Jumaat, 9 Januari 2009

Politik

Salam. Hari ini agak selesa, dan kurang sibuk. Seperti biasa koi kalau selesa gini mengupdate blog koi untuk tatapan entah siapa yang sudi buka dan baca. Kalau tak cerita politik memang tak meriah rasanya. Sekarang sibuk tentang pilihan raya KT. Be End kata akan bawa pembangunan dan ekonomi. Soalnya bukan kita tak mahu pembangunan dan tak percaya janji Be End tu, dan memang Be End yang buat dan bawa pembangtunan tu, sbb dia kerajaan sejak dulu. Kalau di takdirkan parti lain pun sama akan bawa benda tu juga. Tapi orang tolah Be End bukan soal pembanguna dan ekonomi. Dan Be End ni sejak dulu kini dan mungkin selamanya dalam kempennya itulah modalnya. Pengundi bukan tolak tu, tapi pengundi tolak sikap dan perangai Be End. Rasuah, kroni, penyalah gunaan kuasa, ISA, dskriminasi dll. Ngapa Be End tak mahu sedar-sedar. Saya sebagai pengundi fikir yang itu. Kalau adil, saksama, terbuka, telus dan intergriti mungkin dan sudah tentu Be End masih relevan.

Pagi tengoh koi minum dikantin, koi dapat sms dari rodong Ihsan, mengatakan berita koi keluar muka depan dengan gambar sekali di akhbar siasah. Cerita tentang angkasa yang kecoh tulah. Nampaknya Engku Aziz dah merajuk, koi dah kata dalam siasah minggu lepas, nampaknya Angkasa dah diresapi penyakit politik, dah berpolitik dan cuba dipolitikkan. Kan koi dah kata ini kerana ahli politik yang cuba menguasai angkasa, sbb dalam politik mereka dah diketepikan atau dah tak laku. Cuba tengok biodata calon dalam senarai calon yang dibekalkan kepada pengundi. Kebanyakan calon-calon yang atas tu ramai juga yang memperlihat mereka dari parti United Malay Nation Organisation yang telah expired. Semuanya tulis bekas itu dan bekas ini dalam parti tu. Kalau pilih juga mereka, tak mustahil akhirnya angkasa akan dijadikan milik mereka dan akhirnya juga akan difaraidkan. Bukan apa, kita bimbang ini akan berlaku dan mungkin jadi kenyataan kerana mereeka ada sejarahnya.

Harap pengundi bijak dan berfikir.

Satu lagi isu sekarang ialah Palestin. Sampai bila akan berakhirnya. Banyak solution dan cadangan. Tapi dah lebih 60 tahun, masih macam tu jugak. Entahlah.

Raja Nazrin kata ekonomi akan terus merudum, dan minta rakyat dan semua pihak bersedia dan berjaga-jaga, tapi kerajaan Be End kata tak akan berlaku. Inilah yang mengelirukan rakyat, bukan Anwar yang mengelirukan hudud kata Karpal. Yang si Karpal ni tak habis- habis cerita pasal hudud. Bukan kita nak kerat tangan dia, yang dia kecoh ni apsal.

Terima kasih kerana sudi baca blog koi. Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan