Isnin, 23 Mac 2009

Kalah

Salam.
Semalam koi hadir dalam satu mesyuarat agung tahunan siasah Islam di Darul Amin. Banyak rodong ditemui dan cerita baru yang koi dapat. Koi masih teruja bila rodong koi yg sorang tu masih lagi katanya mengikuti blog koi ni. Dan koi kata susah juga untuk meluangkan masa mengup date blog.

Dalam pada tu dia agak kesal koi tak mahu bersaing untuk kerusi no 1 dalam organisasi siasah tersebut. Dan bukan dia sahaja ada lagi dua tiga orang rodorng koi kata begitu.

Koi rasa koi dah salah buat perhitungan. Oleh kerana masih ada kekangan tertentu koi hanya bersetuju untuk bersaing kerusi no 2. Namun akhirnya semua perhitungan tersebut tidak menjadi dan koi hanya bersaing diperingkat AJK aje. Tapi tak menang pun. Syukurlah.

Perjalan mesyuarat itu pada awalnya berjalan dengan baik dan teratut tanpa sebarang kemuyskilan. Namun apabila perwakilan orang muda membangkitkan soal sehelai surat maka mesyuarat menjadi kecoh dan kelam kabut. Mereka yang mengetahui kedudukan sebenar menjadikan diri koi sebagai sasaran.

Kisahnya kerana adanya persaingan kerusi no 1 dan didalangai oleh kumpulan pembawa lobi dan fitnah. Geng ini cuba mempertahankan ayam sabung mereka dan malangnya ayam sabung mereka menendang belum sampai masanya lalu semua tembelang mereka terbungkai. Dan orang kanan kepada ayam sabung ini menuduh koi sebagai punca segalanya.

Orang kanan koi dalam persidangan tersebut telah membuat bantahan, tetapi para hadir mahu mengetahui cerita sebenar.

Maka kesempatan tersebut diambil oleh su dan menjelaskan surat laporan dari yang berkaitan secara detail. Maka akhrinya disebabkan surat tersebut tewaslah geng lobi dan fitnah ini dengan 9 undi.

Koi pulok akhirnya rasa lega dan tenang sekali menerima keputusan tak menang tersebut dan tidak akan melobi pulok untuk dilantik sebagai team yang menang.

Dalam siasah ini segala kemungkinan boleh berlaku. Orang dari siasah islam pun sama dengan orang siasah sekular.

Koi iangat mentor koi abang mat kata:
Hanya orang siasah islam ini tak minum arak. tak berjudi dan tidak berzina sahaja. Yang lain serupa.

Salam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan