Khamis, 28 Januari 2010

Arafat

Salam. Dua tiga hari lepas koi agok sibuk sikit. Dan minggu ni hari khamis ada masa terluang. Dan Jumaat hingga aha dada program lagi. Koi kesal betul sebab dua kuliah maghrib koi tak dapat dan attend. Minta maaf bebanyok weh.

Lepas balik mekoh ni, koi banyok gi program luar dan koi belum mantap lagi menguruskan rutin harian. Semase koi di mekoh dulu duduk jauh dengan masjid. Koi hanye gi solat di masjid subuh, mahgrib dan isyak aje.

Koi ke mekoh pad 18 nov dan merupakan penerbangan akhir kt 93. Oleh itu koi buat haji ifrad. Awok sume tau ke ape haji ifrad tu?. Koi kira 9 hari pakai ihram menunggu hari wukuf. Sementara menunggu wukuf tulah koi pakai ihram untuk pergi ke mane-mane, solat, ziarah, shopping dan lain-lain, termasuk ketika tidur.

Kemudian pada 26 nov kome pun berangkatlah ke Arafat untuk wukuf dengan menaiki bas yang disediakan oleh TH. Pada hari tersebut hujan turun dengan lebat dan lame. Hoi! Mekoh boleh hujan. Kome sampai di Arafat pada waktu malam, dan hujan telah lame rede. Koi difahamkan jamah yang pegi awal telah mengalami hujan dan tentunya keadaan suhu adalah sejuk. Tinggal hanya dalam khemah biase aje, tanah atau pasir basah dan atap khemah juga basah. Semalaman kome bersejuk, kerana masih berihram. Tidurlah dalam kesejukan.

Itulah antara cabaran mengerjekan haji tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan