Rabu, 31 Disember 2008

Koperasi

Salam.
Pada 28 Dis koi ke jerantut menghadiri seminar nuqaba, dengan suhaimi, hasasn dan bendahari. Bagus juga program tu, Saari sungip dan Us Idris bentang KK. Ramai jumpa kawan-kawan lama, sprt Ust Abu Kassim dan Zabudin. Sebenarnya memang dah lama koi tak pergi program macam ni, adalah dua tiga tahun. Bukan tak mahu pergi tapi tak pernah dijemput pun, kalau jemput insya allah koi pegi.

Pada hari sebelumnya koi di talipon oleh seseorang dari koperasi polis katanya. Dia minta koi undi bosnya yang bertanding NYDP Angkasa 10 Jan depan. Koi kata insya allah, tapi koi kata koi bertanding NYDP juga. Kata dia dia boleh bagi undi juga ke koi. Ha itulah orang melobi cara unbtuk dapat undi. Koi fikir juga tak kan koi tak lobi untuk undi, tapi koi tak kesah ngat, dapat ok, tak dapat tak pe. Tapi koi fikir koi kena buat sesuatu.

Dalam siasah ada cerita tentang Ungku Aziz dengan angkasanya. Koi kata ni, ada peluang untuk koi ulas dalam siasah. Maka koi pun hubungi Khiri dan koi siapkan berita tentang angkasa. Kairi setuju jumpa koi tapi belah ptg. Pada ptg isnin koi jumpa dia, sblm tu solat maghrib dulu, lepas tu kome ke old town. Banyak cerita dibincangkan. Dipendekkan cerita koi minta dia siarkan berita koi tentang angkasa ni. Lepas makan kome ke pejabat dia. Tapi malangnya program yang koi buat tu yak sama dengan program dalam komputer dia. Maka gagallah untuk buat berita tu. Tapi koi kata tak pe, koi antar emel kedia. maka koi antolah, moga-moga oklah tu. Tapi sebelum tu ada juga basiron, dan dia kata dia boleh tolong jugek. Rupa-rupanya dia orang ni tak tahu sangat perkembangan dalam angkasa.

Koi ni sebenarnya Pengerusi Koperasi KGPUP. Mereka dah calonkan koi bertanding NYDP Angkasa malaysia. Semalam koi dapat surat dari angkasa yang mengatakan koi calon yang ke 21. Amboi ramainya bertanding NYDP. Tapi siapa-siapa baca blog koi ni yang berkenaan pangkahlah no 21.

Hari ni koi diminta bentang satu KK di Darul Amin, untuk guru pasti, tajuk Saikologi Pendidikan. Koi ni bab KK ni suka sangat. Beilah tajuk ape pun, koi akan buat. Kek nya dia bagi tahu 28hb, tajuk bagi 29hb bentang 31hb. Koi tak kesah, dah siap pun dan insya allah koi pentang jam 11.00 ni.

Ptg semalam koi ada kuliah/usrah di surau hijau. Koi ada kuliah tu seminggu sekali selasa malam rabu. sapa-sapa nak join jomlah.

Semalam juga berita agak gembira tapi belum konfom, anak koi yang vbelajar di Kedlantan tu dapat straight A dalam PMR. Syukur alhamdulillah.

Koi malas nak cerita panjang-panjang nanti tak ada orang nak baca kalau panjang sangat. Jumpa lagi Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan