Selasa, 26 Mei 2009

Cik Gu

Salam. Ahad koi mempengerusikan mesyuarat ALK KGPAP. Banyak isu yang panas dan terkini kerana dah dua bulan x mesyuarat. Bulan lepas pasal ada program percambahan minda. Tapi biasalah, orang meLAYU. Kalau kata tak ndak maju marah. Tapi itulah hakikatnya.

Dalam mesyuarat tersebut ada terima surat dari ANGKASA supaya hadir hari perhimpunan khas di kelana jaya. Oleh kerana tiada yang boleh pergi koi selaku pengerusi KGPAP terpaksalah pergi.

Isnin seperti biasa selepas selesai solat subuh di masjid, koi bersiap untuk ke kelana jaya. Tapi pada hari yang sama rodong koi juga bersiap ke taiping selama seminggu mesyuarat katanya. Jam 7 pagi koi memulakan perjalanan dan selepas itu barulah rodong koi ke taiping dengan menumpang kawan dia dari kuantan.

Sampai di rnr gombak koi berhenti qada hajat. Selepas tu bersarapan pagi. Ada saing dari temerloh cikgu mansor dan abdullah. Kome makan sekali dan dollah yang bayar. Kemudian mansor nak ikut koi dengan folow kete koi ke kelana jaya. Kome ke kelana jaya ikut batu caves, jalan kuching, jalan duta, lebuh raya NKVE dan terus ke klana jaya.

Program bermula jam 10 pagi dan 3 pembentang dan selepas itu dialog. Perhimpunan mencapai objektif dan para peserta walau tak ramai tetapi aktif ambil bahagian dengan memberi idea walaupun ada yang beremosi.

Selepas tamat perhimpunan dan lunch, koi terus pula ke putra juaya. ada keje sikit. Koi sampai jam 2.30 pm dan berhajat untuk berjupa seorang pegawai disitu. Tapi kata sekuriti pukul 3.30 baru boleh ambil pas.

Koi pun tak kata apelah. Tetiba ada seorang pemuda datang dekat koi. Dia tanya cikgu ke? pernah mengajar di teknik temerloh. Dan koi kata ye. Dan dia kata dia dah perati koi agak lama dan dia perkenalkan dirinya suhairul dan anak murid koi tahun 2002 dulu.
Dia bekerja di situ. Dan koi pun bolehlah terus jumpa pegawai tanpa perlu menunggu 3.30 pm. Itulah lebihnya guru ada pelajar di mana-mana dan kalau yang tak sombong boleh menolong pula gurunya.

Selepas selesai urusan, koi ucap berbanyak terima kasih dan harap jumpa lagi. Koi pun terus menuju ke kereta dan call kawan lama yang sekarang dah jusa sebagai TKP. Nasib koi baik dia ada dan free. Dia minta koi terus ke pejabatnya. Tapi untuk ke pejabatnya perlu melalui sekatan sekuriti yang ketat kerana dia berada di kdn. Kebetulan semasa koi di tahan sekuriti dia call koi dan koi bernasib baik dapat masuk dan terus jumpa dia yang sedang menunggu.

Lepas tu kome keluar dan berhajat pergi minum. Oleh kerana dia free maka dia terus bawak koi terus ke rumahnya di jenderam. Hoi koi kagun dengan prinsip dia dan kalau nak tahu prinsip dia kena keuamah dia. Nak cite rumit.

4.30 koi menuju pulang dan rasa syukur kerana segala urusan yang dirancang berjalan dengan baik.

Sampai temerloh jam 7 malam. Kawan koi ajak koi ke K.pilah pulak tapi hujan dan badan agah letih. Kome cuma minum dan jam 10 pm bersurai dan koi balik tidur. Tidur sendiri kerana rodong khamis baru balik.

Wassalam.

Sabtu, 23 Mei 2009

Bahasa Inggeris

Salam. Minggu lepas koi exam Englis for comunication dari OUM. Sebenarnya koi sekarang sedang cuba meningkatkan bahasa inggeris. Selama 3 bulan koi menyertai kursus bahasa tersebut.

Al maklum dulu koi memang benci denga bahasa penjajah ni. Tapi sekarang koi sangat teruja dengan bahasa ni. Dulu koi masih ingat semasa buat M.Sc di Unimas. Semua guna bahasa inggeris. Dan koi masih ingat semasa koi study buku yang sangat tebal dalam BI koi membuka dan membawa 4 kamus dan akhirnya koi berjaya menyiapkan Master koi.

Sekarang koi sedang mengimprove BI ko.

Yang koi dapat apa bahasa sekalipun perlu banyak vokat.

Wassala,

Lupa

Salam. Maaf lama tak up date. Lupa password. Dah tua ni kerap terlupa. Namun terima kasih kerana masih mengikuti blog koi ni.

Selama berapa lama tak nulis ni memang banyak perkara yang berlaku. Namun koi fokus kepada beberapa perkara terkini.

Memang tahun ni tahun kalah. Mungkin ada dan banyak hikmatnya. Terbaru kalah AJK Dewan Ulamak.

Pagi tadi koi ke KL di Masjid Negara. Ada Wacna Halal anjuran Jakim di sampaikan oleg G-Shah. KL memang pusat segalanya. Dari perkara baik hinggalah ke sejahatnya. Orang memang ramai mengunjunginya.

Tengah hari balik dan petang rehat aje. Sebelum tu selepas solat subuh di masjid batu satu koi di minta menagadakan kuliah sunuh pad esok hari, koi kata insya allah. Dan baru kejap bahan untuk kuliah subuh telah ada dan bersedian untuk di baca.

Petang semalam koi ada kuliah muslimat di Seri Kumuning. Koi baca hadis mengatakan ada 15 sebab allah akan turunkan bala. yang pertama "merampas hak orang dengan kekuasaan". Ada kaitan tak di Perak.

Malam ni makan maggi aje. Malas nak berkotek di dapur. AL maklum dah tinggal berdua aje. Macam baru kawin dulu.

Seperti biasa koi menghabiskan denga membaca dan melayari internet termasuk menulis blog koi ni.

Ok jumpa lagi dan semoga bahagia menempuh hidup yang penuh cabaran.

Wassalam

Rabu, 13 Mei 2009

Terkini

Salam. Minggu lepas 7 mei kome cuti hari hol. Sebenarnya tak ramai orang tahu kenapa hari tu cuti dan apa makna hari holt u. Ada yang kata kerana kemangkatan Tengku Afzan dan macam-macam lagi. Sebenarnya hari holt u adalah sempena hari kemangkatan Sultan Abu Bakar.

Oleh itu sempena cuti ni koi ambil kesempatan ke kuala lumpur dan putra jaya bagi menyelesaikan urusan kerja. Ini termasuk hal bebudak. Minggu lepas ada koi anto email ke MMU soal pengiktirafan LLB dari MMU. Dan semerta Dekannya Dr Hisham call koi dan menjelaskan kedudukan semasa. Sebenarnya koi dah prepaire surat ke Dato Saipudin Tim Menteri KPT. Tapi sampai sekarang koi lupa nak pos.

Bagi mengatasi masalah ini, koi telah pergi ke BAC di KL untuk tukar anak koi ke kolej itu dan twin dengan Uni of London. Tapi kata BAC sekarang LLB dari MMU telah di iktiraf. Namun lepas tu koi ke UiTM jumpa rodong, rodong koi minta tolong anak koi ni ke UiTM pulok. Tapi katanya bulan Dis.

OK, lepas tu kome terus ke Putra jaya hal rodong koi pulok dan semuanya beres dengan sempurna.

Pada tarikh tersebut juga kecoh hal DUN Perak dan semua dunia telah saksikan dan buatlah justifikasi sendiri bersandarkan ilmu dan hikmah masing-masing kerana kita tiada upaya untuk mengatasinya dan berserah kepada yang maha kuiasa.

Sabtu 9 mei koi ke Tahap urusan makan kenduri pengetuanya dan sebelum tu kenduri pengetua sri semantan. Apak ikut sekali dan berhajat hala balik ziarah tok ngah di Kerdau, namun cuaca sangat panas tangguh pada hari ahad.

Ahad kenduri di bentong abang lan kasim pergi dengan Hj Jusoh. Petang lepas asar koi ke kerdau ziarah tok ngah. Sampai di sana rupanya wan ngah dalam keadaan yang cemas. Tok Ngah dalam kondisi mencemaskan. Kebetulan koi datang dan ayah cu simat pun ada sama. Jadi kome pun menunggulah yang lain sampai. Koi hubungi pudin, mok de, cu, ayah the dan lain-lain. Kemudian apak dan tang zeni sampai dan semua yang lain sampai. Kome pun pakat baca yassin.

Selesai semua, ada dikalangan kome tidur di sana dan koi pun baliklah dengan cadangan hari selasa isnin sambung baca yassin.

Isnin, mahkamah putuskan nizar MB perak dan selasa dia bertugas semula sebagai MB. Namun selasa mahkamah kata Zamri pulok MB perak. Jadi buatlah justifikasi masing-masing. Kita maih tiada kuasa untuk menetukannya.

Seperti biasa kita dengar dan baca akhbar perdana memang mengarut. To Jib minta pembangkang hormati keputusan. Tapi sebenarnya siapa yang kena hormati keputusan?

Semalam semasa koi ke kerdau baca yasi tok Ngah, Cu dan aiteh ada balik. Seperti biasa ada peluang sembang dan bercerita dan focus perak. Koi kata kalau zamri tak malu dan tiada maruah amiklah balik itu MB yang mahkamah putuskan nizar mb yang sah. Cuma mahkamah rayuan hanya minta tangguh pelaksanaan sahaja dan bukannya menafikan nizar mb yang sah. Jadi lu fikirlah sendiri.

Apa yang seronoknya cu kata dia ikuti blog koi ni. Maka oleh itu koi kenalah up date sokmo kerana rpanya ada ramai juga yang ikuti blog koi ni.

Blog koi ni hanya cerita santai sahaja. Dan kalau sudi sebarkanlah kepada rodong-rodong dan kita dapat kongsi idea dan ilmu serta pengalaman.

Wassalam.

Ahad, 3 Mei 2009

Makan Keluarga

Salam. Selamat ketemu kembali. Sejak akhir-akhir ni koi malas nak menulis. Bukan tak ada masa tapi kekadang banyak gangguan yang tak sepatutnya di jadikan alas an.

Minggu lepas koi melayan rodong koi Mat berceramah di Bera. Malam tu kome bertiga bermalam di rumah Razak Felda Mayam. Pagi esoknya kome ke Bera lagi kerana Abang Mat koi ada program di Darul Ekhwan dengan Aki Nit.
Lepas program di Bera Abang Mat terus cabut ke KL kerana dia ada program pulok di Penang. Mujur ada Mat Jepun kakalu tak tak pasal-pasal koi kena anto abang Mat Ke Shah Alam.
Awal tahun ni koi ada terima surat dari LTH menawarkan koi ke Mekah tunai haji. Memang koi nak pegi sangat sejak tahun 2007 lagi walaupun koi dah pegi haji 12 tahun dulu. Maka setiap sabtu ada kursus haji di MAB. Namun koi baru dapat pegi 2 kali aje dari 9 kali diadakan. Tah ngape sibuk ngat pada setiap sabtu.
Semalam koi gilah kursus dan lepas tu gi makan kenduri Hj Mamud Tk Ira. Memang sedap makan tu. Dan kebetulan minggu ni cuti hari pekerja dan akok koi yang di SA tu balik sekeluarga dan koi cadang buat makan-makan sikit diumah jempu mereka dan adik koi yang dah labeih 3 bulan koi tak jumpa sibuk kerja di Melaka.

Maka ari ni kome dapatlah berkumpul adik beradik serta keluarga kecuali kak long koi di kuantan dan emok koi di KB. Namun hajat untuk makan-makan sekeluarga terlaksana.
Petang biasalah anto anok ke Tahap. Balik dari tahap YM Raja tepon kata dia aloh. Hai gone gaye boleh aloh. Namun peluang untuk terus berjuang masih ada.
Sekarang musim orang berpolitik dan politik umpama siang dan malam hanya akan lenyap bila hari kiamat.
Namun satu perkara yang koi nak bagi tahu tentang serangan poklitik dan pengaruh barat kepada anok-anok kite. Benda nya simple je, pakai gelang getoh berbagai berwarna ditangan kiri. Cuba tengok sikit budok tu. Kata orang setiap warna tu ada maknanya.
Putih=menyokong zina dan pembuangan bayi.
Merah= Beragama Kristian, menyokong McDonald dan sumbangan As Israel
Oren= Mendoakan Missionary Kristian
Kuning= Memperingati Pop John Paul II
Hijau= Menyokong penjajahan Amerika
Pelangi= Bangga menjadi Gay atau Lesbian
Merah Putih= Libral
Biru Putih= Skong Israel jajah palestin.

Hati-hatilah dek.

Yang Hadir makan: Atok, kak ngah, Abang Zaidi, Ehsan, Iqbal, Jannah, Pakteh, makteh, Omar, Zaid, Siti, Yam, Jijah, mamat, Naim, Umi, Abah, Adik dan baby.

Wassalam