Sabtu, 21 Februari 2009

Cuti

Salam. Hari ini sabtu. Cuti. Jika hari cuti ni koi rasa masa banyak terbuang. Tiada aktiviti massa melainkan aktiviti sendiri atau keluarga. Kalau aktiviti sendiri dan keluarga buat apa kerana sejak lahir irulah aktivitinya.

Sebaiknya kita lebih mengutamakan aktiviti ummat dan masyarakat dari aktiviti diri sendiri dan keluarga.

Koi ni sebenarnya dulu memang banyak aktiviti luar. Tapi koi rasa tertipu dengan pimpinan masyarakat. Pemimpin biasanya dalam ucapan dan taklimat sentiasa cakap dan seru buat yang baik dan benar. Tak kira siapalah jika dia pemimpin. Tapi hakikatnya dan realiti mereka sesetengahnya lebih teruk dan munafik. Minta bersatu, berusaha, cemerlang, bersih dan berbagai lagi. Cuba tengok jika dia minta kita bersatu tapi dialah yang memecahkan masyarakat untuk mengekalkan jawatan dan kuasa. Jika dia minta kita cemerlang, mereka dan keluarga mereka huru hara. Jika dia minta kita berusaha, kita jika pergi kerumah mereka, subuh pun subuh gajah, dan jika dia minta bersih, pergi rumah dia berselerak dan tandas pun segan dak masuk.

Inilah hakikatnya. Belum kita cerita pasal pemimpin negara. Ini baru pemimpin kecil dan dari kalangan pemimpin gerakan Islam.

Sebab apa, sebab kita telah biasa. Bila kita tanya mengapa, dia kata biasalah.

Adakah biasa jika kita penipu dan menipu hanya kerana mahu kekal hebat dan nampak hebat. Sedangkan tidak begitu. Apabila kita membiasakan keadaan ini maka kita sentiasalah berada dilembah yang dahsyat.

Maka sebab itu janganlah kita membiasakan perkara yang salah, dan mengamalkan perkara yang salah dalam kebiasaan kita.

Marilah kita membiasakan yang benar dan membenarkan yang biasa.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan