Sabtu, 28 Februari 2009

Rompin

Salam. Pagi semalam koi dihubungi oleh amir minta koi bawakan abang mat ke rompin kerana ada program talk di sana. Dia minta koi tunggu di tol.

Sebelum tu rodong koi jijul tanya tentang kes pemilihan yang tulis sebelum itu. Namun semua itu koi tulis hanya sebagai memory sahaja.

Koi solat jumaat di songsang dan lepas tu terus ke tol untuk tunggu abang mat. Jam 3 ptg abang mat sampai dengan amir dan kome terus ke kuantan kerana di sana abang ajis tunggu.

Kome sampai di tol gambang agak cepat dan relax kejap di petronas sambil makan jangung. Tak berapa lama abang ajis sampai dengan 3 orang bersama prado. Tapi semasa kome relax tadi ramai juga orang yang mengenali abang mat dan bersalam dengannya.

Kome pun terus ke kuantan taman guru untuk park prado dan terus ke rompin. Kome sampain di rompin dan menikmati udang goreng di leban condong. Di sampin itu oerder lagi 10 kilo untuk di bawa ke kl.

3 minggu lepas koi dengan abang mat ke jerantut dan apabila kome ke rompin cerita dulu boleh disambung semula.

Lepas menikmati udang kome terus ke masjid kerana lawer fadli sedang tunggu. Kemudain kami ke rumahnya untuk berihat menunggu program talk jam 9.30 malam di sepakat. Kome terus merebahkan diri dan lena kejap.

Selepa bersiap diri kome solat maghrin dulu dan ke tempat makan. Sekali lagi kome dihidangkan dengan udang rompin tetapi kali ini ada ayam kampong sekali. Oh, nikmat betui.

Lepas makan kami ke tempat talk dan habis jam 11.40 malam.

Ldepas ni koi sambung semasa dalam perjalan pulang ke kuantan. Sori jam dah pukul 5 pm dan koi nak ke kuantan ada keje sikit.

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan