Selasa, 23 Disember 2008

Cuti lagi

Dua minggu lalu. jumaat koi ke lengkawi dengan keluarga bercuti. Jumaat minggu lepas koi ke Pulau Pinang pulok, bercuti juga. Sama seperti ke lengkawi koi sekeluarga bertolak pada pagi jumaat. Berbeza ke pulau lengkawi kena naiik feri tapi ke pulau pinang tak perlu terus saja dgn kereta ke pulau pinang.

Ptg sampai dan pp ni koi rasa agak berserabut jalan raya nya. Hampir setengah jam baru koi jumpa tempat penginapan setelah empat kali mengeliling iaitu hotel dosert penang. Lepas chek in, kome pun turunlah nak cari makan, jalan, jalan, jalan punya jalan tak jumpa warung atau restoran melayu, dalam fikiran koi berkata, hong kong tak macam ni, susah nak cari warung atau tempat makan islam. Akhirnya jumpa warung mamak, kome pun pekena roti canai.

Esoknya kome melawat pp menaiki bas. koi rasa biasa ajelah, dan seoknya lagi kome pun baliklah. Hajat hati nak singgah ke pulau pangkor pulok tapi tak kesampaian. Hari dak agak lewa.

Hari ini koi relax kat rumah je. Pagi cabut rumput dan tengah hari ke bandar dengan anak-anak cari peralatan sekolah. Balik kome gotong royong masak tom yam. memang lazat buat sendiri. Petang ke bandar lagi sambung cari peralatan sekolah anak-anak.

Balik bandar bersiap untuk ke kuliah maghrib di surau hijau, dan semalam ke masjid ubudiah dengar kuliah juge.

Minggu ini tiada cerita menarik, cuma biasalah cerita ekonomi, politik dan pendidikan. Koi bersantai dirumah baca paper dan bahan ilmiah. memang hobi koi membaca dan boleh membaca non stop dua tiga ke empat jam sekali harung. kekadang komplain juga rodong din rumah.

Ok koi baru saja balik dari kuliah dan mengisi masa depan komputer dan tentunya baca dan merayau internet.

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan