Salam. Sabtu pagi koi kursus haji di Masjid Abu Bakar. Belum sempat koi nak iktikaf, rodong koi Abang Amir dan S. Putera ajok koi minum di tepi Sg. Pahang. Maka koi pun pegilah dan minum dengan mereka. Bila koi jumpa mereka bedua ni tentunya cerita politik tempatan, dalaman, nasional dan antara bangsa.
Sebelum bersurai koi tanya dia tak ke BG ke? Kalau pegi koi nak ikut.
Tengah hari koi anto rodong dan anak koi ke KL. Al maklum sejak akhir-akhir ni rodong koi selalu je out station, meting dan meting. Kali ni hingga selasa. Maka koi dihubungi oleh YB Semantan ajok koi ke BG. Koi kata amik koi di TM tapi dia kat terus ke bentong di rumah abang lan. Jam lima lebih kami pun ke BG termasuk Hj Jusuh. Biasalah abang lan adalah pemandu kome.
Kami sampai di perak sekitar jam 9 dan mencari tempat landing. Dari kuala kangsar hinggalah ke bukit merah semua hotel dan apa segala nama penuh. Kome pun ngeliling dalam hari hujan sepanjang petang dan malam.
Akhirnya jam 1 pagi kome lepak di cassuarina inn di pelawa oleh cm. Alhamdulillah dapat landing juga, ada di sana Uz Z Da.
Pagi solat subuh berjamaah dan pada 7 lebih kome pun ke pusat penamaan calon. Hajatnya nak cari breakfist dulu namun manusia mula ramai dan akhirnya pekena mee rebus segera aje.
Kemudian kami bersama penyokong PR yang pada angaran koi hampir ratus ribu menunggu penamaan calon PRK 59 BG. Berbagaia gelagat dan akrtiviti memeriahkan suasana. Jam 11 lebih diumumkan senarai calon.
Selepas itu kome pun terus balik dan dalam perjalan pulang kome singgah semula di Kuala kangsar untuk mencari asam gelugur. Tapi pasar tutup hari minggu.
Dalam perjalan balik ni kome menuju ke Kg kayan untuk melawat ladang kambing. Biasalah kalau kome travel berbagai kesempatan yang sesuai akan kami pergi. Namun sebelum itu kome ke K sepetang pekena me udang.
Memang koi kagum juga ladang kambing tu. Rizal nama tuan punya. katanya adal 80 ekar dan kambing diimport dari myanmar. Selepas melawat ladang kambing tu kome dapat jumpa rizal di restoran ghulam mamak. Koi lihat rizal ni boleh mamu dan bagus berkenalan dengannya. Tapi dia kata kenal koi tapi jumpa di mana. Mungkin dia lihat gambar koi yang pernah tersiar dimuka hadapan.
Akhirnya kome meneruskan perjalan pulang dan sampai ke rumah jam hampir 12 malam.
Hari ini akhbar melaporkan suasana sekitar PRK. namun seperti biasa beritanya sangat berat sebelah termasuk sh. Terutama gambar.
Berkata benarlah biarpun pahit. Telling the truth not a politics!
Jangan lupa malam ni kelas bahasa inggeris di IKBN
Wassalam
Isnin, 30 Mac 2009
Rabu, 25 Mac 2009
Menulis
Salam. Menulis memang mudah. namun idea untuk menulis agak sukar sekira tiada minat yang mendalam.
Koi ni memang ada hajat untuk menulis terutama berkaitan untuk membangunkan insan. Sebab itu koi dulu ambil master dalam jurusan pembangunan sumber manusia.
Pada bulan depan koi bercadang membuat satu program percambahan minda unruk mencari jalan bagaimana membangun dan memajukan koperasi yang pengerusikan.
Setelah lebih 30 tahun, koi lihat koperasi koi agak mendatar. Memang ada dan buat keunrungan, namun ia hanya sebagai rutin sahaja. Setiap bulan buat mesyuarat dan kemudian tunggu bulan depan pulok dan lepas itu ambil elaun dan begitulah seterusnya.
Koi pada personalinya memang nak buat bermacam penambahbaikan, namun takut-takut kerana bimbang tak terikut, tak setuju oleh alk koi yang semuanya dah veteran dan pandangan jauh mereka didoktrin oleh bermacam-macam telahan.
Tapi koi dah bertekad pada bulan depan ni koi akan buat dan minta semua alk fikirkan dan lepas tu cuba buat tindakan yang sewajarnya.
Dalam tempoh 3 hingga 5 tahun koperasi koi akan setanding dengan koperasi-koperasi lain di Malaysia yang mempu mengadakan berbagai pogram dan aktiviti secara percuma terutama kepada anggota.
Sbb itu pada isnin koi ajak setiausaha datang pejabat dan bincang untuk upgred pejabat yang telah usang sejak 30 tahun dulu. Ini menurut kerani keadaan pejabat sejak di beli pada tahun 82 dahulu.
Setiap kemajuan yang hendak dicapai, pengorbanan dan ketahanan diri perlu dihadapi. Usaha dan tekad perlu digabungkan. Tawakkal dan doa adalah usaha yang dituntut. Kejayaan pasti dalam genggaman. Oleh mana-mana organisasi Insya Allah.

Selasa, 24 Mac 2009
Kecundang
Salam. Kali ini adalah musim koi kecundang. Sehingga ini koi telah kecundang tiga kali dalam pertandingan untuk menuju puncak organisasi. Koi angat redo da menerimanya dengan hati yang terbuka dan tenang.
Pertama koi kecundang dalam pemilihan AJK JPAN Pahang 2. Koi gagal mempertahankan jawatan. Dan pada mulanya koi rasa heran kenapa koi tewas kerana perwakilan majoriti adalah rodong. Tapi selepas 3 penggal koi akur. Tapi koi akan lawan lagi. Rupanya tak semua rodong akan pilih kita kerana dia ramai lagi rodong yang lain macam dia berodong dengan koi.
Kedua, koi cuba menaiki tangga yang lebih tinggi dengan menawarkan diri untuk dipilih jawatan ke tiga tertinggi Angkasa. Seramai 21 calon terdiri dari Dato-Dato, Dr-Dr dan berbagai lapisan calon yang pro dan amator. Koi cuba juga melobi sikit-sikit tetapi bukan untuk menang ngat tetapi sekadar supaya tidak mendapat undi terrendah. Koi cuba cari klik dan dapat. Klik koi tolong juga kempen sikit-sikit dan dia mendapat undi terbanyak. tahn iah dan syabas. Dan koi berodong dengan dia hingga ke hari ini. Tapi kalau ada peluang koi akan lawan lagi sebagai pengalaman dan ilmu Lawan tetap lawan.
Ketiga koi tewas dalam merebut AJK sissah Islam di Temerloh. Sedangkan koi dulu adalah pimpinan mereka. Rupanya sekarang perwakilan adalah muka baru dan ramai yang koi tak kenal dan dia pun tak kenal koi. Tapi koi rasa sedikit sebanyak koi rasa koi telah membuat satu keputusan yang silap hanya bertanding AJK aje. Tapi esok koi lawan lagi.
Kesimpulan yang boleh buat di sini, nahawa baik awok dari organisasi siasah, ngo, pibg atau apa sahaja, lobi penting untuk menang. Walaupun tak memerlukan wang seperti sebuah organisasi siasah sekular tu, namun lobi penting untuk menang. Soalnya bolehke kita melobi untuk mendapatkan jawatan?

Isnin, 23 Mac 2009
Kalah
Salam.
Semalam koi hadir dalam satu mesyuarat agung tahunan siasah Islam di Darul Amin. Banyak rodong ditemui dan cerita baru yang koi dapat. Koi masih teruja bila rodong koi yg sorang tu masih lagi katanya mengikuti blog koi ni. Dan koi kata susah juga untuk meluangkan masa mengup date blog.
Dalam pada tu dia agak kesal koi tak mahu bersaing untuk kerusi no 1 dalam organisasi siasah tersebut. Dan bukan dia sahaja ada lagi dua tiga orang rodorng koi kata begitu.
Koi rasa koi dah salah buat perhitungan. Oleh kerana masih ada kekangan tertentu koi hanya bersetuju untuk bersaing kerusi no 2. Namun akhirnya semua perhitungan tersebut tidak menjadi dan koi hanya bersaing diperingkat AJK aje. Tapi tak menang pun. Syukurlah.
Perjalan mesyuarat itu pada awalnya berjalan dengan baik dan teratut tanpa sebarang kemuyskilan. Namun apabila perwakilan orang muda membangkitkan soal sehelai surat maka mesyuarat menjadi kecoh dan kelam kabut. Mereka yang mengetahui kedudukan sebenar menjadikan diri koi sebagai sasaran.
Kisahnya kerana adanya persaingan kerusi no 1 dan didalangai oleh kumpulan pembawa lobi dan fitnah. Geng ini cuba mempertahankan ayam sabung mereka dan malangnya ayam sabung mereka menendang belum sampai masanya lalu semua tembelang mereka terbungkai. Dan orang kanan kepada ayam sabung ini menuduh koi sebagai punca segalanya.
Orang kanan koi dalam persidangan tersebut telah membuat bantahan, tetapi para hadir mahu mengetahui cerita sebenar.
Maka kesempatan tersebut diambil oleh su dan menjelaskan surat laporan dari yang berkaitan secara detail. Maka akhrinya disebabkan surat tersebut tewaslah geng lobi dan fitnah ini dengan 9 undi.
Koi pulok akhirnya rasa lega dan tenang sekali menerima keputusan tak menang tersebut dan tidak akan melobi pulok untuk dilantik sebagai team yang menang.
Dalam siasah ini segala kemungkinan boleh berlaku. Orang dari siasah islam pun sama dengan orang siasah sekular.
Koi iangat mentor koi abang mat kata:
Hanya orang siasah islam ini tak minum arak. tak berjudi dan tidak berzina sahaja. Yang lain serupa.

Kesoh
Salam. Direngkaskan cerita koi di Aceh, Sempat melawat sekitar Universiti Unisyah, IAIN dan lain-lain- Di katakan tempat ini tidak dilanda Tsunami. Selepas itu kami berpeluang berjumpa dengan Ketua Negorroe Aceh Darus Salam. Sekitar 65 orang kami bertemu di Kantor Gabnor. Yang hadir adalah Timb Gabnor. Para koperat telah berbincang soalb bisnes, koi hanya dengo aje lah.
Petang koi santai. Gi surau dan berbual dgn pak cik iskandar. Koi tanya dia apakah yang ajaib ketika dan selepas tsunami?
Katanya:
1- Semua mayat yang telanjang matinya tertuiarap.
2- Bumi terbelah dan semua mayat jatuh kedalamnya dan tertutup kembali
3- Semua masjid tidak di timpa tsunami
4- Tiada penduduk Aceh yang trauma atau gila
5- Tiada penyakit seperti taun yang melanda.
Jadi sepanjang koi di Aceh memang banyak yang menarik dan ajaib tanda kebesaran Allah. Di hari terahkir kami melawat pasentren dan rumah anak yatim PKS.
Hari terakhir kami ke koperasi Aceh dan pulang ke LCCT jam 4.30 PM.
Salam dan kalau mahu secara detail cerita Aceh boleh ketemu sama gue.

Khamis, 19 Mac 2009
Aceh
Salam. 13 Mac saya terbang ke Aceh jam 4.00 petang dan mendarat di Aceh jam 4.25 ptg. Pada hari tersebut koi mengambil cuti khas. Pada sebelah pagi hujan turun dengan lebatnya. Pada awal pagi koi ke rumah emak dan apak untuk menziarahi mereka. biasalah koi akan menziarahi mereka sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kemudian jam 9.30 koi minta umi menghantar koi ke stesen bas untuk ke kuala lumpur.
Koi menaiki bas ke kuala lumpur jam 10.00 pagi. Menaiki ekspres union. Hujan masih lebat. Sampai di Kg Netas jalan karak banjir kilat melanda dan menaiki jalan raya. Kenderaan sesak dan jam. Mujur bas boleh melaluinya, kalau tidak makin lewat koi ke kuala lumpur.
Sampai di KL sekitar jam 1.00 TH. Koi terus menaiki Monorel ke KL sentral. Koi menaiki bas ke LCCT jam 1.30 PM dan tiba di LCCT jam 2.45 PM.
Sepanjang perjalanan dari temerloh hinggalah ke LCCT koi menerima panggilan dari rodong yang sama-sama ke Aceh. Lorat betul dia nampaknya, kerana chek ini Air Asia bermula jam 2.00 pm lagi. Syukur akhirnya koi sampai juga dan terus chek in.
Sebenarnya koi tak tahu sape lagi yang pegi selain rodong koi tadi. Setiba di LCCT selepas chek in koi terus solat di surau dan jumpa pulok orang kampong hendak ke alor star.
Kemudia koi masuk untuk boarding dan di situ rupanya ada lagi rodong koi yang lain pegi sama termasuk Ismail Nihat bekas presiden NUTP.
Setiba di Aceh baru koi tahu jumlah rombongan iaitu seramai dua buah bas. Di Aceh kami ditempatkan di hotel Lading dan satu rombongan lagi di hotel sulthan. Koi sebilik dengan Ramlan Chang dari selangor.
Pada hari tersebut kami bersantai sahaja dan di bawa makan malam di sebuah restoran yang agak mewah. Selesai makan balik hotel dan tidur. Kawan koi ni balik agak lewat dan koi sedar dengkurnya amat membingitkan.
Jam 5.00 am koi dah mula terjaga dan bersiap untuk solat subuh di masjid. Koi turun dan berjalan ke masjid. Rupanya ramai juga ahli rombongan koi solat subuh di masjid. Selesai solat ada kuliah subuh dan dipancarkan secara langsung ke radio aceh. Hebat Aceh serambi mekah. Koi perati tengok ramai orang muda solat subuh di masjid.
Selesai solat balik hotel dan bersiap untuk lawatan pertama kami di aceh. Kami bermula dengan melawat tenmpat bencana tsunami. Pertama ke Pantai ulu eulee tempat punca tsunami. Menziarahi makam Rauf Fansuri, satu-satunya makam yang selamat dari bencana tsunami. Menurut cerita air naik sehingga lebih tinggi dari pokok kelapa. Semua manusia dan kediaman habis disapu oleh tsunami selaju 600kmj.
Seterusnya menziarahi satu kg di mana terdsapat sbuah boat nelayan yang tersangkut dibumbung sbuah rumah. Dan ia masih dikekalkan dan menjadi tempat lawatan pelancong. Kalau dah boat boleh sangkut di atas bumbung tentu airnya lebih tinggi dari itu lagi.
Seterusnya kami terus ke Masjid Baitur Rahman yang satu-satunya bangunan yang terselamat dari bencana tsunami. Semua bangunan dan apa sahaja yang di sekitar itu habis ranap. Amat besar kebesaran Ilahi. Dikatakan air setinggi masjid datangnya namun apabila tiba di masjid ia terbelah dua melalui masjid tersebut. Maka kami pun solatlah berjamaah bersama-sama semua ahli rombongan.
Selesai solat biasalah gambar dari berbagai sudut diambil. Setelah itu kami semua kembali ke hotrl dan berihat.
1- Kebesaran dan kekuasaan Allah tiada tandingannya.
2- Berjalanlah dimuka bumi Allah untuk melihat kehebatanNya
3- Rasailah kekerdilan diri sendiri
4- Tambahkan iman melalui perjalanan hidup.
Wassalam akan bersambung.

Khamis, 12 Mac 2009
Result
Salam, Sekarang musim result exam. Bermula dengan UPSR, PMR dan yang baru SPM dan STPM. Apabila musim bergini ada yang suka, gembira, duka dan biasa aje.
Koi pun termasuk dalm kumpulan ini. Tahun 2009 anao koi ada tiga orang ambik exam bermula UPSR, PMR dan SPM.
Syukur, anak koi dapat 5A UPSR, 9A PMR tapi sehingga kini yang amik SPM belum tahu resultnya. Tak dapat strait A lah agaknya. Yang ini memang lemah sikit, cuma yang dia konfiden dapat A hanya matematik sahaja. Tunggu ajelah.
Mengenai exam ni, koi rasa kita ni salah justifikasi. Jika mana-mana sekolah tinggo GPS dan peratus, walau akhlak dan pengurusan sekolahnya hampas, ia di anggap terbaik. Baik buruk sekolah bergantung kepada result exam.
Begitu juga dengan individu. Jika seorang pelajar jahat mana sekali pun atau baik mana sekalipun ia bergantung kepada result exam. Dia jahat tapi boleh strait A, hilanglah jahatnya. Dia baik tapi tiada A maka tiadalah guna baiknya itu.
Apakah ini yang kita kejar hanya akademik semata-mata. Sebab itu sekarang pemimpin, pengurus, pentadbir adalah di kalangan mereka ini. Organsasi yang diurus oleh orang jenis ini memang hebat nampaknya, tapi disebalik urus yang baik itu banyak buruknya. Penyelewengan, korupsi, rampas kuasa (MB baru ada Dr, lagi) tapi mereka bukan kira samada hak atau tidak, cuma yang mereka buat justifikasi siapa cekap, siapa dulu, siapa mampu manipulasi, ambil kesempatan, dicision making maka merekalah yang dapat.
Maka sebab itu kita kena fikir lahirkan individu yang jujur, ikhlas, amanah, dan bukan cerdik semata-mata. Ke mana arah sistem pendidikan kita. Kemana arah tuju pendidikan anak-anak kita. Apa yang kita mahu, apa yang mahu kita kejar dan apa yang kita mahu jadikan anak-anak kita,
Pepatah ada mengatakan jika kita kejar dunia, dunia akan makin jauh, dan jika kita kejar akhirat, dunia akan dekati kita.
Oleh itu marilah kita berfikir diluar kotak. Fikir dan bertindak mengikut landasan yang tepat. Yang tepat itu adalah agama. Agama itu adalah tuhan. Tuhan itu hanya Allah. Dan Allah hanya buat dua benda sahaja, baik dan buruk. kiri dan kanan, lelaki dan perempuan, dosa dan pahala, dan syorga dan neraka. Apa yang kita mahu?
Sekian dan wassalam.

Langgan:
Catatan (Atom)