Rabu, 11 Mac 2009

Banyak

Salam. Maaf kepada yang mengikuti blog ini. Lama beno rasanya koi tak nulis. Memang banyak isu dan cerita. Tapi tak sempat nak berkotek.

Pagi Jumaat 6/3 lah loyer ada telpon koi nyanya nak gi ke KL demo PPSMI. Koi kata tak dapat ada kursus di Taman Negara.

Pagi Sabtu kome satu rombongan 20 orang jam 7.30 pagi bertoloak ke Kuala Tahan untuk menuju ke Kg. Kuala Sat Ulu Tembeling.

Kome menaiki bot dari kuala tahan selama 3 jam dan sampai di Kuala Sat jam 3.ptg. Kome pada asalnya akan tinggal di 2 bilik SK Kuala Sat. Namun sebaik sampai di KS kami terus mendirikan khemah dan memasak untuk makan.

Kome terpaksa berlapar kerana makanan tiada dijual di kuala tahan. Heran banyak tu restoran dan gerai, satu pun tiada jual makanan. Apalah nasib peniaga melayu. Dan itulah perangai peniaga melayu. Orang sikit punya ramai tapi tak ada buat persediaan untuk cari duit lebih.

Seleps kome makan hajat nak cari GB SKKS nak tanya bilik. Tapi rupa-rupanya dia dah tunggu sejak tengah hari tapi dia tak tanya. Sebenarnya dia ada lihat kome pasang kemah dan memasak.

Sebenarnya bersama kome naik ke KS ada 3 lagi rombongan ke situ. SMTT, UMNO dan SUK. SMTT berkhemah macam kome, tapi suk dan umno telah menceroboh bilik kome di SKKS. Jadi GB SKKS agak bimbang dan beliau terpaksa menyediakan kome bilik lain. Tapi kome tak kesah.

Malam kome hanya relax dan bbq. Koi tiga orang bob, maher tidur dikhemah utama. Malam hujan lebat dan terpaksan beberapa kali adjus kedudukan mengelakkan basah. hajat nak cari ikan namun hujan dan air sungai besar menjadi halangan.

Penduduk KS dihuburkan sehingga 1 pagi oleh artis bawaan UMNO dab SUK?, Malang umat islan di KS sambut maulud dengan b erkaraok. Ketuanya KULAN.

Pagi jam 9 kome ke SKKS. Kome bercadang buat program motivasi pelajar. Tapi pelajar datang dengan bapa penjaga, kome ubah program 2 dalam satu. Motivasi dan keibubapaan.

Koi sangat teruja dengan sambutan pelajar dan ibu bapa memenuhi dewan. maka koi dengan penuh semangat menyuntik rangsangan mereka untuk cemerlang dan UPSR. Selama ada sekolah itu sejak 50 tahun dulu tiada seorang pun yang pernah mendapat 5A dalam UPSR. Sedih.

Menurut GB memang ramai orang besar datang ke KS, tapi mereka datang hanya semata-mata untuk makan ikan dan daging hutan, lepas tu balik. Sangat sedih, datang menggunakan kelemahan orang kampung tanpa memberi sumbangan kepada orang kampung.

Saya kata tak ape, kami datang untuk memberi sumbangan tanpa sebarang upah dan bayaran. Yang penting kami dapat membuat sedikit sumbangan. GB kata pernah juga untuk paggil motivator luar tapi kena bayar RM5000.00. Wau hebat tu.

Dalam penjelasan GB beliau menawarkan siapa dapat 5A UPSR akan dihadiahkan RM1000. Tapi saya kata anak seribu dan bapa seribu jadi 2 ribu. Tak pernah saya jumpa ada sekolah mampu beri hadiah 2 ribu siapa dapat 5A.

Akhirnya kami menjadikan program tersebut sekolah angkat dengan kerjasama SMTPT.

Habis program jam 3 petang kome mengilir ke Taman Negara. Tidur semalam dan pagi esoknya naik kanopy dan balik Temerloh.

Habis satu episod. Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan