Khamis, 28 Januari 2010

Arafat

Salam. Dua tiga hari lepas koi agok sibuk sikit. Dan minggu ni hari khamis ada masa terluang. Dan Jumaat hingga aha dada program lagi. Koi kesal betul sebab dua kuliah maghrib koi tak dapat dan attend. Minta maaf bebanyok weh.

Lepas balik mekoh ni, koi banyok gi program luar dan koi belum mantap lagi menguruskan rutin harian. Semase koi di mekoh dulu duduk jauh dengan masjid. Koi hanye gi solat di masjid subuh, mahgrib dan isyak aje.

Koi ke mekoh pad 18 nov dan merupakan penerbangan akhir kt 93. Oleh itu koi buat haji ifrad. Awok sume tau ke ape haji ifrad tu?. Koi kira 9 hari pakai ihram menunggu hari wukuf. Sementara menunggu wukuf tulah koi pakai ihram untuk pergi ke mane-mane, solat, ziarah, shopping dan lain-lain, termasuk ketika tidur.

Kemudian pada 26 nov kome pun berangkatlah ke Arafat untuk wukuf dengan menaiki bas yang disediakan oleh TH. Pada hari tersebut hujan turun dengan lebat dan lame. Hoi! Mekoh boleh hujan. Kome sampai di Arafat pada waktu malam, dan hujan telah lame rede. Koi difahamkan jamah yang pegi awal telah mengalami hujan dan tentunya keadaan suhu adalah sejuk. Tinggal hanya dalam khemah biase aje, tanah atau pasir basah dan atap khemah juga basah. Semalaman kome bersejuk, kerana masih berihram. Tidurlah dalam kesejukan.

Itulah antara cabaran mengerjekan haji tahun ini.

Isnin, 25 Januari 2010

Salam

Salam. Jumpa lagi dan mintok maaf bebanyok lama dah tokn nulis. Bukan ape koi minggu lepas sibuk TOT. Awal minggu lepas selasa danrabu koi TOT dengan AZAS Selangor, koordinatornya Dr. Ruziah Razali dua hari. Koi gi dengan rodong koilah. Balik kejab rabu, pagi khamis gi pulok untuk TOT SUK, koi gi ngan YM. Hoi punye teruk TOT kali ni, 4 ari 3 malam. Setat pukul 8.30am abis 1.00am. Setiap ari.

Semalam balik terus rehat dan sempat baca Harakah. Ari ni ade mase sikit nulis dan lepas ni hajat nok balik kampong jap ziarah ibuayah. Dah seminggu tak jumpe mereka, rindu pulok rase nye.

Dulu koi ada nulis ingat nok cite hal mekoh, nampoknye lambatlah sikit. Sibuk betu dua tiga hari ni. Ari ni kena seatelkan program azas untuk bulan depan.

Oklah rerodong, semase dimekoh dulu koi duduk jauh ngat denga masjid. Mungkin dalam petrkiraan koi 1km jauhnya. Bapok letihnya bila balik dari masjid. Ale gi tok letih ngat sebab menurun bukit, keknye ale naik mboh pengs dan dibuatnya. Nama hotel tu Janadariah, kalau nak senang ingat sebut janda jelah.

Oleh kerana jauh ngat masjid dengan hotel koi, maka koi hanya mampu gi solat di masjid waktu subuh, maghrib dan isya jelah. Zohor dan aso jemaah di surau hotel. Sehinggalah kome wukuf.

Di hotel koi duduk berlime, dua dari NS (dua beranok pengarah JPN) sorang dari kedoh, cik din kome panggil, koi dan bekas kodi Hj mat nor. Kome duduk diblik tingkat 8 no 818, manekale rodong koi di bilik no 831,. Dia duduk dengan 4 orang jemaah dari ganu.

Setiap pagi jam selewat-lewatnya pukul 3.00 pagi kene gi masjid dah, kalau tidok tak de tempat nak solat dalam masjid. Koi janji dengan rodong setiap pagi tunggu diloby. Gitulah setiap pagi sampai waktu wukuf. Kome buat haji ifrad. Begitu jugek semasa nok gi waktu aso, jam 2.00 pm kene gi doh. Keknye kome tok gi aso, gi maghrib, pukul 3pm kene gi doh.

Waktu subuh masuk jam 5.40 pagi, zohor jam 12.15th, aso 3.30 setengoh dan maghrib pukul 5 lebih, menakala insyak jam 7 malam. Selame dua tiga jam tunggu masuk waktu solat, hanya ngaji dan solat sunat ajelah. Orang bukan main ramai lagi. Jutaan jemaah. Jemaah yang paling ramai dari indonlah, Pakistan, turki, india dan Nigeria. Malaysia sekitar 36 ribu.

Kome tinggal di hotel yang baru dibuat, orang kate komelah yang nyulung di situ. Ada bebertapa KT tinggal di hotel yang same. Kt 93, kt50, kt41 dan banyok lagi, sumenye 1200 jemaah.

Di mekoh ni walaupun kita datang dari tempat yang sama tapi masing-masing hal. Namun pegawai tabung haji ok jugeklah servisnye.

Kalau ade masaaloh junmpelah mereka terutama jika berlaku sakit atau kemalangan.

Ok jumpe lagi. Koi ade hal penting kene seatelkan.

Junmpa lagi.

Wassalam,

Isnin, 18 Januari 2010

sibuk

Salam, Koi mintok maof bebanyok weh, lam doh tok nulis blog koi ni. Entoh ngepe koi sibuk betui mase ni. Dulu koi janji nok nulis dan cite tentang koi di mekoh. Nampok gayenya tak dapat. Koi le ni sibu ulang alik temeloh ke sah alam.

Sejak kamis lepas koi ke sane, pas tu ada spies di sg tua batu caves. Sampao ahad. Balik kejap dan ari ni ken eke sah alam balik ada tot pulok. Sampai rabu. Balik kejap dan kamis sampai ahad tot lagi. Tot azas dan spies.

Mungkin lepastulah kalau ade ruang sikit koi nulis. Baru petang koi sampai rumoh semalam, YB dating pada sebeloh malam, mintok koi siapkan PTS lajnah dia. Koi kene siapkan arini jugek sebab petang koi dah nok ke sah alam.

Hoi sibuk betui selepas koi buat keje ni sepenuh mase. Mungkin koi resign dengan gomen tahun depas. Tengoklah kalau banyok job.

Kalau ngikutkan meeting jemaat lepas di suk, tak cukup arid an minggu nok buat. Banyok betui. Spies dan rbb je dah tok tekejo, tambah lagi dengan projek yang lelain ni. Minggu lepas dan minggu ni koi tac and go je diumoh.
Keknye koi rase lege bebanding dengan keje gomen.

Sekian dan time kasih. Kalau koi ade mase koi akan nulis lagi.

Jumaat, 8 Januari 2010

Sori

Salam.
Maaflah semalam tak sempat nak nulis. Pagi ada hal dengan Ahmadi penasihat kewangan. Sebelah petang ada meeting di pejabat koop. Tengah hari urusan peribadi dapat diselesaikan dan kemudian ke HSBS dan RHB bagi menyelesaikan kekeliruan kewangan. Akhirnya ke CIMB terminate Credit Card. Ini semua gara-gara kerajaan hendak muflis dengan mengenakan charge RM50.00 setiap kad. Apalah kerajan Malaysia ni. Semua perkhidmatan kena charge.dan harga barang setiap hari melambung naik. Alahai kerajaan.

Pagi ni ada kesempatan untuk bertemu dengan dan mencurah pengalaman. Selepas balik dari mekah minggu lepas. Bermula 4 Januarai koi dah menjadi warga antarabangsa, tidak terikat denhan procedure pekerjaan perintah am. Koi kena buat procedure dan perintah am sendiri.

Balik dari Mekah koi seolah-olah dipaksa untuk bermajikan diri sendiri. YM pula telah meneyediakan beberapa job untuk koi dan dia laksanakan. OK insya Allah koi akan cerita kemudian.

Berbalik kepada cerita pergi Mekah, tahun ni koi sangat berpuas hati mengerjakannya, berbanding 12 tahun koi pegi dulu. Pada kali ini koi pergi mengikut muassasah menakala 12 tahun dulu koi ikut pakej. Sangat jauh bezanya dari sudut kemudahan dan perkhidmatan.

Sebenarnya koi dulu berhajat untuk menunaikan haji pada 07 iaitu selepas 10 tahun dan mahu pergi awal penerbangan, tapi tak dapat. Tapi tiba-tiba tahun ini ada tawaran pergi kursus haji, ini bermakna pada pandangan koi, koi dapat pegi haji, dan memang betul pun.

Namun begitu, sehingga bulan 10/09 tiada tarikh ditetapkan oleh LTH. Koi dan rodong menunggu dan menunggu. Dalam masa yang sama koi cari juga kengkawan untuk menolong koi pegi penerbangan akhir. Termasuk pergi sendiri ke LTH.

Tapi selepas beberapa penerbangan awal koi dihubungi telepon oleh LTH untuk penerbangan pada 22/10. Koi terpaksa menolak kerana masih bertugas dan tiada cuti. Koi sekali lagi Ke LTH. Namun kemudian tiba-tiba pada 30/10 koi dapat surat supaya pegi pada 31/10. Macamana LTH buat keje macam ni, kata hati koilah. Surat sampai sehari sebelum tarikh penerbangan. Kelam kabut koi, macamana cuti, anak-anak di asrama dan lain-lain pengurusan keluarga, termasuk rodong koi masih lagi berkursus pada tarikh penerimaan surat di Melaka. Terpaksa pula menyelesaikan kes ini pada hari itu juga dan syukur ianya selesai dengan LTH.

Selepas seminggu koi dapat telepon pula dari LTH Hj Adam minta bersedia terbang pada 18/11. Syukur kerana smua selesai dengan sempurna. Maka persiapan bolehlah dibuat dengan rapi kerana masa dan keadaan mengizinkan untuk membuat persediaan termasuk soal cuti.

Pagi 18/11 koi bersama rodong memandu sendiri ke Kelana Jaya diiringi oleh semua anak-anak. Sampai di KJ abang ipar dan kak ngah menunggu khusus untuk membawa balik kereta. Setelah itu berihat sebentar di asrama dan keluar untuk chek in penerbangan pada jam 1.00 th. Dalam masa yang sama sahabat dari KL sampai iaitu G-Shah dan Isteri serta Hj Khalil dan Isteri. Ini yang menyedihkan rodong koi. Bukan sedara atau kawan rapat yang menghantar tapi kawan baru dari KL.

Selepas semua selesai termasuk menimbang beg, kome diminta menunggu di dewan khas untuk taklimat akhir. Penerbangan kami ialah KT93. Tapi sebelum itu koi dan rodong sempat ke kantin dan menikmati sedikit makana sebagai alas perut sebelum terbang. Di situ koi bertemu dengan Hj Razali Mustafar dari JPNP. Dia dan isterinya dan kami makan bersama.

Sebelum berangkat kami diberi taklimat ringkas oleh LTH dan diakhiri dengan doa dan azan, dan koi volunteer untuk membacakan doa. Sebaik sahaja azan dilaungkan, kome di minta bergerak secara berkelompok untuk menaiki bas ke KLIA. Kami ke KLIA sebanyak 8 buah bas di iringi oleh PDRM dan terus ke KLIA dan masuk ke kapal terbang tanpa sebarang masalah. Namun pada hari itu kami diiringi juga oleh hujan yang sangat lepat.

Tepat jam 3.30 petang kami pun terbang menuju tanah suci, untuk menjadi tetamu yang mahan agung, yang maha memiliki Allah swt.
Bersambung. wassalam

Khamis, 7 Januari 2010

Maaf

Salam. Ape kabo sume. Harap sihat aje. Maaf lame tak nulsi. Koi baru je balik dari Mekoh. Malam Tahun baru sampai Malaysia selepas 43 ari di sane.

Alhamdulillah koi sihat aje dan selamat dengan sempurnenye menunaikan fardhu aji untuk kali kedue.

Insya Allah esok koi cite kesoh koi di mekoh.

Sekarang ni koi dah jdi antarabangse, tok ngajo lagi, keje sendiri pulok. Dan koi senang dan bile-bile boleh nulis.

Ok, kite jumpe lagi edok. Le ni koi nok ke tabung aji dan pejabat koi di temeloh. Pejabat koplah.

Wassalam

Ahad, 15 November 2009

Keliru

Salam. Semalam koi gi kenduri abang mat di BG. Dikesempatan itu koi pun ajok same untuk majlis dirumoh koi pada ahad, miktam, ngah woh, de intan, zaman dan lain-lain sempene koi nok gi aji. Koi juge kontel melalui talipon sedara dan kawan-kawan.

Petang semalam koi ke Hoshas melawat abang yas kencing manisnya dan tasnim anok sedare koi apandik. Pas tu gi pasar malam jap di P.Pulai cari barang sikit untuk majlis ari ni. Pada malamnya kak long dan keluarga datang umah dan sembang sampai jam 11 malam.

Ari ni pagi-pagi balik bintang anto barang untuk embong masak dan koi balik rumah untuk sarapan nasik berlauk yang di beli di Bt 1.

Semasa sarapan sempat tengok nasi lemak kopi o nt7. Dua orang warga emas umur 71 tahun masih semangat belajar mengejar degri. Tapi koi ade cakap pada rodong koi tahun depan koi akan daftar Ph.D.

Seperti biasa masa terluang ini koi akan buka internet dan buka sesawang untuk melihat maklumat. Isu selama sebulan lebih ni tertumpu kepada parti pas. Sejak TG Nik Aziz mencadang EGM sehinggalah isu baiah media masih lagi dok atak pas.

Koi rasa bukan saloh media, itu memang keje dia doh. macam pencuri, bukan saloh dia tapi kita yang leka. Curi tu keje dia doh.

Dalam soal ini siapa tahu kalau bukan pas sendiri yang cite, dan inilah yang bodoh dan bangangnye orang pas. Ngaji tinggi tapi ota lekat kat lutut, cakap ikut sedap dan nak tunjuk pandai konon, tapi batang leher diulurkannya. Dengan dia, dan denga pas sekaliu bungkam. Apo nak di kato.

Hassan ali dengan peel dia, nasa denga cara dia dan macam-macamlah, Blog, media, politik ambil kesempatan melariskan produk dia. Bisnes kapitalis hanya cari untung sahaja, walaupun generasi dan rakyat lintang pukang dan bermusuhan. janji fulus mmasuk.

Yang tertipu dan ditipu rakyat marhaen. Orang politi sekulark dan bisnes sekular sentiasa untung. Fikirkanlah.

OK kalau sempat koi akan nulis lagi sari dua ni. Kerana rabu koi akan berlepas ke mekah tunai aji. Jika tak sempat koi mohon maaf di atas segala kesalahan koi selama ini. Doakan koi sihat dan sejahtera dan koimjuga doakan kepada semua sihat dan sejahtera. Insya allah jumpa tahun depan pulok.

Salam dan jumpa lagi.

Rabu, 11 November 2009

Punoh

Salam. Koi sekarang sedang bersiap sedie untuk berangkat untuk menunaikan haji kali ke 2. Bukan sibuk tapi berhati-hati. Dalam pada itu tugasan harian di buat seperti biase aje. Minggu lepas koi sibuk dengan meting dan meting. Tak sempat koi nak ikuti perkembangan seminar hujung minggu.

Pagi semalam koi berkesempatan melihat siaran awani kejap je, prof abu hassan. Koi sangat bersetuju dengan pandangan die berhubung dengan soal persepsi dan kepercayaan. Sebelum tu pada Ahad petang sempat sembang dengan amir, syed dan YM. Isu berkisar seminar hujung minggu.

Amat mendukacitakan, pimpinan mengeluarkan pandangan yang jauh ketinggalan dalam memahami apakah itu cadangan, kritikan dan provokasi. Tetamu yang dijemput sebagi yang dimuliakan, disumpah seranah oleh tuan rumah. Kocik dan SU DPP tiada adan dan memualkan.

Pimpinan atasan hanya mendiamkan diri dan ego dengan akademik dan jawatan bila ditegur dan dinasihatkan. Konon kekuatan dia tidak perlu kepada pandangan luar.

Inilah yang memunohkan jamaah. Pimpinan jahil mengurus pandangan dan kritikan lalu tidak tahu untuk mengurus persepsi dan kepercayaan.

Untuk apa jadi pemimpin kalau hanya memimpin dari kalangan dalam kotak. Untuk apa jawatan kalau hanya untuk nama dan kenamaan.

Inilah yang dikatakan pemikiran dalam kotak dan masih di abad ke 17. Apakah kamu maksum dan tiada berbuat kesilapan sehingge tidak boleh ditegur dan di beri pandangan. Biarkanlah cadangan dan pandangan itu. Jika benar perlu di ambil tindakan dan jika tidak benar pun jangan sampai menyeranah tetamu tanpa menyedari siapa dirimu.

Inilah yang akan memunohkan jamaah. Pimpinanlah yang sebenarnya meranapkan kepercayaan massa. Kesihan rakyat marhaen. Kepercayaan yang diberi dikhianati dan dicemari olej keegoan yang tidak perlu. kasihan dia. Akibatnya sangat besar dan bahaya. PRU 13?

Baca tak paham tak ape.

Wassalam.