Khamis, 12 Mac 2009

Result

Salam, Sekarang musim result exam. Bermula dengan UPSR, PMR dan yang baru SPM dan STPM. Apabila musim bergini ada yang suka, gembira, duka dan biasa aje.

Koi pun termasuk dalm kumpulan ini. Tahun 2009 anao koi ada tiga orang ambik exam bermula UPSR, PMR dan SPM.

Syukur, anak koi dapat 5A UPSR, 9A PMR tapi sehingga kini yang amik SPM belum tahu resultnya. Tak dapat strait A lah agaknya. Yang ini memang lemah sikit, cuma yang dia konfiden dapat A hanya matematik sahaja. Tunggu ajelah.

Mengenai exam ni, koi rasa kita ni salah justifikasi. Jika mana-mana sekolah tinggo GPS dan peratus, walau akhlak dan pengurusan sekolahnya hampas, ia di anggap terbaik. Baik buruk sekolah bergantung kepada result exam.

Begitu juga dengan individu. Jika seorang pelajar jahat mana sekali pun atau baik mana sekalipun ia bergantung kepada result exam. Dia jahat tapi boleh strait A, hilanglah jahatnya. Dia baik tapi tiada A maka tiadalah guna baiknya itu.

Apakah ini yang kita kejar hanya akademik semata-mata. Sebab itu sekarang pemimpin, pengurus, pentadbir adalah di kalangan mereka ini. Organsasi yang diurus oleh orang jenis ini memang hebat nampaknya, tapi disebalik urus yang baik itu banyak buruknya. Penyelewengan, korupsi, rampas kuasa (MB baru ada Dr, lagi) tapi mereka bukan kira samada hak atau tidak, cuma yang mereka buat justifikasi siapa cekap, siapa dulu, siapa mampu manipulasi, ambil kesempatan, dicision making maka merekalah yang dapat.

Maka sebab itu kita kena fikir lahirkan individu yang jujur, ikhlas, amanah, dan bukan cerdik semata-mata. Ke mana arah sistem pendidikan kita. Kemana arah tuju pendidikan anak-anak kita. Apa yang kita mahu, apa yang mahu kita kejar dan apa yang kita mahu jadikan anak-anak kita,

Pepatah ada mengatakan jika kita kejar dunia, dunia akan makin jauh, dan jika kita kejar akhirat, dunia akan dekati kita.

Oleh itu marilah kita berfikir diluar kotak. Fikir dan bertindak mengikut landasan yang tepat. Yang tepat itu adalah agama. Agama itu adalah tuhan. Tuhan itu hanya Allah. Dan Allah hanya buat dua benda sahaja, baik dan buruk. kiri dan kanan, lelaki dan perempuan, dosa dan pahala, dan syorga dan neraka. Apa yang kita mahu?

Sekian dan wassalam.

1 ulasan: