Rabu, 14 Januari 2009

Maahad Tahfiz

Salam. Petang Isnin koi ke Kuantan dengan Isteri. Terus ke Maahad Tahfiz Tg. Lumpur. Isteri koi dah opoiment dgn Ustaz Rashid. Koi sampai lbh kurang jam 3 ptg. Sampai di maahad koi terjumpa Lah Ismail kawan lama yang bertugas di situ katanya secara kontrak. Koi pun terus jumpa dan cerita pasal peluang anak koi belajar kat situ. Setelah di lihat result anak koi dia kata kalau anak awak nak dia akan dapatlah. Lepas tu baru jumpa ustaz rashid dan dapat penjelasan dari dia. Jam tu juga isi borang.

Sebenarnya koi dah niat pose isnin, tapi isteri dan long tak pose, maka koi bartalkanlah pose koi dengan makan petang di sebuah gerai di tg lumpur. Hari dah pukul 4, tapi tak pelah ok je. Lepas tu kome pun tak tahu mana nak pegi. terus ke rumah tok cu yang dah lama tak jumpa. Selepa cerita beberapa lama kome pun terus baliklah.

Hala balik koi ngantuk ngat juge, maka isteri koi drebo.

Hari ini khamis, nampaknya tiada isu menarik, namun untuk memenuhi masa koi tulis juga blog ni. Koi ni ada cita-cita untuk bersama memajukan organisasi. Tapi koi bab ni agak malu dan tak suka menonjol, kecuali diminta berbuat begitu. Koi ada bercadang dalam hati untuk memberi sesuatu ceramah kepada pelajar dan guru pada setiap kali perhimpunan.

Pilihan Raya KT nampaknya berjalan terus. Koi ada anto anak koi pergi bantu Pas di sana. Dia pegi pada ptg sabtu, tapi pagi isnin dah sampai rumah. Koi ingatkan dia akan terus ada di sana dan bantu sehingga sampai hari mengundi. Nampaknya tiada juga cerita yang menarik tentang KT ni. Sprt biasa berita cetak dan elektr0ni terus gila dan menggila.

Isu palestin juga orang dah bosan. Tiada pembelaan yang konkrit diberi kepada palestin. Apa ni dunia Islam. Nampaknya kita beri bantuan bukan kjeperluan dan kehendak mereka. Sebenarnya baju, wang bukanlah keperluan utama mereka, mereka mahu senjata. Nampaknya kerajaan orang Islam mampu hantar resolusi sahaja, Resolusi buat apa, dah berpuluh tahun dan berpuluh resolusi dibuat dan dihantar, keadaan macam tu juga dan betambah terusk. Mereka mahu senjata. Namun kerajaan orang islam masih takut dan membisu, tapi rakyat umat di negara orang islam berani membantah dan bersedia untuk berjuang, kerajaan? entahlah. Mereka takut USA, sekatan ekonomi, kerana semua mereka bergantung dengan kekuatan amerika. Biar rugi akhirat asal untung dunia.

Hari adalah hari ini tapi apakah persediaan kita untuk hari esok?

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan