Isnin, 5 Januari 2009

5A dan 9A

Salam

Semalam koi anto anak koi ke Tahap, daftar untuk ting 2. Dia dulu dapat 4A saja UPSR. Ikut aje mane dapat sbb tak straight A. Hari ini anak koi anto ke Tahap juga tapi dia komplain sbb dia dapat 5A UPSR, tak dapat ke SBP. Dia kata lebih baik tak dapat 5A boleh masuk sekolah mana-mana aje. Baru-baru ni PMR pula keluar result. Anak koi seorang lagi tu dapat 9A, koi janji dulu dapatkan straight A dulu, akan usaha untuk pegi SBP. Tapi nampaknya tak boleh pulok, frust betui anak koi, Nampaknya kena buat kotijensi planlah. Straight A pun tak lepas ke mana-mana.

Hari ini mula sekolah dibuka. Makin sibuklah ibubapa menguruskan hal anak-anak, tapi mujurnya sekolah kata tak payah kutip yuran, tapi sebenarnya kena kutip juga tapi lepas bulan 6 setelah PIBG luluskan. nampaknya rakyat Malaysia ni kena tipu idup-idup, tak kena bayar tapi kena bayar.

Minggu depan ada Persidangan Kebangsaan tahunan Angkasa 2008. Koi di calonkan mengisi jawatan Naib YDP. Ada 21 orang calon NYDP. Koi terima macam-macam lobi dan kempen, surat, sms, telepon dan lain-lain, Semuanya nak menang sangat. Koi tak buat ape-ape pun. Malas nak kempen, nanti tak berbaloi, kalah dalam tangan, menang belum tentu. Koi target dapat 10 undi pun dah bagus. Tapi koi ada strategi tersendiri.

Pilahan raya kecil KT hari esok penamaan calon, TV dalam berita cerita memang sedap. Tapi rakyat malaysia sekarang tak boleh nak agak, samada mereka tersilap, sabar atau apa, memilih pemimpin. Propaganda, rasuah, politik wang, kempen dan lain. Tapi pengundi macam tu juga, tak tahu nak fikir atau memang dah paksa berfikur.

Itulah cerita hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan