Rabu, 29 September 2010

Puasa 6

Salam. Puasa enam masih boleh dilaksanakan. Semoga puasa yang kita kerjakan diterima Allah dengan sempurnanya.

Peristiwa kematian Dato Sosilawati amat mengemparkan warga Malaysia. Berbagai telahan, andaian dan pandangan diterima. Namun mungkin pihak berkuasa mengetahui dan hanya yang maha kuasalah yang maha bijaksana.

Terlalu banyak yang boleh dibuat telahan. Isu harta dan kekayaan, isu sahabat dan khianat, isu menipu dan rompakan, isu perniagaan dan keuntungan, dan mungkinkah isu politik dan kekuasaan pun boleh dikaitkan sama? Namun apa pun yang berlaku kezaliman dan penganaian telah pun berlaku.

Mungkin kita lihat penganaian di sini dengan penyeksaan dan kezalimanbelaku ke atas simangsa. Mereka diperlakukan sedemikian rupa tanpa belas kasihan dan peri kemanusiaan.

Namun disebalik itu semua ialah kita mengania dan menzalimi diri kita sendiri. Kezaliman yang kita lakukan ke atas diri kita ialah kita membiarkan penguasaan dan pengurusan negara ke tangan yang rakus dengan kuasa dan harta serta pengkat dan kedudukan. Bukankah penguasa hari ini bertanggungjawab di atas semua ini. Merekalah yang kita amanahkan untuk menjaga kita? Ekonomi kita, sosial kita, akhlak kita, pendidikan kita, budaya kita, pakaian kita dan politik kita.

Tapi mereka jaga dengan apa? Mereka jaga dengan akal? Jaga dengan kekuatan? Jaga dengan tipu daya? Atau dengan apa? Tidakkah kita sedar dan tahu bahawa kita akan ditanya di atas semua perlakuan kita oleh yang maha kuasa?

Siapa yang menyuruh kita solat, puasa, haji, zakat, tutup aurat, amanah, jujur, setia dan lain-lain yang seumpama itu. Siapa yang menyuruh dan mengarahkan itu semua? Jin, alam, manusia atau siapa? Kalau jin, alam atau siapa sahaja ah, pedulikan, mereka sama seperti kita, lemah, jahil, mudah terpengaruh atau sibuk dengan kepentingan diri.

Tapi bukankah itu arahan tuhan pencipta sekelian alam? Tuhan yang menguasai langit dan bumi dan segala apa yang ada di antaranya? Berani kita mengingkari perintahnya? Siapa kita? Mahu ke mana kita? Mahu apa kita?

Hidup selamanya, kuasa yang yang penuh kemegahan atau akhirnya kelubang kubur kita dihumban oleh manusia yang rakus itu, atau apa?

Memang harta dan kuasa amat diperluakan. Kerana harta dan kuasa yang mengdorong kita menjadi baik atau buruk. Harta dan kuasalah akan meletakkan kita di tempat yang hina atau sanjungan manusia. Tapi jangan sampai kita menzalimi orang lain. Jangan sampai kita menzalimi diri kita sendiri. Hanya ikut kata hati dan nafsu, tanpa menghirau kepada keputusan yang maha kuasa.

Walalhu alam.

Sabtu, 18 September 2010

Hari Raya

Salam dan selamat puasa enam.

Telah 9 hari syawal mengunjungi kita. Bermakna ramadhan makin jauh dan peluang beribad telah habis untuk tahun ini dalam bulan yang berkat itu. Jika panjang umur insya allah peluang tahun depan janganlah dilepaskan.

Hari syawal tahun ini meriah seperti biasa. Rumah dikunjungi sejak 1 syawal hinggalah ke 7 syawal. Hanya keluarga dan kawan terdekat sahaja yang datang namun tetap meriah dan ramai yang hadir. Ada juga yang hadir ketika kami tiada di rumah. hanya tinggal pesanan sahaja.

Tiada peristiwa yang menarik untuk dikesahkan. Tetapi Khamis lepas setelah seminggu tidak mengunjugi yah bonda, saya dan pude selepas isya balik mengunjungi rumah ayah bonda. Ketika kami sampai jam telah menunjukkan pukul 10 malam lebeih. Ketika kami menaiki rumah ayahbonda, hanya sepi sahaja. Ayahbonda telah tidur. Aku berpeluang menziarahi adikku dan sempat bercerita tentang hal keluarga.

Setelah beberapa lama aku naik semula kerumah ayahbonda, dan aku dapati emak sedang menguruskan ayahku yang sakit angin ahmar sejak julai 2008. Seperti biasa selepas itu aku bersembang dengan ayahbonda.

Kali ini aku dapati ayah menderita sakit yang dihadapinya agak luar biasa. Terutama untuk membuang air kecil. Sehingga jam 2 pagi akau dan emak masih belum dapat melelapkan mata. Akhirnya aku membuat keputusan setelah berbincang dengan adikku untuk menghantar ayahku ke hoshas.

Lantas aku terus menghubungi 999 dan selepas 1/2 jam sebuah ambulan dari jpam tiba. Dan ketika itu hujan tiba-tiba turum bersama mengiringi ayahku ke hospital.

Aku turut mengiringinya dan setelah selesai aku pulang ke rumah jam 5 pagi. Aku di jemput oleh isteriku setelah pude dan muaz terus mengurus kemasukan ayahku ke wad hospital.

Sejak khamis hingga jumaat aku tidak dapat melelapkan mata, tambahan pula jam 11.30 pagi aku ada program taklimat di SMKK. Badal haji.

Selama cuti hari raya ini sempat juga kami promosi BH di R&R dan aku diperkenalkan oleh Bidin dan pak Ngah dengan Hj Rashid, yang turut berminat.

Petang semalam aku menziarahi ayahku di hospital dan telah ramai sedara mara yang datang.

Hari ini barulah aku dapat tidur nyenyak setelah dua hari tidak tidur, dan tidak mampu aku menghantar anakku ke setsen keretapi jam 1 pagi untuk ke wakaf baru.

Dan hari ini aku akan menjalankan hidup seperti biasa dengan lebih baik dari hari semalam.

Wassalam

Ahad, 12 September 2010

Salam Aidil Fitri

Assalamualaikum wrahmatullahhi wabarakatuh.
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Bathin.

Hari ini 3 Syawal 1431H. Masa berlalu begitu pantas. Tanpa disedari jika kita tidak bermuhasabah diri, ramadhan berlalu begitu sahaja. Alangkah ruginya jika kita tidak merebut kesempatan beribadah semaksima mungkin. Atau mungkinkah ramadhan akan diberi lagi kesempatan untuk kita laluinya dan dikita terus berazam untuk memperbaiki ibadah namun kata hati tak pe. tahun ada lagi dan begitulah seterusnya sentiasa menangguh ibadah dengan harapan akan hidup dan akan hidup lagi.

Sebaik sahaja Syawal menjelma, kami sekeluarga beriftar bersama untuk yang terakhirnya pada tahun ini. Syukur kami dapat menikmati juadah sekelaurga dengan semua korum cukup termasuk anak aku yang study di cairo ada bersama. tahun lepas kami berhari raya tanpa kehadirannya.

Sebaik sahaja majlis iftar berakhir, seperti biasa kami sekeluarga akan solat maghrib berjamaah dan diikuti oleh tazkirah hari raya. Aku akan menyampaikan tazkirah kepada keluarga sebanyak tiga kali yang mesti, iaitu pada awal tahun dan didua hari raya.

Seperti biasa aku akan tazkirah disekitar diri, keluarga, negara dan antara bangsa, agar anak-anak aku sentiasa mendapar maklumat yang benar dan terkini. Mungkin aku ingin menasihati anak-anak akau sebagaimana Lukmanul Hakim menasihati anaknya. Itulah yang akau cita-citakan.

Sehabis tazkikrah kami semua akan bersiap pula untuk menghasdapu hari besar esoknye dengan memperlengkapkan keperluan hari raya.

Seawal jam 5.00 pagi aku bangun untuk solat tasbih dan qaimullail. Diikuti olrh anak-anak ku. Sebaik selesai solat subuh di masjid kami semua beresiap untuk menyambut Syawal. Hari huujan yang renyai begitu indah dan dingin. kami sekeluarga bersarapan, bersiap dengan pakaian baru dan diselit dengan sesi bergambar di hari raya.

Sebaik selesai semuanya seperti biasa kami akan mengunjungi ayah bonda dikanmpung. tahun ini adalah tahun kedua ayahku berhari raya dengan beristirehat di atas katil sahaja akibat stok yang kuat.

Selesai bersalaman dan memohon ampun dari ayah bonda diikuti oleh ietri dan anak-anak, kami sejeluarga akan bertakbir beramai-ramai diruang tamu. Kemnudian majlis tersebut akan disertai oleh keluarga kakkak dan adik ku. Sebaik selesai takbir aku sekali lagi akan b ertazkikrah untuk seluruh keluargaku termasuk majlis tersebut dihadiri oleh bonda tercinta. namun telah dua tahun ayahnda tidak mampu hadir bersama.

Semenjak 20 tahun yang lalu aku akan memberi tazkirah kepada keluargaku setiap kali menyambut hari raya. Kini keluarga ku agak besar, namun dua keluarga kami tidak hadir iaitu keluarga Karimah seorang doktor gigi dan Iklas yang berada di UK. namun hari raya tetap meriah seperti biasda, dan kami bersyukur semua keluarga kami masih lagi dipanjangkan umur sehingga ke hari ini dan moga-moga tahun depan lebih baik dari tahun ini.

Aku rasakan tahun ini lebih meriah dan ceria walaupun cuaca mendung sepanjang hari. Sebaik tamat tazkirah kami akan bertsalaman dan memohon kemaafan sesama kami semuanya. Namun batas-batas sayrita mesti dijaga. Lantas kami bertgegas pula ke masjid al amin berhala gantang untuk menunaikan solat aidil fitri. Kami sampai tepat pada waktunya dan terus menunaikan bersama warga berhala gantang.

Sejurus selesai solat dan khutbah kami memulakan ziarah ke rumah ibu saudara makndak yang rumahnya berhampiran dengan majid. Seterusnya ke rumah ustaz alias dan ke rumah miktam kemudaiannya. kami ke sana sekeluarga. Cukup meriah.

Kemudain kami berpisah dan aku dan keluargaku pergi pula ke Bintang untuk ke rumah mak long rumah kakak isteriku. Kami di sana sehingga selesai menunai solat jumaat.

Sehabis solat jumaat kami sekali lagi mengunjungi rumah ayah bonda, dan sempat berbicara denga kedua iparku seorang dari kuantan dan seorang lagi dari s.alam.

Sebelah petang kami pulang ke rumah di kediaman barokah dan berfihat. Dan pada hari itu aku tidur awal kerana keletihan.

2 syawal rumah yang pertama aku kunjungi rumah hj amir, sedikit tahlil dan hidangan yang berat. Makan nasi gulai ikan patin dan goreng udang galah. Seterusnya kami ke kerdau mengunjungi rumah tok ngah yang nasibnya sama seperti ayahku, stroke. Nasib kanmi baik dan bertembung dan berkunmpul semula seluruh keluarga ku di sana.

Tengah hari keluargaku berkumpul pula dirumahku kecuali keluarga kak long yang akan datang pada hari ini kerana ke jerantut dahulu. Seperrti biasa hidanganb laksa.

Tahun ini kami tidak lagi membuat rumah terbuka cara khusus seperti tahun lepas, setiap hari siapa-siapa boleh datang.

Ramai juga yang datang termasuk cik suzi usahawan perjaya, kali ini datang bersama bmwnya yang baru.

Rakan anakku puda juga ramai yang hadir.

Sebelah petang ke lebak seberang rumah mamat zaiti, mesyuarat Keluarga Jaya. Aku sebagai setiausaha dan berjalan seperti biasa. Korum sentiasa tidak penuh namun berjaya.

Kemudian begitulah berakhirnya untuk 2 syawal dan hari ini 3 syawal aku bersedia menerima kunjunga keluarga dan kawan-kawan, dan hari ini dua mak long akan datang, mak long bintang dan keluarga serta mak long kuantan sekeluarga.

Balik dari lebak seberang ada terima notis terselit dicelah pintu, pak teh dan dr. duan s.alam datang. Tak pe, tahun depan boleh jumpa.

Kepada semua keluarga, sanak saudara, kawan-kawan dan sahabat maaf zahir bathin. Istimewa Budak K.

Group Barokah Agensi, Ust Din, Abang Lan, Pak Ngah, Madani dan Leader U. Abu Hanifah. Tidak ketinggalan semua peserta badal haji. Terima kasih di atas sokjongan dan dihujung sana kejayan menanti. Insya Allah bertawakkal dan berusaha, satu hari solat jumaat di masjid yang lain dan di negara yang lain. Wassalam

Selamat hari raya dan maaf zahir dan bathin.