Rabu, 8 April 2009

Tak Sedar

Salam. Malaysia masih tenggelam punca dalam politik. Politik abad 21 tidak dijiwai oleh sebahagian brsar ahli politik negara.

Apabila be end kalah di 2 bukit, mereka mencari punca. Dikatakan meminta badan bebas untuk membuat post mortem secara bebas dan telus.

Sejak 50 tahun dulu itulah caranya. Dalam pengamatan koi, pemngundi bukan tak mahu kepada pembangunan, kemajuan, keselesaan, duit, harta, projek dan lain-lain kebendaan tu. Tapi pengundi sekarang adalah pengundi bermaklumat dan berpengetahuan. Mereka hanya mahu, adil, telus, bebas rasuah, bebas penyelewengan, bebas salah guna kuasa. Mereka bukan marah parti, tapi tak puas hati pemimpin parti. 100% dari bawah sampai atas semua terlibat sekurangnya satu dari yang dinyatakan di atas. Bukan parti tu yang bermaslah tapi batang tubuh anggota parti tu yang bermasalah.

Biasa, bila tiba dekat hari undi, adalah orang keluar parti dan belot pada parti. Ini namanya lari dari medan perang. Dekat last minit, nampak nak kalah lari, kan itu belot dan perlu dihukum. Dalam agama suci ia termasuk dalam katogeri dosa besar.

Satu lagi isu yang bukan isu. Orang kapir baca quran. Kalau inilah sikap orang islam termasuk mau ufti (mufti) komen negatif, bagaimana orang kapir nak masuk islam. baca quran pun marah. Kalau orang kapir sudah pandai baca quran ini namanya muallaf. Tapi yang kita faham mualaf tu orang kapir yang dah masuk islam. Bukan gitu, muallaf itu ialah orang kapir yang berjinak dengan islam. Silap gaya orang kapir akan jauh lagi dengan islam, kalau itulah sikap orang-orang yang macam mau ufti tu

Ialah, koi ni tak suka kaitkan blog koi ni dengan politik secara langsung, tapi nampaknya politik propaganda masih lagi menjadi tumpuan utama be end dalam kempennya. Dan nampaknya prof kangkong masih ramai lagi dalam negara yang dikatakan maju ni. Bila agaknya kita bebas dari politik ampu sana, ampu sini.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan