Khamis, 12 Februari 2009

Bicara Pagi

Salam. Pagi seperti biasa gi kerja. Hari ini adalah hari sukan tahunan. Semalam koi gi kuliah maghrib di bt satu. Agak ramai hadirin.

Penceramah kata ada empat tahap dosa.
1- Buat dosa/maksiat pelaku akan mohon ampun
2- Buat dosa/maksiat rasa tiada apa-apa
3- Buat dosa/maksiat rasa bangga
4- Buat dosa/maksiat memisahkan iman dan kafir.

Ch: Berjudi. Kali pertama rasa berdosa dan malu. Minta ampun. Tapi jika dah biasa rasa tiada apa-apa. Jika diteruskan akhirnya rasa megah dan bangga, tapi akhirnya jadi syirik jumpa bomoh atau jin untuk dapatkan nombor. Jauhilah dosa dan maksiat.

Lepas tu gi minum atur strategi untuk pemilihan 2009/2011. Lah, Hj Jusuh dan Syed.

Isu perak nampaknya masih kelam kabut. Isu 2 MB belum selesai. Sebab tiada yang mahu ikut saranan jika berbalah kembalilah kepada Quran.

Sekarang dah masuk bulan kedua persekolahan. Keputusan UPSR dan PMR telah lama diketahui. Ramai yang gembira dan ramai juga yang berdukacita dan tak kurang yang tiada yang apa-apa.

Tak lama lagi SPM dan STPM pula. Pelajar di Universiti terus menyambung sem seterusnya. Kejayaan adalah harapan dan cita-cita. Kecemerlangan adalah harapan dan kehendak stake holder.

Kejayaan dan kecemerlangan ada puncanya. Awal dan mendahului adalah syarat utama. Sbb itu MB tak sah perak cuba menjadi awal dan mendahului. Tapi itu politik. Apa sahaja semuanya halal dan betul. Politik sebenarnya tidak kotor, namun manusia yang tiada tuhan sahaja yang mengotorinya. Kekotoran itu adalah kerana tiada iman ke apad hari kemudian. Dan mungkin MB Perak yang tak sah sudah berada melakukan dosa dan maksiat di tahap 4.

Sekian bicara pagi dan jika ada terluang jumpa di bicara lain. Salam untuk yang mengenali.

Wassalam.

1 ulasan:

  1. Sekejap btl masa berlalu yek...pejam celik-pejam celik,tau-tau ustaz suhardiman dah semakin tua....tak nk menambah bini ker...huhu

    BalasPadam