Rabu, 25 Mac 2009

Menulis

Salam. Menulis memang mudah. namun idea untuk menulis agak sukar sekira tiada minat yang mendalam.

Koi ni memang ada hajat untuk menulis terutama berkaitan untuk membangunkan insan. Sebab itu koi dulu ambil master dalam jurusan pembangunan sumber manusia.

Pada bulan depan koi bercadang membuat satu program percambahan minda unruk mencari jalan bagaimana membangun dan memajukan koperasi yang pengerusikan.

Setelah lebih 30 tahun, koi lihat koperasi koi agak mendatar. Memang ada dan buat keunrungan, namun ia hanya sebagai rutin sahaja. Setiap bulan buat mesyuarat dan kemudian tunggu bulan depan pulok dan lepas itu ambil elaun dan begitulah seterusnya.

Koi pada personalinya memang nak buat bermacam penambahbaikan, namun takut-takut kerana bimbang tak terikut, tak setuju oleh alk koi yang semuanya dah veteran dan pandangan jauh mereka didoktrin oleh bermacam-macam telahan.

Tapi koi dah bertekad pada bulan depan ni koi akan buat dan minta semua alk fikirkan dan lepas tu cuba buat tindakan yang sewajarnya.

Dalam tempoh 3 hingga 5 tahun koperasi koi akan setanding dengan koperasi-koperasi lain di Malaysia yang mempu mengadakan berbagai pogram dan aktiviti secara percuma terutama kepada anggota.

Sbb itu pada isnin koi ajak setiausaha datang pejabat dan bincang untuk upgred pejabat yang telah usang sejak 30 tahun dulu. Ini menurut kerani keadaan pejabat sejak di beli pada tahun 82 dahulu.

Setiap kemajuan yang hendak dicapai, pengorbanan dan ketahanan diri perlu dihadapi. Usaha dan tekad perlu digabungkan. Tawakkal dan doa adalah usaha yang dituntut. Kejayaan pasti dalam genggaman. Oleh mana-mana organisasi Insya Allah.

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan