Khamis, 19 Mac 2009

Aceh

Salam. 13 Mac saya terbang ke Aceh jam 4.00 petang dan mendarat di Aceh jam 4.25 ptg. Pada hari tersebut koi mengambil cuti khas. Pada sebelah pagi hujan turun dengan lebatnya. Pada awal pagi koi ke rumah emak dan apak untuk menziarahi mereka. biasalah koi akan menziarahi mereka sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kemudian jam 9.30 koi minta umi menghantar koi ke stesen bas untuk ke kuala lumpur.

Koi menaiki bas ke kuala lumpur jam 10.00 pagi. Menaiki ekspres union. Hujan masih lebat. Sampai di Kg Netas jalan karak banjir kilat melanda dan menaiki jalan raya. Kenderaan sesak dan jam. Mujur bas boleh melaluinya, kalau tidak makin lewat koi ke kuala lumpur.

Sampai di KL sekitar jam 1.00 TH. Koi terus menaiki Monorel ke KL sentral. Koi menaiki bas ke LCCT jam 1.30 PM dan tiba di LCCT jam 2.45 PM.

Sepanjang perjalanan dari temerloh hinggalah ke LCCT koi menerima panggilan dari rodong yang sama-sama ke Aceh. Lorat betul dia nampaknya, kerana chek ini Air Asia bermula jam 2.00 pm lagi. Syukur akhirnya koi sampai juga dan terus chek in.

Sebenarnya koi tak tahu sape lagi yang pegi selain rodong koi tadi. Setiba di LCCT selepas chek in koi terus solat di surau dan jumpa pulok orang kampong hendak ke alor star.

Kemudia koi masuk untuk boarding dan di situ rupanya ada lagi rodong koi yang lain pegi sama termasuk Ismail Nihat bekas presiden NUTP.

Setiba di Aceh baru koi tahu jumlah rombongan iaitu seramai dua buah bas. Di Aceh kami ditempatkan di hotel Lading dan satu rombongan lagi di hotel sulthan. Koi sebilik dengan Ramlan Chang dari selangor.

Pada hari tersebut kami bersantai sahaja dan di bawa makan malam di sebuah restoran yang agak mewah. Selesai makan balik hotel dan tidur. Kawan koi ni balik agak lewat dan koi sedar dengkurnya amat membingitkan.

Jam 5.00 am koi dah mula terjaga dan bersiap untuk solat subuh di masjid. Koi turun dan berjalan ke masjid. Rupanya ramai juga ahli rombongan koi solat subuh di masjid. Selesai solat ada kuliah subuh dan dipancarkan secara langsung ke radio aceh. Hebat Aceh serambi mekah. Koi perati tengok ramai orang muda solat subuh di masjid.

Selesai solat balik hotel dan bersiap untuk lawatan pertama kami di aceh. Kami bermula dengan melawat tenmpat bencana tsunami. Pertama ke Pantai ulu eulee tempat punca tsunami. Menziarahi makam Rauf Fansuri, satu-satunya makam yang selamat dari bencana tsunami. Menurut cerita air naik sehingga lebih tinggi dari pokok kelapa. Semua manusia dan kediaman habis disapu oleh tsunami selaju 600kmj.

Seterusnya menziarahi satu kg di mana terdsapat sbuah boat nelayan yang tersangkut dibumbung sbuah rumah. Dan ia masih dikekalkan dan menjadi tempat lawatan pelancong. Kalau dah boat boleh sangkut di atas bumbung tentu airnya lebih tinggi dari itu lagi.

Seterusnya kami terus ke Masjid Baitur Rahman yang satu-satunya bangunan yang terselamat dari bencana tsunami. Semua bangunan dan apa sahaja yang di sekitar itu habis ranap. Amat besar kebesaran Ilahi. Dikatakan air setinggi masjid datangnya namun apabila tiba di masjid ia terbelah dua melalui masjid tersebut. Maka kami pun solatlah berjamaah bersama-sama semua ahli rombongan.

Selesai solat biasalah gambar dari berbagai sudut diambil. Setelah itu kami semua kembali ke hotrl dan berihat.

1- Kebesaran dan kekuasaan Allah tiada tandingannya.
2- Berjalanlah dimuka bumi Allah untuk melihat kehebatanNya
3- Rasailah kekerdilan diri sendiri
4- Tambahkan iman melalui perjalanan hidup.

Wassalam akan bersambung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan