Ahad, 5 April 2009

Didik

Salam. Semalam Rakyat. Dato Noh yang rasmi. Ramai jumpa kawan-kawan jauh dan dwkat. Kawan dari Kedah Alimin bagi koi satu kertas kerja yang koi minta selepas balik dari Aceh. Terima kasih.

Selepas perasmian koi terus ke wangsa maju ada deal sikit dengan gshah. Sebenarnya rodong koi. Selepas beres koi terus ke S.Alam rumah kok koi. Selepas makan tengah hari kome ke Kompleks PKNS beli-beli sikit.

Lepas tu kome ke KlANG. Di Klang kome ke eumah Pak Cik yang telah lama koi tak jumpa. Sebenarnya banyak tempat nak pegi tapi stak di Klang kerana Pak Cik lambat balik. Koi pulok sampai rumah dia dulu. Dia duduk di Kg Rantau Panjang, tempat ramai orang mati di langgar kalau tuan-tuan ingat. Apa pun hajat koi dak ke rumah dia tercapai dan apa benda yang koi nak dari dia dapat. Salah silah keturunan koi.

Koi lepas tu terus balik dan sebenarnya koi berhajat untuk ke BG. Janji dengan amir tapi dia terpaksa pegi dulu. Kemudian pagi ni nak pegi dengan YM. Sakit mata pulok. Sebenarnya koi boleh pegi dengan YB tapi kai bimbang tak lepas balik pulok sbb esok kerja. Akhirnya koi minta anak koi je pegi dengan YB.

Tujuannya hanya lah untuk mendidik dan mendedahkan anak koi dengan politik, ahli politik dan cara berpolitik. Semoga dia hebat berpolitik satu masa nanti.

Cerita hari ni adalah hati. Sampai hati, sakit hati, hati-hati, busuk hati, makan hati, buah hati, ingat hati dan macam-macam hati. Tapi ingat hatinilah yang menentukan baik buruknya orang itu. Hati adalah harta yang paling berharga yang ada pada manusia. Oleh itu jagalah, baikilah, didiklah dan pandulah hati denga jalan yang tepat.

Ingat dan wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan