Isnin, 19 Januari 2009

Palestin

Salam. PRK KT telah berlalu. Umum mengetahui Pas menang dengan majoriti besar. Koi sehari sebelum mengundi berada di KT dengan kawan-kawan mizi, darus, jala dan hj zaha. Kome ke KT sebagai pelancong Pilihan raya sahaja. Bertolak ke KT sebelum jumaat dan sampai ke KT agak lewat 6.30 ptg. Sampai di KT jalan sesak dan kemeriahan pilihan raya terselah dengan bendera, banner dan papan tanda. Kome terus ke bandar dan akhirnya parking berhampiran hotel grand con. Kebetulan di situ juga ada sebuah surau kecil tapi bersih. Kome pun terus menunaikan solat jamak berjamaah. Di surau kami bertemu dgn U. zakaria da, basit dan kawannya.

Dikatakan ada ceramah brother, sbb itu kome parking di situ. Selepas solat kome cari gerai untuk basahkan tekak dan seterusnya kome mendengan ceramah. Di situ adalah pentas keadilan. Penceramah MP Kuala Langat, MP Ampang, dan ramai lagi termasuk Khalis Ibrahim MB. Ramai pendengar dan hebat isunya.

Sebelum jam 12 kami akan balik kerana hari esoknya kami berkerja ganti. Dalam perjalan kemeriahan masih kelihatan. Namun dalam hati tiada sebab pas akan kalah. Sepanjang perjalanan pas mengatasi semua segi berbanding bee end. Selama berada di kt hanya koi lihat 1 kereta sahaja yang pasang bendera be end. Selepas itu kami pun pulang dengan penuh yakin pas akan menang dan kami sampai jam 5.00 pagi.

Hari ini isu pihan raya kecil itu masih kedengaran. termasuk dari bekas piem. Berbagai ulasan dan pandangan. Berita TV 3 masih macam lama. Provokasi. Berita seperti "pas gah dengan kemenangan" dll terus berbunyi provokasi. TV 1, TV2 dan TV 3 tak serik-serik. Kata Agus sbb kekalahan bee end mungkin disebbkan media terlalu provokasi dan memeluatkan para pendengan khususnya pengundi.

Pemimpin bee end tak habis-habis dengan isu pembangunan, jasa kerajaan dan macam-macam kebendaan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Dari JKK hinggalah ke menteri dan jawatan tinggi dalam parti bee end itulah isunya.

Koi nak bagi tahu mereka ni, rakyat dan pengundi bukan tak mahu dan tak tahu bee end yang buat itu semua. Tapi pengundi tak mahu bee end membalun harta negara sesuka hati. Dan buat kerja pembangunan ni memang kerja kerajaan. Yang pihak bee end tak mahu terima dan tak sedar diri ialah rakyat dah bosan dengan isu rasuah, kroni, salah guna kuasa, merembat harta kerajaan, menindas, buli, diskriminasi dan macam-macam seribu satu kejahatan yang bee end lakukan. Tapi masih lagi lagu lama apabila komen dan pandangan jika pihak rakyat komen. Apa salah terima kenyataan, dan koreksi diri dan sedar dirilah.

Sebenranya isu ni dah 3 kali koi tulis tapi tak boleh diterbitkan kerana masalah teknikal.

Tajuk koi ni ialah palestin. Semua kita tahu palestin diganyang oleh yahudi. Dalam khutbah, demonstrasi dan macam-macam anti dan marahkan yahudi. tapi tak sedar ke lepas kutuk, marah dan macam-macam lagi tapi diakhiri dengan sokong balik yahudi. Bila? sebaik sahaja khutbah habis, sebaik demonstrasi habis, masing-masing terus menghisap rokok macam tak ada apa rasa kesalahan. sedar tak ini bermakna sekarang selepas khutbah, demonstrasi dan apa-apalah kita sokong yahudi pulak, tadi tu pura-pura aje, ikut orang aje dan ikut-ikut aje. Sebab rokok itu sumebr utama ekonomi yahudi. 80% untuk rokok untuk yahudi gunakan tembak palestin, jadi sebenarnya kitalah yang tembak dan bakar yahudi dengan membeli dan menghisap rokok keluaran yahudi.

Semasa koi ke kt singah di beberapa gerai makan, semua pakai kopiah, pakai baju pas tapi majoritinya merokok, dunhill, winston dan semua jenama yahudi. jadi?

Sekian dan salam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan