Isnin, 4 Februari 2013
SATU KESAH YANG TAK PERLU DIAMBIL POT
Pada awal tahun 2000 saya telah menamatkan pengajian lanjutan saya pada peringkat Sarjana Sains, iaitu Sarjana Sains Pebangunan Sumber Manusia ((M.Sc) HRD di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Saya memulakan pengajian saya pada Disember 1998. Pengajian saya tersebut dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dalam erti kata yang lain saya mendapat biasiswa penuh untuk pengajian tersebut dan belajar sepenuh masa. Saya telah terbang ke Saeawak meninggalkan keluarga bagi mendapatkan sekeping Ijazah Sarjana tersebut.
Sebaik sahaja saya menerima tawaran tersebut saya telah melepaskan semua jawatan dalam parti bagi menumpukan sepenuhnya pengajian saya.
Pada tahun 2001 setelah beberapa lama saya berjaya menamatkan pengajian saya, saya telah menghadiri mesyuarat agung tahunan Pas Kawasan Mentakab sebagai pemerhati. Mesyauarat tahuna n tersebut merupakan mesyuarat pemilihan bagi kepimpinan untuk sesi 2001/2003. Dipendekkan cerita tidak semena-mena saya telah dicalonkan untuk bertanding jawatan Yang Dipertua. Oleh kerana saya hadir sebagai pemerhati saya tidak boleh berbuat apa-apa, apatah lagi untuk berucap dan menolak pencalonan tersebut. Saya masih ingat dalam pengundian sulit saya telah berjaya mengalahkan penyandang jawatan tersebut iaitu sahabat seusrah saya Ustaz Ahmad Nafiri Mat Tozi.
Maka dengan kemenangan tersebut ada di kalangan AJk Kawasan termasuk Ahli dari DPP cuba memperotes dan saya difahamkan hampir mereka meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati di atas kemenangan saya itu. (Sebenarnya perkara ini saya ketahui setelah beberapa lama selepas itu).
Kemudian pada tahun 2003 berlaku persempadanan smula kawasan pilihan raya dan ditakdirkan kawasan Mentakab telah di mansuhkan. Dengan sebab itu Pas Kawasan Mentakab telah berpecah di mana sebahagiannya masuk dalam Kawasan Temerloh (Lanchang dan Sanggang) dan sebahagianya pula masuk dalam Kawasan Kuala Krau (Kerdau) iaitu Kawasan Parlimen yang baru di wujudkan oleh SPR.
Oleh kerana saya YDP Kawasan Mentakab pada ketika itu, ada unsur-unsur untuk memaksa saya supaya menjadi YDP Kawasan Kuala Krau (kemudian diadakan mesyuarat khas bagi tujuan tersebut di Darul Ansar Lanchang)) dan sebenarnya saya juga diminta secara lisan paada ketika itu oleh Dato Tuan Ibrahim supaya menjadi YDP Pas Kawasan yang baru itu, tetapi saya menolaknya.
Dalam mesyuarat tersebut akhirnya saya telah dipilih sebagai TYDP Pas Kawasan Temerloh. Saya menerimanya dengan hati yang berat. Kemudian selanjutnya Pas Kawasan Temerloh berwajah baru di mana sebahagian kawasanya telah dipecahkan menjadi Kawasan Parlimen Bera. Maka sebahagian besar Pas Kawasan Mentakab iaitu Lanchang, Mentakab (Sanggang) dan Kuala Semantan menjadi Kawasan Parlimen Temerloh. Dan seterusnya saya dipilih pula menjadi Pengarah Jentera Piihan Raya Pas Kawasan Temerloh.
Kemudian pada tahun 2004 pilihan raya umum diadakan. Dan pada pilihan raya tersebut saya telah menarik diri sebagai petugas dan mulai saat itu saya tidak lagi bersama kepimpinan pas kawasan, namun saya masih mengikuti program dan aktiviti jamaah. Selama hampir lapan tahun saya tidak bersama saf kepimpinan.
Kemudian pada tahun 2011 melalui kepimpinan baru saya telah dilantik menjadi AJK Pas Kawasan. Kemudian dua atau tiga bulan sebagai KP dan sekarang dilantik pula sebagai PSU 1.
Selama saya sebagai AJK ini saya melihat dan menilai kepimpinan dan pengurusan parti sama seperti dahulu. Ada jamaah dalam jamaah.Ada klik dan ada perancangan di sebalik perancangan. Saya harian dan terkejut. Namun saya sabar dan tabahkan hati untuk terus bersama jamaah.
Saya merasa hairan, bagaimana sebagai ahli parti islam masih ramai yang berperangai hodoh lagi menjijikan. Mengaku sebagai pejuang islam. Beramal dengan islam. Ditarbiyah oleh islam. Berjuang untuk islam. Tapi akhirnya untuk kepentingan peribadi juga.
Bila ditanya apa tujuan awak berjuang dalam pas. Maka jawab hanya kerana Allah. Tak ada apa kepentingan, tak mahu ajawatan apatah lagi hendak jadi calon.
Tapi hakikatnya, apabila tiba musim pemilihan, awak calonkanlah aku, awak undilah aku dan berebut-rebutlah untuk menjadi pemimpin. Maka berlakulah jatuh menjatuh. Tuduh menuduh. Kata mengata. Kelompok berkelompok. Tapi mereka semuanya ini cerdik. Mereka tidak minta jawatan tersebut secara direct. Mereka cerdik, buat melalui proksi. Nampak memang bukan dia yang hendak tapi minta orang lain tolong ketengahkan, Bila di Tanya bukan aku mahu, tapi dah dicalonkan. Aku terima ajelah. Banyak pandai puak-puak ni. Mereka bina team mereka dan mereka runtuhkan team yang lain. Maknanya sama-sama ada teamlah.
Tapi saya tetap bersangka baik. Tujuan mereka adalah sayangkan jamaah. Bialah mereka berebut, iaitu berebut untuk menjadi pembela jamaah. Mendokong jamaah.
Namun seperti tahun 2004, peristiwa pemilihan calon pilihan raya berlakuku kembali. Cantas mencantas tetap berlaku. Lobi melobi jangan dikiralah. Tapi masih berkata bukan aku yang suruh. Bukan aku yang hendak. Tapi orang dah pilih. Aku ikut jelah. Itulah alasan. Itulah dalih. Tapi dalam hati agaknya.......
Hah, sekarang kecoh lagi hal calon ni. Berlaku lagi pecat memecat. Cantas mencantas. Tapi baik punya alasan. Undi majority. Suara ramai. Dah keputusan AJK. Dah keputusan Perhubungan. Dah kehendak jamaah. Banyak cantik alasan. Sangat tepat. Tak boleh di pertikai. Kena taat dan walak. Walak inilah alasan yang keramat. Walak ini alasan maksum. Apa keputusan jamaah mesti dipatuh. Jika tidak berdosa besar. Belot boleh dihukum pancung. Boleh dibunuh. Alasanhya, kerana lari dari medan perang.
Mari kita renungkan. Pada 22hb 1 satu mesyuarat khas di adakan. Keputusan muktamad. Calon lama dikekalkan. TYDP umumkan apa-apa pun, ikut mana pun, calon telah ditetapkan. Iatu calon lama.Dan tiada siapa pun dikalangan AJK yang tentang, yang bantah, yang protes. Clear.
24hb 1. DH negeri pagil pula semua ajk kawasan dan buat pertemuan. PJ kata kita nak pilih semula calon. Apa-apa pun nak pilih semula calon. Buat undi.
Saya cuba perbetulkan keadaan. Saya kata kawasan dah putus pada dua hari lepas, calon lama dikekalkan. Tida bantahan dalam mesyuarat tersebut. Pertemua ini nampaknya cuba mensabotaj calon lama. Cuba mencantas calon lama dengan cara yang cukup licik. Kerana apa yang saya Nampak jika berlaku perubahan calon maka mereka akan berkata, ini kehendak perhubungn. Dan jika tanya perhubungan pula, perhubungan akan kata ini kehendak kawasan. Kena ikutjelah. Kita dah undi. Ikutlah majority. Kena taat dan walak. Ooo banyak cantik permainan ni. Lebih teruk dari Yahudi lagi. Tanpa disedari.
Akhirnya apa yang saya jangka berlaku. Semua kena walak. Tak walak berdosa. Melawan keputusan jamaah. Masuk neraka. Boleh bunuh, sebab derhaka kepada pemimpin. Ilmu mana ni? Ajaran mana ni? Fahaman mana ni? Kata siapa ni? Mazahab mana ni? Ikut siapa ni? Ikut apa ni? Sebenarnya siapa yang tak walak?
Saya kata siapa yang tak walak. Kan dah buat keputusan pad 22hb. Kenapa panda 24hb. Kalau ikut fahaman saya, AJKlah yang tak walak pada keputusan yang lama. AJK buat keputusan baru. Ingkar keputusan lama. Langgar keputusan lama. Tapi ok je. Sebab perhubungan yang minta. Itulah alasan.
Maka kecoh lagi. MTD protes. Tolak calon baru. Maka kawasan kelam kabut. Keputusan baru cacamarba. MTD bertindak cepat. Kawasan buat pertemuan 27hb. MTD buat pertemuan 25hb. Kecoh. Kecoh.
Pada 27 hb pagi kawasan panggil lagi mesyuarat khas DH. Sibuk pasal keputusan MTD pada 26hb. SU kata MTD bincang tak releven. Kehadiran bukan dari upu. Keputusan tersebut dari budak muda. Tak boleh pakai. Kena buat persediaan untuk perjumpaan malam ni.
Aku diam je. Tengok gelagat puak puak ni.
Aku pun siasat. Betul ke kata SU ni. Bukan dari upu dan orang muda je yang hadir. Muslimat tak terlibat. Labu, labu.
Kemudian pada 1hb 2 pula ada mesyuarat AJK. Ramai yang hadir. Antara agenda yang saya Nampak penting tentang pengarah JPrD KS. SU kemukakan usul bertulis. Tuduh macam macam kepada Pengarah JPrD kuala semantan. Akhirnya buat keputusan dengan mengundi. Majoriti setuju Pengarah JPrD di pecat. 19 menyokong dan yang lain berkecuali. Mungkin 5 atau 6 orang. Saya tak kira sangat. Aya masih diam sahaja. Kalau bersuara pun nampaknya dah tak boleh pegi. Mind set majoriti AJK dah buat keputusan. Kesian. Aku tak nak terlibat perkara subahat ni. Menghukum orang tanpa yang dihukum dipanggil membela diri.
Saya hairan, pelik dan ajaib. Di kalangan AJK tu ada hafiz, ada urusan ulamak yang dah tentu ulamak, KPP ustaz juga ulamak, ada ramai ajak ustaz termasuk yang menuduh. Tapi boleh jatuhkan hukuman tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya.
Kalau ikut prosedur, ikut mana-mana undang-undang setiap perbicaraan mesti dibicarakan dengan kehadiran kedua belah pihak. Penuduh dan OKT. Tapi pas kawasan temerloh ni hebat betul. Boleh jatuhkan hukuman hanya semata-mata mendengar petuduhan yang dibacakan oleh SU dan kemudian buat justifikasi dengan menghukum Pengarah JPrD didapati bersalah. Hoooooo senangnya membuat hukuman. Buat tuduhan je, tanpa siasat, tanpa bukti, tanpa saksi, tanpa pembelaan dan tak bentuk JK khas terus buat keputusan. Atas alasan Pilihan Raya dah dekat. Senang nya buat justifikasi. Malah yang paling malang sekali terima pula hujah dari makenik dan nelayan yang baru kalitulah hadir mesyuarat.
Yang saya hairan, Ketua DPP ustaz, Ketua Urusan Ulamak lepasan pondok, boleh bersetuju cara penghakiman seperti ini, bahkan menguatkan hujah pula supaya boleh dipecat. Ulamak, ulamak.
Ajk yang lain jangan ceritalah. Berapi-rapi dsengan hujah taat dan walak. Terutama itu hah KDMP. Walak, walak, walak, Macam kita tak kena dia. Pakar menjatukan orang. KDMP Temerloh dulu dia jatuhkan. KDMP Pahang dia jatuhkan. Walak apa. Macam kita tak tahu permainan politik dia. Dialah yang bersungguh mengatakan saya dulu boleh dibunuh kerana lari dari medan perang. Tapi hukum buat fitnah macamana pula?. Tidakkah membuat fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh? Kesian.
Saya nak bagi tahu, selepas saya melepaskan jawatan, tiada seorang pun, saya ulang tiada seorang pun baik YDP, NYDP, SU, atau mana-mana ajak yang datang jumpa saya bagi nasihat, bagi amaran dan apa-apalah. KDPM jauh sekalilah. Tiba-tiba terus jatuh hukuman, saya boleh dibunun kerana belot. Saya masih ingat mesyuarat tahunan kawasan 2005 saya hadir dan saya diminta oleh pengerusi tetap Cikgu Khalid memberi penjelasan kenapa saya letak jawatan dulu. Tapi msjlis tidak mengizinkan. Itulah pejuang islam. Tuduh boleh, jatuh hukum boleh, Bela diri tak boleh. Adilkah? Islam kah? Apa?
Setahu saya, setiap petuduhan mesti dibuktikan. Samada saksi orang, saksi dokumen dan lain-lain. Mada malam 1hb tu, SU hanya baru baca pertuduhan. Betul ke tuduhan tu? Mana bukti? Mana saksi? Dia tak bawa pun semua tu. Tapi majlis yang kata pejuang dan penegak islam tu semua setuju. Islam apa yang diperjuangkan? Hukum mana yang nak ditegakkan? Kalau kena ke kita melenting, melalak, marah dan sebagainya. Tapi bila kena kat orang, hah padan muka. Itulah handal sangat. Ambil kau.
Berbalik pada pertemuan Kawasan dengan DDH Perhbungan. Sebaik sahaja keputusan dibuat saya terus balik dan fdikiran saya berlegar-legar. Ada rasa yang tidak kena pada saya. Tanpa berbuat sebarang justifikasi, saya menghantar satu mesej kepada CM. Bunyinya, “Salam maulidur rasul. Persoalan. Ngape DH perhubungan khususnya pj buat kerja gila ni? Dan CM balas “Salam. Ana dgn anta ni nak sebut sek kita. Apa yg berlaku kes tok guru pondok n utz hafiz jd itibar. Bab pru ni kita kena duduk ngetea”.
Itulah pimpinan kita. Langsung tak boleh disanggah. Saya difahamkan dia kata saya kurang ajar. Ustaz cakap gitu, ustaz apa ni, jagalah akhlak. Hah cuba lihat. Kalau ustaz semua kena buat baik, ikut je, walau tak betul. Itulah mknd set orang secular. Asal ustaz je tak boleh complain. Dia ingat ustaz ni tak de nafsu, tak ada perasaan, macam robot. Standard CM ke atas ni jangan campurlah politik, Auk jaga sekolah sudah. Duduk diam-diam. Jangan campur hal politik ni. Awak tak tahu. Awak tak ada pengalaman. Awak tak ada ilmu politik. Jangan kacau. Biarlah kome hal kome. Pegi main jauh-jauh.
Dia lupa zaman S Umar dulu, sahabat dia semua ustaz. Tapi mereka menegur umar bukan dengan SMS, bukan dengan lisan, tapi jika tak betul dengan pedang. Apalah pimpinan Pas Pahang ni. Dari PJ sampailah kepada ajaknya itulah pemikirannya. Kata sayalah. Bukan nak membangunkan jamaah. Tapi tanpa disedari meruntuhkan jamaah. Kan dah kecoh sekarang. Saya ingat pada kes 2004 dulu inilah orangnya yang jadi orang tengah antara Kasawan Temerloh dengan perhubunga, akhirnya hancus. Semua calon kalah. Dengan dia dia sekali kalah. Berangan nak tawan sri Pahang. Sori.
Ini satu hal pulak. Kalau akar umbi tolah, tarik dirilah. Jika ada harga diri dan maruah. Janganlah tersengeh sengeh, kehulu ke hilir, ah koi bukan nak, jamaah yang pilih. Amboi yak, sedapnya bercakap.
Lagi sedap. Ana sekelumit pun dalam hati tak nak jadi calon di KS, dan sedia tarik diri, dengan sayarat permintaan jamaah. Apa pula dengan syarat nya. Kalau dah tahu orang tak nak, tarik dirilah. Jangan ada syarat-syarat. Jika ada syarat syarat ni maknaanya nak bertandikngalah tu, Jangan pula nak menipu dan memperbodohkan diri sendiri. Kalau dalam solat, jika orang je makmum yang tak reda dia jadi imam, tak sah solat tersebut dan haram imam tu jadiimam. Walaupun ramai yang lain setuju dia jadi imam. Ke guane?
Alasan lagi, Sebab yang tolak tu orang muda dan bukan upu. Tapi setelah saya siasat yang tolaj tu bukan orang muda. Siapa Iamam man? Siapa Cikgu Osman, Siapa Adnan, Siapa Qarib, Siapa cikgu Zul dan siapa zul ahmad. Muda ke tua?. Dan muslimat pula Tanya, dan dai tak bantah. Soalannya ialah berikan sebab menapa nak tukar calon? Itu je. Apa sebab tukar calon?
Dan perjumpaan 27hb pula lain jadinya. Pihak kawasan tak ada sebab yang kukuh nak tukar calon. Alasanya satu je, iaitu kena walak. Yang hadir kata, kalau suruh walak, buat apa adakan pertemuan ini, buat arahan sahaja lah. Ini bila kita complain dikatakan tak walak. Siap baca ayat Quran lagi. Dan ada yang cabar supaya YDP kalau ada harga diri sila letak jawatan, Dapat dua undi je. Malulah sikit.
Banyak lagi kalau nak ikutkan cerita yang perlu ditulis. Tapi cukuplah sampai di sini sahaja. Kesimpulannya JPrK di bentuk hanya satu tujuan sahaja. Iaitu merancang untuk tolak Syed Hamid sebagai calon dalam PRU 13.
Saya tidak memihak mana-mana dan pada siapa siapa. Nak kata apa kat saya katalah saya tak kesah. Sebab saya teringat kata-kata kawan saya Alwi dari KL. Dia kata, ahli pas ni sama je dengan umno bahkan ada yang lebih teruk lagi. Cuma yang membezakannya ialah parti islam dan parti kebangsaan itu ja. Perangai sama je. Saya senyap je. Tak kata apa.
Saya tak kesah, siapa calon, siapa siapa saja. Yang saya tak setuju ialah cara dan pendekatan yang diambil. Saya ada prinsip. Prinsip saya ialah apa yang betul kita sokong dan pertahankan dan kalau salah perlu diperbetulkan. Membiasakan perkara yang betul dan membetukan perkara yang biasa. Biarlah kena caranya. Kalau cara PJ buat tu mengaibkan, Dah istihar jadi calon, tiba-tiba tak jadi. Ada yang dapat 2 undi sahaja.
Apa salahnya jika pada hari itu, 2 calon baru tu dengan rela tarikh diri, sebab dia sendiri yang istiharkan calon sebelum tu. Kalau betul betul betul ikhlas atau tak nak jadi calon walau sekelumit pun seperti yang dia luahkan. Atau PJ , minta pada hari itu mereka bertiga syura. Tak timbullah kecoh macam ni. Apa punya PJ. Dah ditegur tapi kononnya aku PJ, aku boleh buta keputusan yang aku suka. Inilah yang saya kitakn gila tu. Faham? Kalau tu pun tak boleh ak fikir tak tahu lah?
Lepas tu pula lantik pula Pengarah JPrD yang baru. SU pula jadi pengarah. SU ni pun satu tak ada maruah langsung. Dia yang cadang pecat lepas tu dia yang ambil jawatan tu. Gila kuasa betul. Ini ada unsur rasuah ni. Kalau ada harga diri, tolaklah. Dulu pun sama. Bila YDP dan AJK pecat jadi SU kawasan dia nilah juga buat hal. Terima jawatan tersebut. Kali ni berlaku lagi. Aaapalah.
Kesian, YDP, kesian TYDP, kesian AJK, Kesian pas kawasan, kesian Syed Hamid. Kena gugur jadi calon. Pakat pakat ini kalilah.
Wallahhu alam.
4 Feb 2013/23 Rabiul Awwal 1434
Selasa, 28 Ogos 2012
Menang
Salam. Sekarang sume orang banyak cakap tentang politik. Belum puase cakap politik. Mase raye cakap politik. Lepas raye cakap politik, dan cakap politik ini tak kan abis walau lepas pilihan raye.
Sane kate dai menang. Sini kate dia menang. Pemimpin kate kite menang, Pengikut kate kite menang. Sume menang.
Cakap-cakap memang sedap di dengo. Tengok isu, tengok orang datang program, tengok berita, tengok internet ohh menang doh.
Majlis rumoh terbuke ratusan ribu, puluhan ribu dan ribu-ribu yang datang, make menang doh. Kate biru.
Ijo pulok kate, menang. Sebab orang dok kate nok beruboh. Menang sambutan cukup hebat, menang orang dah ceredik. menang-menang-menang.
Keknye apakah syarat menang. apakah persediaan nok menang. apakah persediaan lepas menang.
Koi penoh cakap dulu, orang ijo ni memang tok kesoh sape calun. Sebab islam ajo taat pade pemimpin dan agame. Letok sape calun pun tok kesoh. Oarng baik ke. ade pelajaran ke, orang luwo ke, atau sape sape je. Kome pangkoh je. Tok kesoh.
Keknye kita tok pikir ke, ahli ijo dalam satu kawasan tu banyok mane? Kalau koi contoh dalam kawasn temeluh. Pengundi ande 60K lebih. Ahli ijo ande sekito 4K je. kalo sume ahli ijo pangkoh tok ke manang nye. Gone denga 56K pengundi lagi tu. Tok nojk ambil kere ke deme ke? Deme tu nok tengok juge sape calun die? Calun exco, calun MB, tok kan deme nok bagi calun-calun tu orabg luo. Ini kene pikir jugek. jangan dok asyik kate boleh menang keknye tetibe aloh kerane saloh pilih calun yang boleh menang.
Sebab calun ni ade beberape katogeri. Satu calun winable candidate, popular candidate dan local candidate. Hok mane dalam perancangn pimpinan. Koi tengok sume pimpinan ijo pahang ni outsider candidate. Dah guane. Sutan setuju nok angkit jadi mb kalu outsider candidate. Pengundi seluruh pahang akan nengok sume calun ijo ni. kalu sume calun outsider candidate tentu mereke pakat tok undi ijo. Kalu menang sape mk mereka. Kalau nok undi orang ijo je tok kesoh, memang dapet nye.
Orang pahang ni banyak persatuan, yang ahli nye ramai. Contoh, PINTAS, Waris Anok Pahang dan lain. Mereke boleh kabo ke ahli mereke, calun ni jangan pangkoh, kite pangkoh calun tu, Mereke juga ade kekuatan walau bukan pertubuhan politik.
Koi ni bukan cerite bab asobiah. kek nye cite soal strategi. Orang yang berstrategi walau pun dipihok yang salah akan menang berbanding dengan orang uang dipehok yang beno keknye tak ade strategi.
Sekian dulu. panjang doh cite tu. Junmpe lagi. Wassalam.
Selamat hari raya. maaf zahir batin.
Sabtu, 28 Julai 2012
Malehlah
Salam. Masa banyak. Badan sihat. Duit ada. Keperluan semua ade. Keknye ngape masih maleh.
Maleh baca, maleh nulis, maleh kerja, maleh pikir dan semuanye maleh. Ibadat macamane? maaleh jugek? Gi kuliah macamane? maleh jugek?. Mesyuarat macamane? maleh jugek?
Ape ke sebabnye maleh? Sebab sendiri? Anak-anak, keluarga, isteri, kawan-kawan atau ade satu sebab keknye susoh nok cakap.
Semalam ade program, ari ini ade, esok ade, tiap-tiap ari aade program. Kekney satu pun tok pegi. Hai punoh betui.
Sampai nok gi shoping pun maleh, Nok gi kedei pun maleh. Nok gi bank pun maleh. Hai , maleh-maleh,.
Satu lagi, TIPU, Kena tipu dan menipu. Kenapa suke menipu? dan kenape pulok kerap ngat kene tipu?
Tipu mase, tipu keje, tipu cerite, dan tipu duit. masaaloh lagi. Macam cara orang menipu. Ketike berurusan, metike membeli, ketike macam-macam. Semuany menipu. Hai .. tipu tipu.
Janganlah menipu dan jauhkan dari kene tipu.
Wassalam
Jumaat, 29 Jun 2012
Salam. Ketemu kembali.
Hari ini koi sihat je. Keknye sibuk tak menentu. Tok dapet nok berihat lalu. Program dan aktiviti penuh sepanjang hari.
Rabu lepas sempat jugek koi menziarahi mok koi di lanchang setelah 3 minggu tok dapet nok gi jumpe diyer. Syukur mok masih seperti dulu jugek. Sihat dan ceria.
Koi ni sebenonya sibuk tak menentu. Dari urusan keje yang memang tok abis sehingge pencenlah agoknye. Semalam ade acare sukan sekoloh, dan sebeloh petang hingge lewat senje baru balik. Kononnye nok beli sikit sebanyok bekalan ke Seoul minggu depan. Keknye hapoh mentidok tok dapat ape pun. Cume sempatlah jugek tuko duit.
Sebelum tu koi sibuk dengan hal sekoloh tahfiz koi. Pade jangkaannye ada pelajo nok masuk pade 1 julai ni. Sibuk buat persiapan dengan CM dan lain-lain, cari seponser, dan mohon bantuan lain. Tetibe pospon pulok. Terduduk CM dibuatnye. Tapi Insya Allah ianye akan terjadi. Ini sume seroh kepad al Fadhil Ustaz Nasa lah. Cikgu Hasenan jangan bimbanglah.
Lepas tu hal koperasi pulok. Jangkaannye mesyuarat agong pada 30 jun ni. Pade mulenye tiade majlis perasmian, last-last sepudin nok datang pulok. Kene buat mesorat ajk pulok. Kene buat persiapan pulok dan macam-macamlah. Koi dah nekad lepas ni tak de lagilah majlis perasmian ni. Buang mase je. Almklumlah koi ni pengerusi koperasi tu.
Minggu lepas kene gi penang mesorat di sane, bank persatuan. maake mase koi abis dua hari. Banyok bende nok kejo.
Lepas tu program kuliah tok boleh nok tinggai. Kene penuhi jugek, tamboh lagi keje. keknye tak pe. harap dan mohon Allah terime sebagai amal soleh.
Belum keje hei pati lagi. Dah due kali koi tok gi mesorat. Orang rumoh koi dah komplai, sebab program pati juge koi tak dapat nok gi. Mohon ampun banyak dari Allah dan montok maaflah kekawan.
Le ni sibuk buat persiapan terakhir untuk mensorat hari esok. Potostet bahan esok.
Oklah jumpe kenian, anok koi ade balik, dari PD dan insya Allah petang ni anok dari banting pulok balik. keknye ahad nanti keno anto die ke sane. Makenye kuliah di triang 3 pospon lagi dan program hijau x dapet nok hadir.
Mintok maaf pada kekawan dan moh ampun dari Allah.
Wassalam.
Selasa, 15 Mei 2012
Kenangan
Bismillahir rohmanir rohim. Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Salam dan selawat ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.
Pada tahun 1977 seingat saya waktu itu semasa saya dalam tingkatan 3, saya telah diperkenalkan oleh Abang Ipar saya tentang sebuah pertubuhan Islam yang bernama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Dan saya terus memohon untuk menjadi ahlinya.Saya telah menulis surat rasmi memohon menjadi ahli ABIM dan setelah itu saya telah diberikan senaskhah Perlembagaan ABIM. Namun sehingga hari ini permohonan saya tidak pernah diluluskan.
Semenjak hari itu walaupun saya tidak pernah menjadi ahli ABIM tetapi program dan aktiviti ABIM sering saya sertai terutama usrah. Dalam waktu usia saya yang begitu muda (16 tahun) saya telah didedah dengan pelbagai ilmu dan maklumat tentang politik semasa dalam dan luar Negara.
Dipendekkan cerita tiba-tiba pada tahun 1978 pilihan raya umum telah diumumkan dan pada tradisinya PAS tetap bertanding walaupun dalam kekuatan yang sangat minima. Dan hendak dijadikan kesah, tiba-tiba ayah saya sendiri telah diminta untuk menjadi calon PAS N.10 Kerdau dalam Parlimen Jerantut pada ketika itu.
Maka sejak dari itu pengalaman dan pemerhatian saya dalam ilmu politik telah bermula. Tambahan pula ayah saya sendiri yang menjadi Calon Pas ketika itu. Namun apakan daya saya baru seorang remaja dalam tingkatan empat hanya sekadar memerhati gerak kerja dan strategi yang dlaksanakan oleh Pas dalam menghadapi Pilihan Raya ketika itu. Saya melihat ayah saya keseorangan dalam membuat kerja-kerja pilihan raya terutamanya kerja kempen. Saya melihat seterusnya dia hanya dibantu oleh seorang yang saya kenali sebagai Pak Teh Yassin. Mereka berdualah ke hulu ke hilir berkempen supaya pengundi memilih calon Pas. Pak Teh Yassin memikui pembesar suara dan ayah saya ala kadar setakat ilmu yang ada pada dia berceramah membuat penerangan.
Saya tidak pula perasan sejauh mana kekuatan parti dan sejauh mana gerak kerja ahli parti pada ketika itu membantu ayah saya sebagai calon Pas untuk memenangi kerusi N.10 Kerdau, yang saya lihat ialah setiap pagi seawal jam 8.00 pagi ayah saya akan keluar berkempen dengan Pak Teh Yassin dan selewat jam 2.00 atau 3.00 pagi beliau balik. Saya tidak tahu dari mana datang sumber wang perbelanjaan, cetak poster, bahan kempen dan sebagainya yang diperolehi oleh ayah saya. Yang saya tahu selepas habis pilihan raya ayah saya telah berhabis berpuluh ribu. Kasihan. Namun dengan kekuatan yang sangat minima, dengan pengundi masih takut untuk memilih calon pembangkang namun kekuatan pas memang ada. Buktinya ayah saya tidak hilang wang pertaruhan.
Seperti biasa di hari mengundi kita dikehendaki menghantar bekalan makan dan persiapan lain untuk PACA. Walaupun saya baru dalam tingkatan empat oleh kerana tiada petugas, maka terpaksalah saya turut terlibat membantu dalam hal dan kerja pilihan raya. Saya masih ingat seawal jam lima pagi emak saya bangun memasak mungkin dibantu oleh orang kampung untuk diberi kepada petugas pada hari mengundi. Setelah semua bungkusan makan disiapkan, makas saya diminta menghantar bekalan makanan tersebut di setiap peti undi. Dengan sebuah kereta yang dipinjam dari abang ipar saya, dan saya tidak mempunyai lesen memandu pun, saya bersama Pak Teh Yassin telah pergi ke setiap pusat mengundi untuk mengagihkan bekalan makan kepada para petugas. Seingat saya kebanyakkan tempat mengundi tiada petugas kita walaupun mereka berjanji untuk turun membantu. Maka Pak Teh Yassin pun merungut, hai kemana pulok budok-budok ni dalam lorat Temerloh. Dengan rasa hampa saya pulang membawa pulang bekalan bungkusan makan yang tidak dapat diagihkan kepada petugas kerana mereka tiada bertugas. Cuba bayangkan betapa seronoknya BN kerana tiada petugas Pas bersama dalam bilik mengundi.
Sebelum itu saya juga mengetahui bahawa pihak SPR meminta semua parti politik yang bertanding melawat tempat-tempat mengundi, dan saya adalah wakil kepada parti Pas untuk melawat tempat mengundi tersebut. Saya ke sana bersama bapa saudara saya Tang Zeni.
Maka mungkin beraya sakanlah puak-puak UMNO memangkah kertas undi tanpa dipantau oleh petugas kita. Dan keputusannya ayah saya kalah dalam pilihan raya tersebut. Apa yang hendak saya kongsikan di sini itulah kekuatan Pas pada ketika itu. Pas bertanding bukan di atas kekuatan tetapi bertanding di atas semangat dan kewajipan dan menghalang sama sekali UMNO-BN menang tanpa bertanding.
Untuk makluman ayah saya pada ketika itu hanyalah seorang pemandu teksi dan berlawan dengan Mohd Salehuddin Omar rakan sekelasnya seorang bekas penghulu. Walaupun dari segi akademik dan pengetahuan jauh lebih baik dari Mohd Salehuddin (ayah saya mempunyai Diploma dari sebuah Institusi Pengajian Tinggi di Jerman Barat dan pernah melawat England serta fasih berbahasa Inggeris). Dan salah seorang penyokong kuat ayah saya ketika itu ialah Ustaz Reduan Harun bekas YB Kerdau menggantikan Allahyarham Abdullah Kia yang meninggal pada tahun dalam satu pilihanraya kecil selepas pilihan raya umum 1999.
Dan seperti biasa kekalahan berpihak kepada kita. Bersambung..................
Khamis, 10 Mei 2012
Keliru
Salam. Tiga hari sebelum mesyuarat Pas Kawasan Temerloh pada 4 Mei, saya telah diziarahi oleh beberapa orang pimpinan tertinggi termasuk CM. Di samping mereka menziarahi saya yang sedang sakit kami juga berbincang bagaimana mahu meningkatkan lagi gerak kerja Pas kawasan. Antara lain ialah merombak jawatan pengurusan termasuk SU dan KP.
Dalam mesyuarat AJK yang diadakan, saya tidak hadir kerana kesihatan saya tidak memngizinkan. Namun pada keesokkan harinya saya telah dihubungi oleh seseorang dan melahirkan rasa kekesalannya kerana apa yang dimaksudkan tidak menjadi. Mesyuarat menjadi kecoh dan timbul isu kata mengata dan lebel melabel antara sesame AJK dan ahli. Selang beberapa lama saya telah dihubungi sekali lagi tetapi orang yang berlainan, ceritanya sama. Wallahu alam.
Dari apa yang saya perolehi dari mula perbincangan awal sehingga tarikh sebenar mesyuarat diadakan kesimpulan yang saya boleh buat adalah sangat banyak.
Saya mohon maaf banyak-banyak, kalau inilah sikap dan sangkaan sesama kita alangkah jauhnya amalan dan penghayatan kita terhadap persahabatan dalam islam. Kita selamu menuntut bahawa aku tiada kepentingan langsung untuk menjawat sesuatu jawatan dalam jamaah. Aku tidak pernah mahu sekali pun untuk merebut jawatan dalam jamaah. Aku tak kesah pun kalau aku tidak dipilih. Walau apa dan siapa pun yang memegang jawatan aku tetap dan akan terus wala kepada pimpinan yang di pilih.
Namun hakikatnya dari kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan tindakan dan perangai kita, sejak mesyuarat cawangan, Kawasan dan mesyuarat AJK jauh bumi dengan langit pengakuan kita seperti di atas.
Dimana adab sahabat? Dimana adab berjamah? Dan di mana adab dengan ketua. Saya difahamkan YDP mencadangkan untuk merombak jawatan dalam pengurusan, dengan tujuan untuk membuat penambahbaikan dalam pengurusan parti. Tapi apa natijahnya? Bukan sahaja pandangan dan cadangan YDP tidak dihormati malah menetang secara terbuka dan menuduh sesama AJK dan Ahli dengan perkataan itu dan ini, melabel itu dan ini dan itulah sangkaan-sangkaan yang dilemparkan kepada yang berkenaan. Malang dan sungguh menyedihkan. Kalau pandangan YDP di tolak bahkan tidak di hormati apalah harapan kita untuk menerima penghormatan sesama sendiri.
Dan yang menyedihkan juga YDP langsung tiada mempunyai peluang untuk menentukan siapa gandingannya dalam mentadbir parti.
Saya teringat bagaimana kes perlantikan SUK Selangor suatu ketika dulu. MB mempunyai cadangnya sendiri namun dihalang oleh pihak yang berkepentingan. Apabila keadaan itu berlaku, kita sebagai pendukung jamaah menyelar tindakan pihak yang berkepentingan itu. Tapi hakikatnya tindakan kita serupa. Masing-masing sebenarnya memunyai kepentingan tersendiri. Mempnyai tujuan dan matlamat sendiri. Tergamah menyanggah cadangan YDP. Kerana apa? Kerana bimbang itu dan ini, takut itu dan ini dana memang masing-masing mempunyai agenda yang tersembunyi.
Dan yang malangnya lagi, orang yang dipilih tersebut menerimanya pula jawatan tersebut. Sama seperti SUK Selangor tersebut. Langsung tiada intergeriti dan maruah diri. Tapi alas an cukup kukuk. Kehendak jamah. Konon. Adakah kehedak YDP dianggap bukan kehendak jamaah yang memerlukan ahli wala’ dan taat kepada pimpinan? Wallahhu alam.
Sejak 10 tahun dulu, saya telah membaca dari sudut hati kecil, tak akan kemana jika kita masih bertelagah dan tiada wehdatul fikri, wehdatul amal, wehdatul tanzim dalam memandu, mengurus dan mentadbir jamaah.
Teringat akan kata-kata sahabat saya dari Kuala lumpur, sebanarnya kita ni sama sahaja dengan pihak sana, Cuma yang membezakannya hanya Islam. Tujuan, perangai, tindak tanduk, berebut jawatan, berkepentingan adalah sama. Ngata ke orang sedap ngat. Berpuluh tahun pegang jawatan ta mahu tukar-tukar. Keknya adakah kita tak gitu. Cuba tengok jawatan ketua muslimat? Berapa lamadah dia pegang? Tak tukar-tukar sejak saya kenal Dewan Muslimat. Sehingga satu ketika pernah cubaan menghalang mereka yang dicalonkan untuk bertanding.
Minta maaf kepada semua, terutamanya kepada Allahhu Rabul Jalil. Kalau macam ini sikap dan sangkaan kita saya mohon berundurlah. Saya tak mahu menambah sangkaan-sangkaan seterusnya. Tuan-tuan teruskan menguasai jamaah, sampai bila-bila hatta kiamat sekali pun.
Walaupun saya telah lama meninggalkan pengurusan jamaah, namun tindak tanduk tuan-tuan dalam pemerhatian saya sperti juga tuan sentiasa mencurigai saya. Tapi saya tidak pernah mencurigai tuan, Cuma saya memerhati tindak tanduk tuan.
Sehingga pernah sampai ke telinga saya YDP adalah papet kepada saya. Sungguh berat dan besar tuduhan tersebut. Wallah hu aklam. Mohon keampunan.
Satu lagi yang saya dapat liha, sikap jatuh menjatuh antara kita sama macam pearngai sebelah sana. Ada didapati, dia tidak mampu untuk pergi jauh dalam mengisi jawatan, mereka ini cuba pula menjolok atau mempromot orang lain supaya duduk di tempat itu. Sehingga sanggup mebelakangkan keputusan jamaah, Jamaah telah buat keputusan, dia cuba pula melobi supaya kepiutusan itu diganti dengan keputusan dan pandangan dia. Sikap keputusan sendiri mengatasi jamah masih berleluasa. Dan dikatakan pergi sendiri berjumpa PJ untuk melobi. Kenapa tak melobi untuk diri sendiri? Entahlah, saya pun tak faham, usrah sana, usrah sini, tazkirah sana tazkirah sini, ceramah sana, ceramah sini. Mengingatkan supaya mengutamakan jamaah, walhal diri sendiri jauh sekali bertindak sedemikian. Munafik!. Akulah yang pandai, akulah yang betul, akulah yang hebat dan akulah segala-galanya.
Wassalam.
Rabu, 9 Mei 2012
Sakit
BISIMILLAHIRROHMANINRROHIM
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihi. Salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad Saw. Segala puja dan puji bagi tuhan sekelian alam. Dan kesejahteran ditujukan kepada penegak dan pejuang agama dan kebenaran samada yang telah hidup maupun yang telah pergi.
Betapa lemahnya makhluk yang dipanggil Insan. Telah melangkaui empat minggu ini badan rasa sakit dan lemah. Teringat setelah saya menjemput seorang Imam untuk melihat dan merawat penyakit yang tidak kunjung sembuh, sekejap kebah dan banyak masa tidak kebah, iaitu pada 7 April 2012 saya telah menghantar dan menemani isteri ke suatu program jabatanya di Kolej Vokasional Muazzam.
Program yang bermula jam 9.30 pagi itu berakhir sekitar jam 2.20 petang. Sebaik sahaja isteri saya melangkahkan kakinya ke Dewan Kolej tersebut saya terus mencari musalla untuk menunaikan solat sunat Dhuha, dan sebaik sahaja beberapa ketika, saya ketemu sebuah surau yang tidak jauh dari Kolej tersebut. Lantas tanpa berfikir panjang saya terus membuat keputusan untuk terus ke surau tersebut.
Setelah selesai urusan saya dengan Yang Maha Pencipta, saya terus mendapatkan rehat dengan berbarng bagi melelapkan mata untuk menunggu selesainya program isteri saya. Namun waktu agak terlalu pagi baru sekitar jam 10.00 pagi.
Selepas setengah atau lebeih saya di situ, saya mengambil keputusan untuk meninjau kawasan Bandar Muazzam, dan saya terus menuju ke distinasi yang saya maksudkan walaupun sebenarnya saya tidak tahu arah mana jalannya.
Diringkaskan kesah seelah puas saya bermonolog di dalam kereta dan di sekitar Bandar Muazzam tersebut, saya mengambil keputusan untuk menunggu isteri saya di sekitar atau kawasan yang berhampiran dengan kolej di mana program isteri saya di adakan.
Setelah meninjau beberapa ketika saya terlihat di suatu kawasan yang agak redup di tepi sebuah hutan kecil. Waktu ketika itu sekitar jam 12.00 tengah hari atau lebih dengan hujan rintik-rintik. Lama saya menunggu namun program isteri saya nampaknya tak kunjung tamat. Dalam pada itu saya terus sahaja merehatkan badan dalam kereta di tepi hutan tersebut.
Setelah puas menunggu akhirnya sekitar jam 1.30 petang isteri saya menghubungi saya mengatakan program telah hamper selesai dan meminta saya menjemputnya. Namun akhirnya selepas satu jam menunggu lagi baharulah program tersebut benar-benar tamat. Dan saya dan isteri terus menuju untuk pulang ke Temerloh.
Pada keesokkan harinya badan terasa amat lemah, namun saya gagahi juga untuk rutin harian saya, kerja, kulliah, bangun malam, membaca quran dan sebagainya. Selama satu minggu saya mengalami gangguan tersebut.
Kemudian pada minggu ke dua saya tidak lagi mampu untuk terus bertahan dengan gangguan tersebut, sebaik sahaja selesai saya menguruskan beberapa keperluan pejabat saya memohon izin dari ketua jabatan saya untuk pergi ke klinik bagi mendapatkan rawatan dan saya telah diberi cuti satu hari walaupun saya minta dua hari. Dan setelah menerima rawatan saya di sapati sedikit demam dan diberi beberapa jenis ubat, namun keesokkan harinya badan saya masih tiada perubahan dan pada malamnya sekali lagi saya ke kelinik untuk mendapatkan cuti sehari lagi.
Pada hari ketiga (rabu) saya gagahi juga untuk bertugas namun saya terpaksa balik awal kerana keadaan saya semakin lemah. Dan pada hari khamis saya tidak boleh lagi menahan rasa sakit yang amat dan meminta isteri saya menghantar ke Hospital Temerloh. Setalah dirawat setengah hari saya dibenarkan pulang tetapi diminta untuk datang semula mendapatkan rawatan susulan. Pada keesokkan harinya saya ke klinik kerajaan Simpang Somgsang untuk pemeriksaan darah dan keadaan saya masih tidak berubah. Pada sabtu sekali lagi badan terasa amat lemah dan saya berpesan kepada isteri saya, saya terasa mahu meninggalkan dunia ini untuk selama-lamanya. Sekali lagi saya di bawa ke Hospital Temerloh, kalau dulu isteri saya yang menghantar namun pada kali ini terpaksa memanggil ambiulan. Dan seperti dulu juga setelah setengah hari saya di rawat saya dibenarkan pulang.
Hari Ahad dalam keadaan yang lemah saya terpaksa pula mempengerusikan satu mesyuarat ALK Koperasi Guru-guru dan Pegawai Agama Pahang Berhad kerana saya adalah pengerusinya.
Sebaik sahaja mesyuarat badan terus terasa lemah. Petang saya meminta isteri menghubungi Ustaz Zakaria untuk datang dan melihat keadaan saya.
Pada pagi Isnin badan semakin lemah. Langsung tiada tenaga untuk bangun. Sekali lagi saya meminta isteri memanggil doctor pula. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk dibawa ke KMC Kuantan dan meminta pertolongan Ustaz Nor Azmi menghantar saya ke sana di iringi oleh Cikgu Badri.
Di KMC saya terpaksa pula menunggu 4 jam untuk admint kerana KMC penuh. Setelah itu selama 3 hari 2 malam saya di rawat keputusannya saya tuidaklah sakit seperti keadaan diri yang sebenar. Isnin saya admint dan rabu saya minta discharge kerana tiada sakit yang memudaratkan pada pandangan doctor.
Saya pulang bersama isteri dan anak saya memandu pulang ke Temerloh. Dan saya terus mendapatkan rawatan alternative termasuk dengan Pusat Rawatan Kiswah. Namun sehingga hari ini keadaan saya belum pulih sepenuhnya dan masih dalam idah rawatan. Dan semalam saya mula bertugas seperti biasa walaupun dalam keadaan yang belum selesa.
Langgan:
Catatan (Atom)
