Isnin, 2 Mac 2009

Sambong

Salam. Semalam tengoh koi nulis blog ni, Yb abid datang jemput koi ke lakum. So ari ni koi sambong semula cerita koi semalam. Cerita hal makan.

Pada sebelah malamnya pulok (sabtu) koi ada dinner dengan rodong koi di mercu kuantan. Pada petang koi pegilah ke kuantan, tapi singgah kejap di TJ amik dadih dari niza. Sampai rumoh dia hj zahar pulok buat kenduri. Maka koi makan lagi. Gulai kambing pulok. hoi besnya. Kome terus ke kuantan dan mereka semua nunggu kome je. Sampai ke mercu makan lagi. Sejak jumaat hingga ahad cerita hal makan aje.

Ok kite terus kepada bica minda. Dulu pernah koi menulis satu artikel yang tak siap dan tak diterbitkan. Iaitu tajuknya kalau malaysia tidak dijajah. Maka banyaklah andaian koi berkenaan dengan orang malaysia terutamanya orang melayu.

Semasa pulang dari talk di rompin dengan abang mat, koi dengar abang mat berborak dengan kahirul yang jadi derebo pada malam tu. Koi dan abang ajis bateri relax kat belakang tidur ayam. Antara yang diborakkannya ialah berkenaan dengan penjajahan di malaysia.

1- Apa tujuan malaysia beriya untuk merdeka. Kalau kita merdeka dengan tujuan untuk buat pembangunan baik kita teruskan british bangunkan malaysia. Abang mat kata malaysia akan lebih maju di bawah british dan boleh mengalahkan hong kong. Tapi tujuan kita merdeka ialah untuk melaksanakan undang-undang kita iaitu peraturan Islam. Kalau merdeka untuk membangunkan malaysia macam ari ni baik tak payah.

Memang inilah antara yang koi tulis dalam artikel yang koi sebutkan tu. Antaranya lah.

2- Soal budaya dan penghayatan murni. Abang mat kata jika dibarat, tiada free sex, arak atau judi itulah islamik. Kerana di barat tiada rasuah, pilih kasih, kroni, ali baba, dan lain-lain yang menyakitkan mata melihatnya serta menyakitkan telinga mendengarnya. Apa yang ada di barat itulah yang di ajar oleh islam, bersih, jujur, bertanggungjawab. adil. bertimbang rasa, ikhlas, dan berbagai akhlak yang islam ajar mereka buat.

Tapi cuba lihat di negara yang ummat islam menguasainya, Pakistan, Malysia, Indonesia atau dimana sahaja. Kotor, Korup, kroni, tipu, pecah amanah dan bermacam seribu satu keadaan yang memburukkan lagi keadaan. Abang mat kata, kalaulah kerajaan ini boleh disawastakan, dan Lee Kuan Yew mengendalikan Indonesia, maka dalam masa 10 tahun sahaja indonesia akan menjadi negara yang termaju di dunia. Tapi kenapa Indon jadi seperti hari ini. Penuh dengan korup, kroni dan bermacam pecah amanah.

Sekian. dan wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan