan anak, dan lepas tu makan keropok kejap. Terus ke Alor Akar rumah cu, bagi salam 3 kali tiada sahutan. Telepon tiada juga jawapan. Kemudian terus ke rumah kak long di sekilau. Semua anak jantanya ada, muha, qiu, pp dan net. Anak jantan koi tinggal di situ puda. Syukur nawafil dapat tawaran jururawat. kak long nampak sihat.

Solat asar di masjid sekilau, nampak ada majlis forum ahli penalnya MB Pahang. Bahyah laki bini. hebat dunia.

Singgah sebentar di giant, ingat nak makan sikit, tapi malas kerana anak-anak tiada, shoping sikit dan terus ke rumah aiteh seman. Tapi dia tak ade. Namun mak teh dan cucunya ada, termasuk amin yang dah lama tak jumpa.

Selesai solat dan minum kopi o sikit terus balik temerloh. Ingat nak pekena durian ikut jalan lama. nampaknya tiada, masuk lebuh raya melalui seri jaya dan pekena durian di rumah selepas beli dari botak.

Nampaknya seminggu telah berlalu, dan tanpa disedari kehidupan berlalu tanpa disedari. Wassalam

Isnin, 22 Jun 2009

Bapa

Semalam hari bapa dan minggu lepas hari ibu. Koi ni tak berapa tahu ngat bab hari-hari ini. Rupanya kata anak koi semasa perjalanan menghantar dia ke pudu balik dari training ESQ di Flamingo kata hari ibu ialah setiap sabtu minggu pertama bulan jun dan hari bapa sabtu minggu ketiga. Baru koi tahu.

Tepat jam 12.00 tengah malam koi terima wish dari anak bongsu koi adik, melalui telepon semasa koi mula melangkah masuk ke Hotel palace golden horses (PGH) selepas makan malam dengan kak ngah dan keluarganya. Pada petang nya dari baby dan dan malamnya dari akak di KB. Koi juga menerima wish hari bapa dari long dan de secara terus kerana dua hari koi bersama mereka di Flamingo kerana training ESQ. Terima kasih kepada anak-anak abah semua. Ngah? di Egypt semuaga selamat sejahtera dan sucsess.

Malam hari jumaat koi ke S.Alam bersama de untuk lepak di situ sebentar kerana long ada di sana untuk ke training ESQ. Malam tidur di SA.

Pagi sabtu terus ke Flamingo dari SA dan suasana sangat aman kerana bukan hari kerja. Selepas mendaftar ESQ untuk anak-anak koi terus ke Hospital Serdang menziarahi Mak Cu. Masalahnya ialah anak-anak nya.

Selepas menziarahi mak cu koi terus ke alam megah untuk ziarahi Dr. Ridwan Bakar, malangnya dia dan keluarga tiada di rumah. Kononnya koi nak terus check in di Palace namun tersilap jalan dan sebab itu koi telah banyak membazir masa dan wang. Rupanya tol saja di Lembah kelang ni. Kalau tersesat tol lah yang menjadi perangkap. Koi ingat berpuluh RM koi habis dik bayar tol saja. Akhirnya jam 4.30pm dapatlah koi rehat di Palace. Hoi, dia bagi koi dua bilik terbesar dan hanya tinggal berdua dengan rodong.

Koi hubungi kak ngah dan keluarga untuk bersama menikmati Palace. Dia datang dan kome pergi ke Flamingo dulu hadir ESQ asma ul husna, Gerakan Amalan As Husna. Lepas makan malam kome terus ke Palace dan kak ngah dan keluarga sangat teruja dengan kehebatan bilik hotel di Palace. Walau pun dah tengah malam masih sempat melancong disekitar palace. Koi terus lelapkan mata.

Pagi Ahad anto budak berdua tu ke ESQ dan beli sarapan. Selepas sarapan kak ngahg dan keluarga balik, koi dan rodong berihat menunggu waktu check out. Tepat jam 12 TH kome keluar dari Palace dan menuju ke S. Alam menziarahi mak teh pula. Di sana kami lunch dan dapat bertemu keluarganya termasuk Dr. Ridwan bakar yang ada di sana.

Selepas solat kamin terus ke low yatt mencari printer dan alatan komputer. Selesai di situ kome terus ke Flamingo menjemput dua orang anak koi tu dari training ESQ. Selesai jam 7.30pm dan terus hantar along ke Pudu melalui LRT di Ampang. Tapi agak gusar bas dia ke melaka jam 8.30pm tetapi ada eksiden teruk di simpang jelatik dan biasalah jalan jam teruk.

Kemudian kami nterus ke setapak kerana melayan anak koi yang sorang ni nak beli kasut di up down di setapak. Jam baru pukul 8 dan up down buka jam 10pm. Selesai membeli sebahagian barangan dan solat kami terus ke temerloh dan selamat sampai di rumah jam 12.30 pagi.

Syukur semua selamat dan pagi ni meluangkan masa menulis blog ini.

Wassalam

Jumaat, 19 Jun 2009

Kalut

Salam. Isu makin gelora. Namun rutin harian tetap berlalu dan masa berjalan pantas. Tugasan harian dan kehidupan mesti dipertanggungjawakan.

Tugas seorang anak kepada ibubapanya.
Pekerja terhadap majikan
Ibubapa tehadap anaknya
majikan terhadap pekerjanya
Ister/suami kepada sebaliknya
kepada jiran tetangga
Alam sekitar dan alam keseluruhannya
Bagaimana hamba kepada tuhannya

Sekian lama kehidupan menghyantui pemikiran manusia manakala mati pula menakutkan pemikiran manusia. Sebenarnya kemanasuia manusia mahu pergi, apa yang mereka mahukan, apa yang mereka lakukan, apa persediaan hidup dan mati mereka.

Hidup dan mati umpama dahaga dan air. Amat memeritkan jika hanya ada salah satu sahaja. Kalau ada air tapi dipaksa minum tanpa dahaga kan memeritkan?

Isu negara perpaduan nampaknya hanya diperbesarkan tanpa kecuali ada udang disebalik mee. Masakan orang politik tidak mengambil kesempatan jika ada peluang dan ruang samada untuk kepentingan pribadi dan organisasi.

Jika hanya semata-mata untuk itu maka adakah hala tuju manusia akan sampai ke matlamatnya? Adakah sesuatu kejadian tanpa tujuan dan pembuatnya?

Satu Malaysia masih lagi di awangan. Tambah pula KPI yang dipertanggungjawabkan. Bagaiman keduanya mampu melahirkan insan yang boleh membela antara satu sama lain.

Salam dan jumpa lagi di sana. Esok insyaa Allah koi hajat nak anto anak koi ke esq. Wassalam.

Isnin, 15 Jun 2009

Cuti

Salam. Hari ini sekolah bermula selepas cuti 2 minggu. Semua anak-anak telah kembali ke asrama. Sorang di MMU. Sorang di KB. 2 orang di Tahap. Maka tinggallah koi dirumah dengan rodong. Tapi ada jantan sorang tunggu masuk poli awal julai. Pas tu dah tentu kesunyian terasa.

Cuti sekolah sangat memenatkan. Setiap hari outstation. Bermula dengan urusan peribadi, kekawan, keluarga sehinggalah soal kenduri. namun cuti kali ini memang banyak jemputan namun semua tak dapat hadir.

Minggu lepas juga koi ke Hospital serdang menziarahi mak cu yang menjalani pembedahan.

Sekarang masuk semula musim politik bergema. Soal pilihan raya, keluar masuk parti, isu cheng peng dan macam-macam.

Isu kerajaan perpaduan, kerjasama politik, muktamar, kongres dan macam-macam hal. Pas umpamanya masih bertelagah. Presiden nampaknya tiada kekuatan poklitik. Kekuatan ilmu dan pidatu sahaja sangat belum cukup untuk berpolitk. Pro dan ulamak masih keliru. Nampaknya ahli pas kabur dan tidak matang menilai kepimpinan dan hala tuju. Doktrin tradisi masih menghatui pemikiran dan budaya. Ulamak dianggap macam padri. Mesti dipertahankan walau langsung tida perfomance. Apa ini?. Ulamak dianggap pengacau dan akan merodsakkan jamaah. Inilah pemikiran kuno dan gagal dicerna dengan baik dan berkesan oleh ahli.

Ikhwan mulimun yang menjadi ikon dalam usrah tidak mampu menjadi petunjuk. Bukankah ramai pimpinan tertinggi ikhwan bukan dari kalangan ulamak?.

Sekian. dan salam.

Isnin, 8 Jun 2009

ESQ

Salam. Selamat ketemu. Agak sibuk di musim cuti. Semua benda hendak dibuat dan disiapkan. Betul?. Bermula dengan program kenduri kenara, hal persekolahan anak, keluarga, teman-teman, keluarga. Setelah semua selesai barulah urusan sendiri dibuat. Tahun ini ada muktamar di Shah Alam. Koi kali ini tak dap mengikuti sepenuhnya kerana ESQ. Khamis 4 Jun koi dengan Raja ke Taman Melewar menjenguk rakan-rakan nostalgia DPP. Setelah lebih 10 tahun meninggalkan DPP kelihatan generasi baru menruskan perjuangan. Subhanallah. Kemudian masa yang sedikit terluang ke Stadium Melawati. Juga sekadar menujenguk nostralgia perjuangan yang disepikan sejak hampir 10 tahun lalu. Ketika koi bergelar YDP di salah sebuah kawasan yang dimansuhkan kelihatan juga generasi baru meneruskan perjuangan. Tidak dilupakan apabila ketemu rakan lama apabila koi berjalan dengan YM mereka mengatakan inilah dua bekas KDPP Pahang.

Sebenranya kome dalam perjalan ke Putra Jaya bagi menghadiri ESQ. Namun dalam kesempatan masih lagi sempat ke Hotel calton untuk ketemu rakan seperjuangan amir, bateri, naza. wahid dan lain-lain bertanya kabar terutama tentang abang mat.

Setelah berbicara kome terus berangkat Ke Putra Jaya. Namun malam telah lewat, setelah beberapa kali berputar di P.Jaya barulah ketemu tempat penginapan Residen TNB. Hari menunjukkan hampir jam 12 tengah malam. Sebaik solat terus tidurv kerana esok pagi wajib ke PICC sebelum jam delapa.

5 Jun selepas sarapan dan qada hajat terus ke PICC. Sebaik sampai terus mendaftar dan sehari suntuk bersama ESQ Ari Gunanjar Agustian. Komennya luar biasa. Satu penemuan dan pendekatan yang sengguh hebat diabad ini dalam melaksanakan misi dakwah ke saentero dunia. Namun sebelum majlis bermula banyak gangguan dari dato-dato, tan-tan sri dan orang-orang besar. Namun sekita lewat jam 7 malam majlis disempurnakan dan kesannya sungguh luar biasa. Sebelum ke hotel kena satay kajang dulu.

6 Jun majlis dimulai dengan sungguh luar biasa. Penggunaan, pendekatan sains, sound effect yang menakjubkan, dengan kupasa dan olahan yang mendalam, sungguh menusuk hati dan tersimpan melekat dalam ingatan. Sesungguhnya Ari adalah genius zaman ini dan YM berkata beyond espectation dalam persembahan dan penampilan. Begiyu juga hari ini seketar lewat jam 7 majlis berakhir. Namun satu kelemahan diri koi tak mampu duduk dilantai. Selesai ESQ terus ke Stadium bagi menjenguk kembali aktiviti jamaah. Seketika terus balik semula ke reseden. Namun agak gawat hilang pedoman di mana di parkir keretanya.

7 Jun hari terakhir ESQ. Makin lama makin terkesan. Sesungguhnya setelah hampir 50 tahun menikmati kehidupan yang fana ini, persembahan pak ari tenyata terus meningkat. Terkesannya dirasakan hingga kesaat ini. memang koi ni suka membaca, berseminar dan bermacam bentuk ilmiah di hadiri namun Pak arilah satu-satunya hingga kni sukar ditandingi. Persoalan-demi persoalan dibincang dengan YM nakmun ksimpulan masih belum terungkai. Sebaik tamat ESQ terus ke S.Alam konon melihat mobil yan g ibgin dibeli sekali gus mengambil ayahnda untuk dibawa pulang. Sekitar jam lewat sedikit jam 1 pagi syukur seklamat sampai di rumah dengan disambut oleh teman tercinta.

Namun yang penting, banyak ceritan persoalan, perbincangan, idea baru, dari soal ummah, jamaah, rumahtangga, cinta, ESQ dan politik namun koi dan YM masih segagah dahulu dalam persahabatan. Semuga persahabatan ini hanya ketemu allah yang memisahkan.

terima kasih sahabatku YM semuga segala perbelanjaan yang engkau dambakan hanya allah yang membalasinya. Walaun harga yang mahas engkau dan aku korbankan namun ianya lebih dari berbaloi. Allah Hu Akbar.

Ini hanyalah sekelumit catatan.

Wassalam