Ahad, 18 Julai 2010

Culas

Salam. Huh! lame betui koi x nulis. Sibuk memanjang. Koi ni jenis malas buke komputer. Ari ni koi ada mase sikit. Sejak due minggu lepas koi memang sibuk.

Bermula dengan menghadiri seminar pematuhan syariah di dosert hotel subang jaya sehinggalah semalam seminar mobilisasi demokrasi di s alam.

Semue nye hebat belaka.

Minggu ini dikejutkan pule oleh kenaikan harge petrol 5 sen. Ramai orang kete tak pe, tak banyak lime sen je. Tapi tuan tau tak, 5 sen tu satu liter, tapi kite isi minyak kerete bukan satu liter, kadang-kadang hingga 50 liter, kalau 50 liter berape harga peterol yang naik sebenarnya?

Kemudian, juak-juak yang bodoh yang memperbodohkan diri sendiri dan orang lain nerkata, langkah berani kerajaan untuk menyelaraskan sabsidi. Tak munasabah subsidi 1 bilion dan macam-macam lagi alasan bodoh dan memperbodohkan.

Satu makcik dan pakcik tu pulok kate, tak kan kite nok mengharapkan subsidi kerajaan, sampai bile nok mengharapkan kerajaan. Ini lagi satu cakap bangang. Memanglah kita mengharapkan kerajaan untuk tolong kitr. kalau tidok tok payoh ade kerajaan. Kerajaan wajib menolong dan menyenangkan rakyatnya. Bangang betui kalau setuju kerajaan menyusohkan rakyat. Tak taulah koi macamana mereke berfikir. Tahniah.

Kan ada sesetengah negara dipanggil welfare state, maknanya kerajaan tanggung rakyat untuk hiidup senang, buka setiap hari dok fikir macamana nok menyusohkan rakyat.

Minggu lepas ade rodong koi datang rumoh, saje ziarah dan ade sikit urusan. Bile cite pasal kewangan negare ni, dia pun ade satu cite. Citenye begini:

Kate dia, satu hari dia pegi minum di bukit angin atap biru di Temerloh. Kebetulan dia paking kete disebelah sebuah kete seseorang yang sedang masuk ke kerete nye. Orang itu baru saje abis minum. Tengok punye tengok ruprnye rodong yang dah tak jumpe 20 tahun dulu, lalu kawan dia tu tak jadi naik kereta dan join semula dengan rodong koini minum sekali lagi, al maklum lame tak jumpe.

Rodong koi ni dah ditunggu oleh dua orang rodong dia dari pegawai felda wilayah, dan rupe nye rodong lama rodong koi ni pun dari felda juga, tapi di HQ. Cerite punye cerite, rodong dari HQ ni pun buka satu cereta tentang RM.

Satu hari RM pegi shoping di Harrods. Dan RM minta supaya Harrods ditutup khas kerana dia mahu shoping sorang je, dan kos tutup itu adalah RM 4 juta. Kemudain dipendekkan cite, RM shoping sebanyak 25 kotak. Beso mane dan harge sekotak tak taulah. Kemudian apabila sampai di malaysia hanya 24 kotak je yang balik dan 1 kotak tinggal di Harrods agaknyae. Dan RM paksa dua orang pegawai Felda gi cari semula sampai dapat di Harrods. Dan semua kos itu ditanggung dan dibayar oleh FELDA.

Terima kasih. sekianlah kesah benar dari salah seorang pegawai HQ felda.

Wassalam