Sabtu, 28 Februari 2009

Rompin

Salam. Pagi semalam koi dihubungi oleh amir minta koi bawakan abang mat ke rompin kerana ada program talk di sana. Dia minta koi tunggu di tol.

Sebelum tu rodong koi jijul tanya tentang kes pemilihan yang tulis sebelum itu. Namun semua itu koi tulis hanya sebagai memory sahaja.

Koi solat jumaat di songsang dan lepas tu terus ke tol untuk tunggu abang mat. Jam 3 ptg abang mat sampai dengan amir dan kome terus ke kuantan kerana di sana abang ajis tunggu.

Kome sampai di tol gambang agak cepat dan relax kejap di petronas sambil makan jangung. Tak berapa lama abang ajis sampai dengan 3 orang bersama prado. Tapi semasa kome relax tadi ramai juga orang yang mengenali abang mat dan bersalam dengannya.

Kome pun terus ke kuantan taman guru untuk park prado dan terus ke rompin. Kome sampain di rompin dan menikmati udang goreng di leban condong. Di sampin itu oerder lagi 10 kilo untuk di bawa ke kl.

3 minggu lepas koi dengan abang mat ke jerantut dan apabila kome ke rompin cerita dulu boleh disambung semula.

Lepas menikmati udang kome terus ke masjid kerana lawer fadli sedang tunggu. Kemudain kami ke rumahnya untuk berihat menunggu program talk jam 9.30 malam di sepakat. Kome terus merebahkan diri dan lena kejap.

Selepa bersiap diri kome solat maghrin dulu dan ke tempat makan. Sekali lagi kome dihidangkan dengan udang rompin tetapi kali ini ada ayam kampong sekali. Oh, nikmat betui.

Lepas makan kami ke tempat talk dan habis jam 11.40 malam.

Ldepas ni koi sambung semasa dalam perjalan pulang ke kuantan. Sori jam dah pukul 5 pm dan koi nak ke kuantan ada keje sikit.

Wassalam

Jumaat, 27 Februari 2009

Culas

Salam. Maaflah yek. Agak lama juga koi tak nuls. Bukan ape culas ngat dua tiga hari ini. Memang banyak isu nak ditulis tapi culas.

Dalam seminggu ni line internet tak berapa elok sikit, dan cuba juga nak tulis tapi internet tak dapat ditek.

Pagi ni ada seorang tanya ngape tak nulis blog. Dan hari ini koi luangkan sikit masa untuk nulis.

Perkara yang menarik perhatian koiu berita dua tiga harim lepas dalam utusan meloya ada seorang menteri kata Islam perlu dijaga. Koi tanya diri koi sendiri. Kita jaga Islam ke atau islam yang jaga kite.

Soal politik tak habis-habis dan semua nak tunjuk hero. Koi ada kata kat rodong-rodong jika dalam situasi pembangkang dan kerajaan sama kuat maka inilah jadinya. Koi fikir kalau nak menenangkan keadaan kita kena cari seorang BJ Habibie bekas preseden indon selepas suharto. Beliau berjaya menenagkan politik indon dan selepas itu dia serahkan kepada kebijakan rakyat untuk meneruskannya.

Kita siapa agaknya yang boleh jadi BJ Habibie.

Selain itu koi nampak dalam pemikiran koi melayu ni masih lagi hendak menyelesakan persoalan melalui kehebatan melayu yang tak hebat tu. Dalam forum atau isu di tv, mereka cari tokoh melayu yang dah ganyut bincang soal perpaduan melayu. tapi cuba kaitkan dengan bangsa lain. Mereka kata, berpadu melayu maka bangsa lain juga akan menjadi kuat. Pelikkan? Faham ke tak fahama maksud koi. Kalau tak faham tuan semua boleh komen.

Semalam koi je Putra Jaya, hujan sangat lebat, cuma yang nak bagi tahu, pejabat kerajaan di Putra Jaya tu tiada parking kereta. Siapalah agaknya yang menjadi pensasihat sehingga terlepas pandang nak sediakan tempat letak kereta.

Hari ini rodong ajok pegi rompin, katanya makan udang. Hoi bes juge. Dia kata pegi sana dengan abang mat kite.

Sabtu, 21 Februari 2009

Bawi

Salam. Hari ini dah tiga kali koi buka blog. Ia semata-mata untuk memenuhi minda yang terluang. baru sebentar rodong lama koi bawi ada telepon. Hal anak. Minta tolong selesaikan anaknya. Apalah yang ada pada koi untuk menyelesaikan masalah anaknya.

Koi ni kadang-kadang heran. Ngapa ada yang minta tolong dari koi untuk tolong selesaikan masalah mereka. Siapa koi ni.

Malangnya bawi ni tel koi tiba-tiba putus, Maka persepsi berbagai, koi sombong, ngada dan lain-lain.

Maaflah bawi. koi kontek balik awok tak angkat.

Sori dan wassalam

Pemilihan

Salam. Pemilihan ni ialah untuk kita memilih orang yang kita suka, orang yang sesuai, orang yang layak dan orang yang betul.

Pemilihan pemimpin dalam sesebuah oraganisai atau pertubuhan adalah kunci utama kejayaan sesebuab organisasi. Namun apabila ianya berkaitan dengan pemilihan dan organisasi maka ia tidak boleh lari dari politik.

Maka politik itulah pemilihan. Politik itu sokong menyokong. Politik itu jatuh menjatuh dan politik itu dengki mendengki.

Sebab, ada kepentingan awam dan peribadi. Ada imbuhan, ada pendapatan, ada gaya dan yang penting ada kuasa. Dan kuasa adalah segala-galanya.

Wassalam.

Cuti

Salam. Hari ini sabtu. Cuti. Jika hari cuti ni koi rasa masa banyak terbuang. Tiada aktiviti massa melainkan aktiviti sendiri atau keluarga. Kalau aktiviti sendiri dan keluarga buat apa kerana sejak lahir irulah aktivitinya.

Sebaiknya kita lebih mengutamakan aktiviti ummat dan masyarakat dari aktiviti diri sendiri dan keluarga.

Koi ni sebenarnya dulu memang banyak aktiviti luar. Tapi koi rasa tertipu dengan pimpinan masyarakat. Pemimpin biasanya dalam ucapan dan taklimat sentiasa cakap dan seru buat yang baik dan benar. Tak kira siapalah jika dia pemimpin. Tapi hakikatnya dan realiti mereka sesetengahnya lebih teruk dan munafik. Minta bersatu, berusaha, cemerlang, bersih dan berbagai lagi. Cuba tengok jika dia minta kita bersatu tapi dialah yang memecahkan masyarakat untuk mengekalkan jawatan dan kuasa. Jika dia minta kita cemerlang, mereka dan keluarga mereka huru hara. Jika dia minta kita berusaha, kita jika pergi kerumah mereka, subuh pun subuh gajah, dan jika dia minta bersih, pergi rumah dia berselerak dan tandas pun segan dak masuk.

Inilah hakikatnya. Belum kita cerita pasal pemimpin negara. Ini baru pemimpin kecil dan dari kalangan pemimpin gerakan Islam.

Sebab apa, sebab kita telah biasa. Bila kita tanya mengapa, dia kata biasalah.

Adakah biasa jika kita penipu dan menipu hanya kerana mahu kekal hebat dan nampak hebat. Sedangkan tidak begitu. Apabila kita membiasakan keadaan ini maka kita sentiasalah berada dilembah yang dahsyat.

Maka sebab itu janganlah kita membiasakan perkara yang salah, dan mengamalkan perkara yang salah dalam kebiasaan kita.

Marilah kita membiasakan yang benar dan membenarkan yang biasa.

Wassalam.

Jumaat, 20 Februari 2009

Munafik

Salam. Pada selasa selepas koi balik dari BG koi dihubungi oleh seorang wanita yang koi kenali. Katanya dia seorang penegak kebenaran. Dia menanya koi tentang konspirai seseorang. Lalu koi tanya dia awok sape yang menyibuk tanyadan amik hal orang lain. Dia agak terkejut dan koi persoal terus kenapa dia juga termasuk dalam orang yang suka membuat dan menyampaikan fitnah. Apabila di asak bertubi-tubi dengan persoalan dia padamkan hp dia.

Pada malamnya barulah koi tahu siapa yang meneraju kospirasi tersebut setelah bertemu muka dengan salah seorang yang terlibat dan dia dijadikan alat konspirasi tersebut. Dia mengaku dengan menyebut beberapa nama namun katanya dia tak tahu menahu. Orang panggil dia mak we dan umurnya 70 tahun. Koi mungkin percaya penjelasan dia.

Semalam koi didatangi seorang tetamu wanita di rumah. Dia di sambut oleh anak sulung koi, dan soalan pertama kepada koi juga tentang kospirasi. Koi kata koi tak nak bersubahat dan amik hal dan jauh sekali melayan benda-benda karut apatah lagi sehingga menimbulkan fitnah sesama kite. Koi langsung tak bagi maklumat dan jika mahu jumpalah setiausaha.

Koi nak beritahu, munafik dan kaki fitnah tak kira sapa. Orang baik, jahat, nampak jujur, nampak alim sprt tok ufti wilayah atau sape-sape saje. Jika ada kepentingan diri lupa dosa dan pahala.

Oleh itu cerita sebenar hubungi,Him, Jusuh, hamid, Ehsan, Mejer, Siti, Janah, Salamiah, Awie, Abi, Makwe, Senu, Izam. Jed dan Cikgu Roslan Ahmad konspirator. Tetapi terpulanglah kepada masing-masing kerana koi takut juga dengan koi tulis ni pun akan timbul fitnah.

Rabu, 18 Februari 2009

Minda

Salam. Semalam balik kerja tengok internet kejap. Rodong koi meting kat lepis. Masa ni koi tinggeai bedua je. Anok-anok semua duduk hostel. Lepas tu koi ngantok ngat dan tidur. Tak lama pas tu ada orang call koi. Koi tengok pupu loi ustaz yas minta koi datang amik diut sikit untuk KJ dan masuk dalam bank. Keknya selain dia mintok koi amik diut tu dia kata ada hal lain.

Koi terus bangun dan mandi pas tu solat asar. Selepas bersiap rodong koi balik dari lepis. Koi kena cepat ke rumah Ustaz Yas sebab maghrib nanti koi ada kuliah di surau hijau.

Setelah sampai di rumah abang yas di BG terus ke tajuk utama. Dia amik diut, banyaok juga jumlahnya dan terus dia kata nak buah Halaman Dapur. Dia mintok koi buat kertas cadangan.

Setelah berbincang koi rasa idea Ustaz yas ni sangat bagus. Konsep Halaman Dapur ni dia kata hanya memerlukan tanah selua s1/4 ekar sahaja (atau dikeliling rumah) dia dah buat dan koi tengok dia tanam terong. Dia kata kita buat secara gotong royong seramai 20 orang peserta. Setiap peserta buat dua batas 4'X20'. Semua batas juga dibuat secara gotong dan semua penyelenggaraan secara gotong royong. Peserta hanya perlu menyumbang RM50.00 shaja. lama tempohnya 40 ke 60 hari dan dia sendiri akan membeli hasil tersebut untuk dipasakan.

Koi pun balik terus kerana nak ke surau. Rodong koi ikut sekali.

Wassalam.

Selasa, 17 Februari 2009

Isu

Salam. Isu makin berselerak. Ekonomi yang merudum, sosial yang membarah, politik yang cacamarba, semua mengusutkan kepala dan fikiran. Semua membuat kenyataan demi kenyataan. Rujukan semata-mata teori dan fikiran, pandangan dan kononnya kajian.

Apa sebenarnya yang dimahukan insan. Kesenangan, kekayaan, kekuasaan, keadilan dan apa. Di mana semua itu boleh di dapati?. Wang? Hiburan? Kawan? Kekasih? atau dari mana?

Manusia suka dipuji dan diampu. Sebab itu manusia juga banyak yang tertipu. Tertipu oleh pujian, wang, pangkat, harta, wanita dan kuasa. Akhirnya semua itu memusnahkan diri sendiri dan orang lain.

Namun jika ada manusia spesis ini mahu juga mengejarnya jangan melibatkan dan menarik orang lain bersama mereka. Kalau mahu hancur, musnah dan derita, biarlah seorang sahaja. jangan menganaiya orang lain.

Malangnya kita mudah terpengaruh dan jarang mampu mempengaruhi. Kita suka mengikut bukan diikut. Kita dipimpin dan bukan memimpin. Kenapa?. Tidak percaya diri sendiri, takut, tiada ilmu atau memang jahil.

Abad 21, manusia akan berhadapan dengan kemelut kehidupan yang lebih kronik. Darwin menyatakan lama dulu, yang kuat, kaya, berkuasa dialah pemenang. Yang miskin, bangsat, papa kedana menderita dan terus tewas dalam semua bidang.

Ayuh, apa sepatutnya kita lakukan?

Menceritakan peristiwa,
Melihat peristiwa
Bersama perisiwa
atau berangan dengan kehebatan diri sendiri yang tak hebat itu.

Wassalam

Jumaat, 13 Februari 2009

Permainan

Salam. Ari koi nak cerita tentang permainan orang melayu. Kita tak sedar atau buat tak sedar atau senghaja tak sedar bahawa permainan tradisi atau permainan moden orang melayu adalah berukunkan dengki.

1- Mainan gasing. Asyiik memangkah aje. pusing pangkah. pusing pangkah. Makna nya kalau ada orang senang, kaya, kuasa kita pangkah jatuhkan dia.

2- Dam aji. Nak naik aji pun makan. Dah naik aji lagi banyak makan. Maknanya untuk naik dan berkuasa sapu dan gunakan apa yang patut. Lagi banyak makan lagi bagus. Makan depan, belakang, kiri kanan. Habis sapu.

3- Main tayang. Mesti halang orang nak menang. Maknanya. kalau sekat dan halanglah orang nak maju, kaya, sedang dan berkuasa.

Itulah tiga contoh permainan orang melayu berukunkan dengki.

Cuba tengok permainan orang dan bangsa lain. Itu carilah sendiri.


Sebab itu orang melayu kalau masih bersikap dan berpeel begini akhirnya semua lingkup. Sbb banyak sangat kitol.

Sekarang dah masuk bulan feb. Tanpa sedar bulan januari dah berlalu. Tapi adakah kita ikut berlalu semata=mata atau kita berlalu dengan terus maju.

Baca ni.................

Dengki merupakan salah satu penyakit hati yang mesti dihindari. Dari banyak referensi, dituliskan bahwa dengki merujuk kepada kebencian dan kemarahan yang timbul akibat perasaan cemburu atau iri hati yang amat sangat. Ia amat dekat (berhubungan) dengan unsur jahat, tidak berkenan, benci dan perasaan dendam yang terpendam.

Ada juga yang mendefinisikan dengki sebagai suatu perbuatan atau tindakan hati yang tidak senang melihat kesenangan (nikmat) orang lain serta berharap agar kesenangan (nikmat) orang lain akan hilang atau lenyap atau pun berpindah kepadanya.

Rasululloh SAW bersabda, “Janganlah kalian saling mendengki, saling menfitnah (untuk suatu persaingan yang tidak sehat), saling membenci, saling memusuhi dan jangan pula saling menelikung transaksi orang lain. Jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara muslimnya yang lain, ia tidak menzhaliminya, tidak mempermalukannya, tidak mendustakannya dan tidak pula melecehkannya. Takwa tempatnya adalah di sini -seraya Nabi SAW menunjuk ke dadanya tiga kali. Telah pantas seseorang disebut melakukan kejahatan, karena ia melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas sesama muslim yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya. ” (HR. Muslim dari Abu Hurairah ra)

ALLAH SWT berfirman:
“Katakanlah, Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai sebuah dari kejahatan makhluk Nya,” kemudian Dia berfirman, “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki”. (AI Falaq(113): 1, 2 dan 5).

Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahwa Rasululloh SAW bersabda:
“Ada tiga hal yang menjadi akar semua dosa. Jagalah dirimu dan waspadalah terhadap ketiganya. Waspadalah terhadap kesombongan, sebab kesombongan telah menjadikan iblis Inenolak bersujud kepada Adam. Waspadalah terhadap kerakusan, sebab kerakusan telah menyebabkan Adam memakan buah dari pohon terlarang. Dan jagalah dirimu dari dengki, sebab dengki telah menyebabkan salah seorang anak Adam membunuh saudaranya.” (HR Ibnu Asakir).

So, saudara-saudaraku (yang seiman, maksudnya), marilah kita jauhi penyakit hati dengki

Wassalam

Khamis, 12 Februari 2009

Bicara Pagi

Salam. Pagi seperti biasa gi kerja. Hari ini adalah hari sukan tahunan. Semalam koi gi kuliah maghrib di bt satu. Agak ramai hadirin.

Penceramah kata ada empat tahap dosa.
1- Buat dosa/maksiat pelaku akan mohon ampun
2- Buat dosa/maksiat rasa tiada apa-apa
3- Buat dosa/maksiat rasa bangga
4- Buat dosa/maksiat memisahkan iman dan kafir.

Ch: Berjudi. Kali pertama rasa berdosa dan malu. Minta ampun. Tapi jika dah biasa rasa tiada apa-apa. Jika diteruskan akhirnya rasa megah dan bangga, tapi akhirnya jadi syirik jumpa bomoh atau jin untuk dapatkan nombor. Jauhilah dosa dan maksiat.

Lepas tu gi minum atur strategi untuk pemilihan 2009/2011. Lah, Hj Jusuh dan Syed.

Isu perak nampaknya masih kelam kabut. Isu 2 MB belum selesai. Sebab tiada yang mahu ikut saranan jika berbalah kembalilah kepada Quran.

Sekarang dah masuk bulan kedua persekolahan. Keputusan UPSR dan PMR telah lama diketahui. Ramai yang gembira dan ramai juga yang berdukacita dan tak kurang yang tiada yang apa-apa.

Tak lama lagi SPM dan STPM pula. Pelajar di Universiti terus menyambung sem seterusnya. Kejayaan adalah harapan dan cita-cita. Kecemerlangan adalah harapan dan kehendak stake holder.

Kejayaan dan kecemerlangan ada puncanya. Awal dan mendahului adalah syarat utama. Sbb itu MB tak sah perak cuba menjadi awal dan mendahului. Tapi itu politik. Apa sahaja semuanya halal dan betul. Politik sebenarnya tidak kotor, namun manusia yang tiada tuhan sahaja yang mengotorinya. Kekotoran itu adalah kerana tiada iman ke apad hari kemudian. Dan mungkin MB Perak yang tak sah sudah berada melakukan dosa dan maksiat di tahap 4.

Sekian bicara pagi dan jika ada terluang jumpa di bicara lain. Salam untuk yang mengenali.

Wassalam.

Selasa, 10 Februari 2009

Kebenaran

Salam. agak lama koi tak nulis. Sejak kes perak, mod nak tulis hilang. Tapi semalam rodong koi rizan ada sms, roslan meninggal, dan kemudian malam dia sma linkkan blog koi dalam blog dia. Koi dengan rizan ni memang klos tapi lama tak jumpa.

Kali akhir koi jumpa roslan pada tahun lepas semasa dia ceramah di kerdau. Al fatihah.

Minggu lepas koi ke kuantan di smt seri pelindung. program motivasi dan re-orientasi. dari 400 pelajar hanya 200 orang sahaja yg hadir. Luar biasa!!!. Ahad lepas program kursus pemimpin pelajar. Sekitar 60 orang. Pelajar yang berdisiplin dan pintar. juga luar biasa. Seperti biasa koi bersama azril. Sedang menunggu di Jerantut dan lipis.

Isnin ke pejabat dan bertugas seperti biasa. Isunya tak habis perak,perak dan perak. Semasa masa terluang koi tulis sikit berita tentang koperasi KGPAP yang koi pengerusinya. Hantar untuk diterbitkan dalam siasah dan sinar harian.

Balik kerja koi terus ke kediaman pengetua puteri. Tidur disitu tapi pagi ni bangun tidur tiada air. Bergergas balik ke kediaman barokah.

Tadi koi terfikr selepas melihat poll dalam sinar harian 95% kata PR tidak derhaka. Apa yg koi pikir jika ini caranya tak mustahil suatu hari kita akan ditadbir oleh komunis atau yahudi. Kenapa?. jika raja boleh dibeli.

Bab ni koi memang bermotivasi untuk cuba memberi pandangan aje. harap rizan buka blog koi hari ini.

Arini koi tak dapat berhubung dan dihubungi. hp koi tinggal kat kediaman pengetua.

Terima kasih.

Selasa, 3 Februari 2009

Maruah

Salam. Koi nyambong sikit cerita ari ni. Semalam semasa koi nulis blog ni fitri dok tanya koi macamana buat blog. Sejahil koi ni dengan komputer tapi masih ada orang tanya koi dan ada juga masanya koi lebih.

Cerita politik tak abis, ini semua maruah punya hal. Kalau awak rasa tak malu buatlah apa sahaja yang awak suka. Keluar masuk nafi hilang dan macam-macam. Itulah sebabnya kalau tidak berpegang pada yang asal iaitu Islam. Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi dari Islam. Segala-galanya mati dan hidup adalah kerana Islam.

Minggu depan ni koi ada lagi program motivasi. Kali ni Teknik Chenor pulok. Buat di Green Park. Insya Allah akan berjalan lancar.

Musim ni musim perubahan dan penambahbaikan. Untuk keluar dari tempurung begok, marilah kita sama-sama membuka minda dan berlapang dada mencari kebenaran.

Mari kita sama-sama membangunkan ummah dan mempertahan agama demi tuhan yang maha esa.

Wassalam

Isnin, 2 Februari 2009

Dugaan

Salam. Seminggu bercuti dan bersantai dirumah, banyak peristiwa dan berita baru dan berlaku. Terutamanya pada minggu terakhir cuti. Seawal cuti tiada program dan aktiviti, tetapi di akhir cuti perogram sangat padat.

Bermula dengan program motivasi dan re orientasi di SM Teknik Seri Pelindung. Seramai 400 pelajar dan dibantu oleh En. Azril. Pengalamannya sangat hebat di mana pelajar sangat luar biasa. Pada sebelumnya ada mesyuarat Ekspo Penerangan. Setelah beberapa kali bermesyuarat akhirnya semua program berjaya di overroll oleh Abang Amir kita.

Apa yang menarik sejak khamis sebelumnya saya ke KL berurusan dengan Jishah Coorp. Menyelesaikan beberapa perkara yang tertunggak. Makan tengah hari bersama taukeh dan seterusnya saya terus ke The Mall menanti masa temujanji dengan Hj Mustafa dari Kop Ukhuwah. Oleh kerana anak PMR 9A, maka membeli hp untuk hadiah kejayaannya.

Selepas tunai solah saya terus menaiki LRT ke Sogo untuk berurusan dgn Hj Mustafa. Saya sangat teruja dengan kehebatan beliau mengendalikan koop yang sangat besar. Pejabatnya di medan tuanku. Banyak perkara dan isu dibincangkan dan banyak perkara yang saya mohon pertolongan dari koopnya. Pada dasarnya beliau bersetuju untuk membantu dan saya sangat gembira. Saya sebenarnya meminta bantuan darinya untuk koperasi saya. Kebetulan saya adalah Pengerusi KGPAP. Sebelum itu pada 10 jan dulu kami sama-sama bertanding untuk jawatan NYDP Angkasa. Syukur beliau telah memenanginya dengan undi tertinggi.

Semasa pulang beliau telah menghantar saya ke The Mall dengan Mercnya dan ada driver. Saya fikir itulah satu kop yang ada merc dan ada driver.

Berbalik cerita seterusnya dihujung minggu selepas program motivasi pada ahad saya berihat dan membersih kawasan rumah. Sempat saya menghubungi Hj Mustafa tetapi tiada jawapan. Namun sejurus kemudian beliau menghubungi saya kembali dan saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi menbiayai saya ke Aceh bersama DPMM pada 13 Mac hingga 16 Mac. Sungguh diluar dugaan. Dan saya berdoak hubungan persahabatan kami benar ikhlas. Sebab dalam kereta semasa dia menghantar saya beliau meluahkan perasaan yang sangat begok pengurusan Angkasa.

Petang ahad saya menghantar anak ke Tahap dan bergegas balik kerana ada temujanji dengan YM Raja Ismail di Rest House Temerloh bersama Amir. Setelah solah asar saya terus ke sana di mana YM trelah lama menanti.

Setelah memesan miniman dan makanan amir sampai dan kami terus bersembang untuk masa depan jamaah. Sebelumnya saya dah meting dengan hj jusuh dan amir bagi rancangan strategi seterusnya.

Dalam pada itu saya sempat menghubungi beberapa kawan lama seperti yazid dan rizan. Syukur masih sihat dan bergembira.

Pada malamnya kecoh pula hal 2 adun dari perak. Sempat baca blog dan berita dan sehingga pagi ini belum selesai. Inilah dunia.

Tapi saya tetap berpendirian bahawa yang benar adalah segala-galanya.

Sedang menulis blog ini saya dihubungi oleh SMT Cenor, Amir kemudian Rizan. Saya juga ada menghuhungi hj jusuh. Sori tak dapat jumpa kerana dalam tugas.

Hanya allahlah segala yang baik dan akan akhirnya menemui kabaikan.

Insya Allah kebaikan akan bersama kita.