Khamis, 16 April 2009

Culas

Salam. Apa khabar semua. Ada ketika kita begitu bersemangat untuk berbuat sesuatu. Begitu teruja untuk melakarkan sesuatu. Namun itu hanya padabteori sahaja. Bila sampai kepada pelaksanaan ia habis begitu sahaja.

Pada Isni koi di minta berceramah motivasi di SMJ. Majoritinya pelajar Cina. Dulu pernah rodong koi YM Raja kata, dia pernah berceramah kepada pelajar Cina, tapi lepas 15 minit ceramah dia balik.

Koi menerima permintaan SMJ untuk program tersebut. Tapi umi tanya, gone nak ceramah dengan pelajar cina.

Memang koi ada pengalaman berceramah dengan pelajar cina di SMKM. Memang susah dan koi ceramah aje yang tiada siapa yang dengar pun. Koi peduli apa. Tugas koi ceramah aje, tukang dengar dia orang. janji tugas koi sempurna dan beres.

Pada bulan lepas koi diminta ceramah kepada pelajar cina dari Hwa Lian. Umi tanya gitu juga. Tapi koi tak kesah. Jadi koi ceramah. Pelajar ada 80 orang, ada 4 melayu, ada sikit Indian dan majoritinya cina. Namun salah dugaan. Sambutan mereka luar biasa, penuh disiplin dan mereka mendengar penuh minat. Sehinggakan guru mereka yang cina juga penuh minta dengar koi ceramah.

Maka pada hari tersebut koi ke SMJ dan ada 80 pelajar, 20 melayu, 1 india dan majoritinya cina. Seperti biasa memang koi rasa agak ragu dan merasakan tiada sambutan. Pelajar melayu biasalah mereka sporting dan boleh di disiplinkan. Selepas ceramah ada break 1/2 jam.

Semasa break tersebut, kaunselor pun rasa hairan, bagaimana pelajar cina penuh minat dan beri kerjasama. Dia kata dia dah panggil ramai penceramah, tapi tiada yang sanggup datang. Masalahnya ialah pelajar cina.

Prinsip koi, koi tak kesah. Melayu, cina atau india atau siapa sahaja. Tugas koi ceramah tugas dia orang dengar. Habis cerita.

Soalnya, mengapa pelajar cina tidak berminat dengar ceramah?

Mulanya koi culas nak tulis dalam blog ni. Buka blog ni dah lama, tapi baru ni baru buka dan menulis. itulah namanya culas.

Wasalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan