Selasa, 6 Januari 2009

Slow

Salam. Pagi ni sprt biasalah buka komputer dan lihat berita dari portal. Pagi ni juga terus hubungi khairi dan basiron untuk berita. Selesai buat berita hantar melalui email ke basiron. Berita angkasalahlah, sebagai calon Naib Yang Dipertua. Minta siarkan dalam mana-mana akhbar yang boleh dan sesuai. Nak keluar bajet memang tak adalah sprt calon lain.

Hari ini penamaan calon KT. Nampaknya tak dapat nak pegi kerana tak cuti. Hari sabtu dan ahad ada program koperasi. Hari mengundi ganti cuti. Ada member ajak kita pegi juga hari jumaat.

Hari ini hari kesepuluh palestin di bedil amerika/israel. Hanya luahkan kasihan sahaja. Solat hajat dan hulur derma. Pemimpin negara Islam tak tahu mana mereka pergi.

Isu PPSMI belum tamat. Dato Hassan Ahmad nampak garabg, tapi seteelah enam tahun baru jaga dari tidur. Tapi yang penting dah jaga, tapi masih ramai yang tidur dan mengigau mempertahankan PPSMI tu.

Syed Hamid pula mempertahankan ISA dan kata rakyat malaysia juga sokong ISA di kekalkan. Tapi rakyat malaysia yang mana. Tapi kalau Lokman yang mewakili rakyat malaysia memang betulah kata syed hamid.

Seminggu dua ni politik, ekonomi dan dunia masih tak menetu. Hala tuju manusia masih keliru. Sbb mereka mencari sesuatu melalui akal bukal naqal. Sampai kiamat pun tak akan berjumpa. yang pasti mencari terus mencari.

Koi memang buka internet pagi lagi, tapi slow sangat untuk detek tu. Terutama yang banya grafik. Tapi slow pun bolehlah buka juga.

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan