Rabu, 29 Oktober 2008

Cuti lagi

Salam.
Pagi lepas solat dan ngaji, gi settle kedai dengan pude, tapi silap bab kotak plug tanggal kesemua. Pas tu minum pagi gerai faisal. Kemudian pergi beli simen untuk sambung buat longkang yang belum siap lagi.

Tengah hari bayar bil dan pas tu relax. Petang baca paper dan anak-anak ke lipis temankan duan untuk temuduga. Tinggal dia orang dengan umi. Puda pula jalan tak balik-balik.

Hari ni streamyx tak berapa elok. Tapi petang baru dapat akses.

isu hari ini masih berkisar tentang semasa. Harga minyak yang masih belum turun nampaknya rakyat pula bagi suibsidi pada kerajaan. Dulu memang aku respek betui dengan shahrir ni, tapi lepas dia jadi menteri ni nampaknya dia dah berbelit-belit macam shahziman menteri komunikasi, kata tak akan turunkan tarif letreik. Apalah mereka ni, tak kesian langsung kat orang kampung dan golongan berpendapatan rendah.

Ku li pulak kesian dia, tak ade bahagian nak calonkan dia, apa lebihnya sinajib tu. Tak nampak pun apa yang dia nak bawa benda baru. sekejap lata nak hapus, sekejap kata bukan nak hapus. Pasal si khalid mb selangor gitu pulok. Orang melayu bab benda gitu sensetif sangat kononnya. Bab 5 billion tu senyap pulok. Tak fahamlah dengan orang melayu ni, entah ape yang dia nak sebenarnya, asal datang dari umno ok belake, tapi kalau dari pr semua tak betul.

Tak apelah koi ni nak cerita ringan-ringan je, baru belajar, kalau ada kesempatan nanti kita akan tulis berat-berat sikit. ok. jumpa lagi. Salam.

Dunia ini sebenarnya kata hamka adalah kesempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan