Jumaat, 8 Januari 2010

Sori

Salam.
Maaflah semalam tak sempat nak nulis. Pagi ada hal dengan Ahmadi penasihat kewangan. Sebelah petang ada meeting di pejabat koop. Tengah hari urusan peribadi dapat diselesaikan dan kemudian ke HSBS dan RHB bagi menyelesaikan kekeliruan kewangan. Akhirnya ke CIMB terminate Credit Card. Ini semua gara-gara kerajaan hendak muflis dengan mengenakan charge RM50.00 setiap kad. Apalah kerajan Malaysia ni. Semua perkhidmatan kena charge.dan harga barang setiap hari melambung naik. Alahai kerajaan.

Pagi ni ada kesempatan untuk bertemu dengan dan mencurah pengalaman. Selepas balik dari mekah minggu lepas. Bermula 4 Januarai koi dah menjadi warga antarabangsa, tidak terikat denhan procedure pekerjaan perintah am. Koi kena buat procedure dan perintah am sendiri.

Balik dari Mekah koi seolah-olah dipaksa untuk bermajikan diri sendiri. YM pula telah meneyediakan beberapa job untuk koi dan dia laksanakan. OK insya Allah koi akan cerita kemudian.

Berbalik kepada cerita pergi Mekah, tahun ni koi sangat berpuas hati mengerjakannya, berbanding 12 tahun koi pegi dulu. Pada kali ini koi pergi mengikut muassasah menakala 12 tahun dulu koi ikut pakej. Sangat jauh bezanya dari sudut kemudahan dan perkhidmatan.

Sebenarnya koi dulu berhajat untuk menunaikan haji pada 07 iaitu selepas 10 tahun dan mahu pergi awal penerbangan, tapi tak dapat. Tapi tiba-tiba tahun ini ada tawaran pergi kursus haji, ini bermakna pada pandangan koi, koi dapat pegi haji, dan memang betul pun.

Namun begitu, sehingga bulan 10/09 tiada tarikh ditetapkan oleh LTH. Koi dan rodong menunggu dan menunggu. Dalam masa yang sama koi cari juga kengkawan untuk menolong koi pegi penerbangan akhir. Termasuk pergi sendiri ke LTH.

Tapi selepas beberapa penerbangan awal koi dihubungi telepon oleh LTH untuk penerbangan pada 22/10. Koi terpaksa menolak kerana masih bertugas dan tiada cuti. Koi sekali lagi Ke LTH. Namun kemudian tiba-tiba pada 30/10 koi dapat surat supaya pegi pada 31/10. Macamana LTH buat keje macam ni, kata hati koilah. Surat sampai sehari sebelum tarikh penerbangan. Kelam kabut koi, macamana cuti, anak-anak di asrama dan lain-lain pengurusan keluarga, termasuk rodong koi masih lagi berkursus pada tarikh penerimaan surat di Melaka. Terpaksa pula menyelesaikan kes ini pada hari itu juga dan syukur ianya selesai dengan LTH.

Selepas seminggu koi dapat telepon pula dari LTH Hj Adam minta bersedia terbang pada 18/11. Syukur kerana smua selesai dengan sempurna. Maka persiapan bolehlah dibuat dengan rapi kerana masa dan keadaan mengizinkan untuk membuat persediaan termasuk soal cuti.

Pagi 18/11 koi bersama rodong memandu sendiri ke Kelana Jaya diiringi oleh semua anak-anak. Sampai di KJ abang ipar dan kak ngah menunggu khusus untuk membawa balik kereta. Setelah itu berihat sebentar di asrama dan keluar untuk chek in penerbangan pada jam 1.00 th. Dalam masa yang sama sahabat dari KL sampai iaitu G-Shah dan Isteri serta Hj Khalil dan Isteri. Ini yang menyedihkan rodong koi. Bukan sedara atau kawan rapat yang menghantar tapi kawan baru dari KL.

Selepas semua selesai termasuk menimbang beg, kome diminta menunggu di dewan khas untuk taklimat akhir. Penerbangan kami ialah KT93. Tapi sebelum itu koi dan rodong sempat ke kantin dan menikmati sedikit makana sebagai alas perut sebelum terbang. Di situ koi bertemu dengan Hj Razali Mustafar dari JPNP. Dia dan isterinya dan kami makan bersama.

Sebelum berangkat kami diberi taklimat ringkas oleh LTH dan diakhiri dengan doa dan azan, dan koi volunteer untuk membacakan doa. Sebaik sahaja azan dilaungkan, kome di minta bergerak secara berkelompok untuk menaiki bas ke KLIA. Kami ke KLIA sebanyak 8 buah bas di iringi oleh PDRM dan terus ke KLIA dan masuk ke kapal terbang tanpa sebarang masalah. Namun pada hari itu kami diiringi juga oleh hujan yang sangat lepat.

Tepat jam 3.30 petang kami pun terbang menuju tanah suci, untuk menjadi tetamu yang mahan agung, yang maha memiliki Allah swt.
Bersambung. wassalam

1 ulasan:

  1. askm Tuan Haji, cuti panjang ke? saya pun pi bank terminate kreditkad..unfair mcm ni kena bayar pulak...dahlah yuran makan asrama 200% naik...kata negara makmur...ustaz tak rindu smkm ke?

    BalasPadam