Selasa, 17 Februari 2009

Isu

Salam. Isu makin berselerak. Ekonomi yang merudum, sosial yang membarah, politik yang cacamarba, semua mengusutkan kepala dan fikiran. Semua membuat kenyataan demi kenyataan. Rujukan semata-mata teori dan fikiran, pandangan dan kononnya kajian.

Apa sebenarnya yang dimahukan insan. Kesenangan, kekayaan, kekuasaan, keadilan dan apa. Di mana semua itu boleh di dapati?. Wang? Hiburan? Kawan? Kekasih? atau dari mana?

Manusia suka dipuji dan diampu. Sebab itu manusia juga banyak yang tertipu. Tertipu oleh pujian, wang, pangkat, harta, wanita dan kuasa. Akhirnya semua itu memusnahkan diri sendiri dan orang lain.

Namun jika ada manusia spesis ini mahu juga mengejarnya jangan melibatkan dan menarik orang lain bersama mereka. Kalau mahu hancur, musnah dan derita, biarlah seorang sahaja. jangan menganaiya orang lain.

Malangnya kita mudah terpengaruh dan jarang mampu mempengaruhi. Kita suka mengikut bukan diikut. Kita dipimpin dan bukan memimpin. Kenapa?. Tidak percaya diri sendiri, takut, tiada ilmu atau memang jahil.

Abad 21, manusia akan berhadapan dengan kemelut kehidupan yang lebih kronik. Darwin menyatakan lama dulu, yang kuat, kaya, berkuasa dialah pemenang. Yang miskin, bangsat, papa kedana menderita dan terus tewas dalam semua bidang.

Ayuh, apa sepatutnya kita lakukan?

Menceritakan peristiwa,
Melihat peristiwa
Bersama perisiwa
atau berangan dengan kehebatan diri sendiri yang tak hebat itu.

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan