Isnin, 13 April 2009

Bicara

Salam. Kita mulakan bicara dengan Bismillah. Kepada semua blogger selamat menulis dan terus menulis.

Hari terus berlalu. Kehidupan mesti ditempuh. Namun sejak akhir-akhir ini mood menulis dan idea tidak memberangsangkan. Tambahan pula cuaca yang tidak menentu.

Semalam merupakan hari koi bercuti sakan. Tiada gangguan dari anak-anak dan panggilan telepon. Koi dapat relax dan membaca dengan tenang. Sepanjang hari tiada aktiviti cuma membaca dan sekejap tidur.

Hingga waktu hampir maghrib masih rasa tiada apa yang patut dibuat hanya membaca sahaja. Kemudian ke Masjid dan malam baru ada rodong ajak ngeteh. Pukul 10 pm koi keluar ngeteh dengan Ustaz Hassan. Biasalah cerita pasal bisnen yang halal.

Namun apa yang diketengahkan oleh masyarakat hanya makanan halal. Kita orang Islam wajib makan makanan yang halal. Tapi bab makanan sahaja ke yang perlu kita cari yang hahal?

Bagaimana dengan pakaian? kewangan, hiburan, budaya, sukan, pergaulan termasuk organisasi dan parti?

Kalau makanan kehalalannya kita dapat lihat dari kandungannya, tapi perkara lain juga kita boleh lihat juga kandungannya. Contohnya organisasi kita boleh lihat dasarnya. dasar tu macamlah kandungan yang terdapat pada kotak makanan. Jadi kita fikirkanlah sendiri dan sepatutnya semua yang kita lalui dalam kehidupan ini yang utama mencarai yang halal dalam semua benda, pekara dan hal.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan