Isnin, 30 Mac 2009

Kambing

Salam. Sabtu pagi koi kursus haji di Masjid Abu Bakar. Belum sempat koi nak iktikaf, rodong koi Abang Amir dan S. Putera ajok koi minum di tepi Sg. Pahang. Maka koi pun pegilah dan minum dengan mereka. Bila koi jumpa mereka bedua ni tentunya cerita politik tempatan, dalaman, nasional dan antara bangsa.

Sebelum bersurai koi tanya dia tak ke BG ke? Kalau pegi koi nak ikut.

Tengah hari koi anto rodong dan anak koi ke KL. Al maklum sejak akhir-akhir ni rodong koi selalu je out station, meting dan meting. Kali ni hingga selasa. Maka koi dihubungi oleh YB Semantan ajok koi ke BG. Koi kata amik koi di TM tapi dia kat terus ke bentong di rumah abang lan. Jam lima lebih kami pun ke BG termasuk Hj Jusuh. Biasalah abang lan adalah pemandu kome.

Kami sampai di perak sekitar jam 9 dan mencari tempat landing. Dari kuala kangsar hinggalah ke bukit merah semua hotel dan apa segala nama penuh. Kome pun ngeliling dalam hari hujan sepanjang petang dan malam.

Akhirnya jam 1 pagi kome lepak di cassuarina inn di pelawa oleh cm. Alhamdulillah dapat landing juga, ada di sana Uz Z Da.

Pagi solat subuh berjamaah dan pada 7 lebih kome pun ke pusat penamaan calon. Hajatnya nak cari breakfist dulu namun manusia mula ramai dan akhirnya pekena mee rebus segera aje.

Kemudian kami bersama penyokong PR yang pada angaran koi hampir ratus ribu menunggu penamaan calon PRK 59 BG. Berbagaia gelagat dan akrtiviti memeriahkan suasana. Jam 11 lebih diumumkan senarai calon.

Selepas itu kome pun terus balik dan dalam perjalan pulang kome singgah semula di Kuala kangsar untuk mencari asam gelugur. Tapi pasar tutup hari minggu.

Dalam perjalan balik ni kome menuju ke Kg kayan untuk melawat ladang kambing. Biasalah kalau kome travel berbagai kesempatan yang sesuai akan kami pergi. Namun sebelum itu kome ke K sepetang pekena me udang.

Memang koi kagum juga ladang kambing tu. Rizal nama tuan punya. katanya adal 80 ekar dan kambing diimport dari myanmar. Selepas melawat ladang kambing tu kome dapat jumpa rizal di restoran ghulam mamak. Koi lihat rizal ni boleh mamu dan bagus berkenalan dengannya. Tapi dia kata kenal koi tapi jumpa di mana. Mungkin dia lihat gambar koi yang pernah tersiar dimuka hadapan.

Akhirnya kome meneruskan perjalan pulang dan sampai ke rumah jam hampir 12 malam.

Hari ini akhbar melaporkan suasana sekitar PRK. namun seperti biasa beritanya sangat berat sebelah termasuk sh. Terutama gambar.

Berkata benarlah biarpun pahit. Telling the truth not a politics!

Jangan lupa malam ni kelas bahasa inggeris di IKBN

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan