Isnin, 15 Disember 2008

Papan Tanda (Sign Board)

Salam. Sekarang jam 9.15 mlm. Koi baru je lepas makan malam dan tengok berita. Sebenonya koi baru je balik dari langkawi bercuti sekeluarga. Sampai umah 7.30 tadi. Masalahnya semasa balik tadi dari ipoh koi ikut shot kat genting. Keluar tol batang kali, kek nya lepas keluar tol satu papan tanda pun tulis ke batang kali. Cemas juga koi takut sesat, hari makin gelap. Tapi bukan di situ je gitu, tapi pengalaman boleh kata seluruh malaysia gitu, contohnya bila koi keluar tol temeloh pun gitu. Semasa keluar tol temeloh ada tulis ke Temeloh, Jerantut dan Mentakab. Bawah sekali tulis Bera. Tapi bila sampai simpang temeloh jerantut kat trapik laik tu tak da pun tulis bera. Nak kiri ke nak kana? Ha tak caya gilah tengok.

Sebeononya koi ni bukan rajin ngat tulis blog koi ni, tapi pada khamis 11/12 koi gi dengar ceramah pas kat kedau, malam tu jumpalah rodong-rodong, yang menariknya ialah rodong tu tanya ngapa tak update blog? Koi tekejut, sbb koi tulis blog tu main-main dan mengisi masa boring je, rupanya ada juga orang buka dan baca blog koi tu. Tak sangka pulok gitu. Koi ingat balik ceramah tu koi nak updatelah tapi tak sempat, sbb koi balik dah pukul 12.00 tngh malam. Esok 12/12 koi dan drive ke langkawai se awal jam 6.00 pagi. Jadi koi tak up datelah blog koi.

Sampai je keumah balik dari langkawi koi terus suruh anak koi akak buka blog supaya dapat koi up date. Ni koi up date ni,

Dua minggu lepas koi ke pontianak kalimantan barat indonesia denga kekawan, kome 9 orang. Hoi seronok juga pegi. Kome terbang dgn air asia pukul 7 pagi dan sampai pukul 9 pagi di kuching. Sampai di kucing kome ambil van dan terus ke serian ambil bas ke pontianak. Van tu koi dah tempah awal. bayar 28 inggit seorang. Dekat je. Jam 11.20 pagi kome bertolak ke pontianak dgn bayarn 42 inggit sorang. Hoi seronok tengok pemandangan perjalan dari serian ke Pontianak. Kome naik bas tak ramai ada x sampai 20 orang. Kome sampai pukul 9 malam lbh kurang 10 jam dlam bas dan berenti kejap makan dan solat.

Sampai di pontianak kome dah ireng teksi dan hotel. Tapi sampai di pontianak berebut teksi nak bawok kome ke hotel. Dalam bas lagi koi dah arahkan bob bincang dgn derebo bas. Tapi bereslah. Kome nginap di kartika hotel semalam bayar 250 ribu semalam. Oleh kerana kome 9 orang 6 orang du sebilik, koi bincang 3 orang sebilik. Bob, nasa dan koi.

Selepas beres kome ramai-ramai gilah makan, kat satu restoran padang. Lepas makan kome balik jalan-jalan dulu dan pas tu terus tido, tapoi sebelum tu koi dah minta bob bincang untuk jalan-jalan hari esoknya 13/12.

Selepas jalan-jalan koi balik hotel, rupanya dah ada wakil teksi, sebang-sembang rupanya dia polis. Koi rasa selamatlah sikit.

Pagi koi bangun dan gi sarapan. Sarapan untuk 2. maka terpaksalah yang sorang lagi tu bayar sendiri.

Pas tu kome pun jalan-jalanlah di pontianak tu selepas dapat dua buah kereta sewa. Malam balik dan tidur, Koi malaslah nak cerita detail ngat, lepas dua hari malam jam 9.00 malam kome pun baliklah ke kucing. kali ni bas penuh dan 14 jam baru sampai ke kucing. Apa yang koi puji derebo bas tu berenti untuk kome solat subuh. x seperti derebo bas di semenanjung. wktu solat buat dek je.

Kemudian dua hari pulok kome di kucing. Jalan dan biasaje di kucing. sebenonya banyak cerita tapi koi malas nak cite sbb sensitif.

Hari in bali pulok dari langkawi sekeluarga. koi rasa ada perubahan yg banyak di langkawai selepas 12 tahun dulu. Best juga dan ada kenangan manis. Koi ke langkawi minta amirudin uruskan dan melalui pasla. Balik singgah di lost world di tambun. anak-anak koi mandi kat situ. koi ngan rodong koi jalan-jalan je di sekitar tu.

Tengok koi tulis blog ni anak koi yang buat medic di mesir tu ada hubungi dan koi ghat ngan dia kejap.

Ok kita jumpa lagi dan kalau ada rezeki nak bercuti lagi ke penang pulok pd 19/12 ni. Ok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan