Isnin, 4 Februari 2013

SATU KESAH YANG TAK PERLU DIAMBIL POT Pada awal tahun 2000 saya telah menamatkan pengajian lanjutan saya pada peringkat Sarjana Sains, iaitu Sarjana Sains Pebangunan Sumber Manusia ((M.Sc) HRD di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Saya memulakan pengajian saya pada Disember 1998. Pengajian saya tersebut dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dalam erti kata yang lain saya mendapat biasiswa penuh untuk pengajian tersebut dan belajar sepenuh masa. Saya telah terbang ke Saeawak meninggalkan keluarga bagi mendapatkan sekeping Ijazah Sarjana tersebut. Sebaik sahaja saya menerima tawaran tersebut saya telah melepaskan semua jawatan dalam parti bagi menumpukan sepenuhnya pengajian saya. Pada tahun 2001 setelah beberapa lama saya berjaya menamatkan pengajian saya, saya telah menghadiri mesyuarat agung tahunan Pas Kawasan Mentakab sebagai pemerhati. Mesyauarat tahuna n tersebut merupakan mesyuarat pemilihan bagi kepimpinan untuk sesi 2001/2003. Dipendekkan cerita tidak semena-mena saya telah dicalonkan untuk bertanding jawatan Yang Dipertua. Oleh kerana saya hadir sebagai pemerhati saya tidak boleh berbuat apa-apa, apatah lagi untuk berucap dan menolak pencalonan tersebut. Saya masih ingat dalam pengundian sulit saya telah berjaya mengalahkan penyandang jawatan tersebut iaitu sahabat seusrah saya Ustaz Ahmad Nafiri Mat Tozi. Maka dengan kemenangan tersebut ada di kalangan AJk Kawasan termasuk Ahli dari DPP cuba memperotes dan saya difahamkan hampir mereka meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati di atas kemenangan saya itu. (Sebenarnya perkara ini saya ketahui setelah beberapa lama selepas itu). Kemudian pada tahun 2003 berlaku persempadanan smula kawasan pilihan raya dan ditakdirkan kawasan Mentakab telah di mansuhkan. Dengan sebab itu Pas Kawasan Mentakab telah berpecah di mana sebahagiannya masuk dalam Kawasan Temerloh (Lanchang dan Sanggang) dan sebahagianya pula masuk dalam Kawasan Kuala Krau (Kerdau) iaitu Kawasan Parlimen yang baru di wujudkan oleh SPR. Oleh kerana saya YDP Kawasan Mentakab pada ketika itu, ada unsur-unsur untuk memaksa saya supaya menjadi YDP Kawasan Kuala Krau (kemudian diadakan mesyuarat khas bagi tujuan tersebut di Darul Ansar Lanchang)) dan sebenarnya saya juga diminta secara lisan paada ketika itu oleh Dato Tuan Ibrahim supaya menjadi YDP Pas Kawasan yang baru itu, tetapi saya menolaknya. Dalam mesyuarat tersebut akhirnya saya telah dipilih sebagai TYDP Pas Kawasan Temerloh. Saya menerimanya dengan hati yang berat. Kemudian selanjutnya Pas Kawasan Temerloh berwajah baru di mana sebahagian kawasanya telah dipecahkan menjadi Kawasan Parlimen Bera. Maka sebahagian besar Pas Kawasan Mentakab iaitu Lanchang, Mentakab (Sanggang) dan Kuala Semantan menjadi Kawasan Parlimen Temerloh. Dan seterusnya saya dipilih pula menjadi Pengarah Jentera Piihan Raya Pas Kawasan Temerloh. Kemudian pada tahun 2004 pilihan raya umum diadakan. Dan pada pilihan raya tersebut saya telah menarik diri sebagai petugas dan mulai saat itu saya tidak lagi bersama kepimpinan pas kawasan, namun saya masih mengikuti program dan aktiviti jamaah. Selama hampir lapan tahun saya tidak bersama saf kepimpinan. Kemudian pada tahun 2011 melalui kepimpinan baru saya telah dilantik menjadi AJK Pas Kawasan. Kemudian dua atau tiga bulan sebagai KP dan sekarang dilantik pula sebagai PSU 1. Selama saya sebagai AJK ini saya melihat dan menilai kepimpinan dan pengurusan parti sama seperti dahulu. Ada jamaah dalam jamaah.Ada klik dan ada perancangan di sebalik perancangan. Saya harian dan terkejut. Namun saya sabar dan tabahkan hati untuk terus bersama jamaah. Saya merasa hairan, bagaimana sebagai ahli parti islam masih ramai yang berperangai hodoh lagi menjijikan. Mengaku sebagai pejuang islam. Beramal dengan islam. Ditarbiyah oleh islam. Berjuang untuk islam. Tapi akhirnya untuk kepentingan peribadi juga. Bila ditanya apa tujuan awak berjuang dalam pas. Maka jawab hanya kerana Allah. Tak ada apa kepentingan, tak mahu ajawatan apatah lagi hendak jadi calon. Tapi hakikatnya, apabila tiba musim pemilihan, awak calonkanlah aku, awak undilah aku dan berebut-rebutlah untuk menjadi pemimpin. Maka berlakulah jatuh menjatuh. Tuduh menuduh. Kata mengata. Kelompok berkelompok. Tapi mereka semuanya ini cerdik. Mereka tidak minta jawatan tersebut secara direct. Mereka cerdik, buat melalui proksi. Nampak memang bukan dia yang hendak tapi minta orang lain tolong ketengahkan, Bila di Tanya bukan aku mahu, tapi dah dicalonkan. Aku terima ajelah. Banyak pandai puak-puak ni. Mereka bina team mereka dan mereka runtuhkan team yang lain. Maknanya sama-sama ada teamlah. Tapi saya tetap bersangka baik. Tujuan mereka adalah sayangkan jamaah. Bialah mereka berebut, iaitu berebut untuk menjadi pembela jamaah. Mendokong jamaah. Namun seperti tahun 2004, peristiwa pemilihan calon pilihan raya berlakuku kembali. Cantas mencantas tetap berlaku. Lobi melobi jangan dikiralah. Tapi masih berkata bukan aku yang suruh. Bukan aku yang hendak. Tapi orang dah pilih. Aku ikut jelah. Itulah alasan. Itulah dalih. Tapi dalam hati agaknya....... Hah, sekarang kecoh lagi hal calon ni. Berlaku lagi pecat memecat. Cantas mencantas. Tapi baik punya alasan. Undi majority. Suara ramai. Dah keputusan AJK. Dah keputusan Perhubungan. Dah kehendak jamaah. Banyak cantik alasan. Sangat tepat. Tak boleh di pertikai. Kena taat dan walak. Walak inilah alasan yang keramat. Walak ini alasan maksum. Apa keputusan jamaah mesti dipatuh. Jika tidak berdosa besar. Belot boleh dihukum pancung. Boleh dibunuh. Alasanhya, kerana lari dari medan perang. Mari kita renungkan. Pada 22hb 1 satu mesyuarat khas di adakan. Keputusan muktamad. Calon lama dikekalkan. TYDP umumkan apa-apa pun, ikut mana pun, calon telah ditetapkan. Iatu calon lama.Dan tiada siapa pun dikalangan AJK yang tentang, yang bantah, yang protes. Clear. 24hb 1. DH negeri pagil pula semua ajk kawasan dan buat pertemuan. PJ kata kita nak pilih semula calon. Apa-apa pun nak pilih semula calon. Buat undi. Saya cuba perbetulkan keadaan. Saya kata kawasan dah putus pada dua hari lepas, calon lama dikekalkan. Tida bantahan dalam mesyuarat tersebut. Pertemua ini nampaknya cuba mensabotaj calon lama. Cuba mencantas calon lama dengan cara yang cukup licik. Kerana apa yang saya Nampak jika berlaku perubahan calon maka mereka akan berkata, ini kehendak perhubungn. Dan jika tanya perhubungan pula, perhubungan akan kata ini kehendak kawasan. Kena ikutjelah. Kita dah undi. Ikutlah majority. Kena taat dan walak. Ooo banyak cantik permainan ni. Lebih teruk dari Yahudi lagi. Tanpa disedari. Akhirnya apa yang saya jangka berlaku. Semua kena walak. Tak walak berdosa. Melawan keputusan jamaah. Masuk neraka. Boleh bunuh, sebab derhaka kepada pemimpin. Ilmu mana ni? Ajaran mana ni? Fahaman mana ni? Kata siapa ni? Mazahab mana ni? Ikut siapa ni? Ikut apa ni? Sebenarnya siapa yang tak walak? Saya kata siapa yang tak walak. Kan dah buat keputusan pad 22hb. Kenapa panda 24hb. Kalau ikut fahaman saya, AJKlah yang tak walak pada keputusan yang lama. AJK buat keputusan baru. Ingkar keputusan lama. Langgar keputusan lama. Tapi ok je. Sebab perhubungan yang minta. Itulah alasan. Maka kecoh lagi. MTD protes. Tolak calon baru. Maka kawasan kelam kabut. Keputusan baru cacamarba. MTD bertindak cepat. Kawasan buat pertemuan 27hb. MTD buat pertemuan 25hb. Kecoh. Kecoh. Pada 27 hb pagi kawasan panggil lagi mesyuarat khas DH. Sibuk pasal keputusan MTD pada 26hb. SU kata MTD bincang tak releven. Kehadiran bukan dari upu. Keputusan tersebut dari budak muda. Tak boleh pakai. Kena buat persediaan untuk perjumpaan malam ni. Aku diam je. Tengok gelagat puak puak ni. Aku pun siasat. Betul ke kata SU ni. Bukan dari upu dan orang muda je yang hadir. Muslimat tak terlibat. Labu, labu. Kemudian pada 1hb 2 pula ada mesyuarat AJK. Ramai yang hadir. Antara agenda yang saya Nampak penting tentang pengarah JPrD KS. SU kemukakan usul bertulis. Tuduh macam macam kepada Pengarah JPrD kuala semantan. Akhirnya buat keputusan dengan mengundi. Majoriti setuju Pengarah JPrD di pecat. 19 menyokong dan yang lain berkecuali. Mungkin 5 atau 6 orang. Saya tak kira sangat. Aya masih diam sahaja. Kalau bersuara pun nampaknya dah tak boleh pegi. Mind set majoriti AJK dah buat keputusan. Kesian. Aku tak nak terlibat perkara subahat ni. Menghukum orang tanpa yang dihukum dipanggil membela diri. Saya hairan, pelik dan ajaib. Di kalangan AJK tu ada hafiz, ada urusan ulamak yang dah tentu ulamak, KPP ustaz juga ulamak, ada ramai ajak ustaz termasuk yang menuduh. Tapi boleh jatuhkan hukuman tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya. Kalau ikut prosedur, ikut mana-mana undang-undang setiap perbicaraan mesti dibicarakan dengan kehadiran kedua belah pihak. Penuduh dan OKT. Tapi pas kawasan temerloh ni hebat betul. Boleh jatuhkan hukuman hanya semata-mata mendengar petuduhan yang dibacakan oleh SU dan kemudian buat justifikasi dengan menghukum Pengarah JPrD didapati bersalah. Hoooooo senangnya membuat hukuman. Buat tuduhan je, tanpa siasat, tanpa bukti, tanpa saksi, tanpa pembelaan dan tak bentuk JK khas terus buat keputusan. Atas alasan Pilihan Raya dah dekat. Senang nya buat justifikasi. Malah yang paling malang sekali terima pula hujah dari makenik dan nelayan yang baru kalitulah hadir mesyuarat. Yang saya hairan, Ketua DPP ustaz, Ketua Urusan Ulamak lepasan pondok, boleh bersetuju cara penghakiman seperti ini, bahkan menguatkan hujah pula supaya boleh dipecat. Ulamak, ulamak. Ajk yang lain jangan ceritalah. Berapi-rapi dsengan hujah taat dan walak. Terutama itu hah KDMP. Walak, walak, walak, Macam kita tak kena dia. Pakar menjatukan orang. KDMP Temerloh dulu dia jatuhkan. KDMP Pahang dia jatuhkan. Walak apa. Macam kita tak tahu permainan politik dia. Dialah yang bersungguh mengatakan saya dulu boleh dibunuh kerana lari dari medan perang. Tapi hukum buat fitnah macamana pula?. Tidakkah membuat fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh? Kesian. Saya nak bagi tahu, selepas saya melepaskan jawatan, tiada seorang pun, saya ulang tiada seorang pun baik YDP, NYDP, SU, atau mana-mana ajak yang datang jumpa saya bagi nasihat, bagi amaran dan apa-apalah. KDPM jauh sekalilah. Tiba-tiba terus jatuh hukuman, saya boleh dibunun kerana belot. Saya masih ingat mesyuarat tahunan kawasan 2005 saya hadir dan saya diminta oleh pengerusi tetap Cikgu Khalid memberi penjelasan kenapa saya letak jawatan dulu. Tapi msjlis tidak mengizinkan. Itulah pejuang islam. Tuduh boleh, jatuh hukum boleh, Bela diri tak boleh. Adilkah? Islam kah? Apa? Setahu saya, setiap petuduhan mesti dibuktikan. Samada saksi orang, saksi dokumen dan lain-lain. Mada malam 1hb tu, SU hanya baru baca pertuduhan. Betul ke tuduhan tu? Mana bukti? Mana saksi? Dia tak bawa pun semua tu. Tapi majlis yang kata pejuang dan penegak islam tu semua setuju. Islam apa yang diperjuangkan? Hukum mana yang nak ditegakkan? Kalau kena ke kita melenting, melalak, marah dan sebagainya. Tapi bila kena kat orang, hah padan muka. Itulah handal sangat. Ambil kau. Berbalik pada pertemuan Kawasan dengan DDH Perhbungan. Sebaik sahaja keputusan dibuat saya terus balik dan fdikiran saya berlegar-legar. Ada rasa yang tidak kena pada saya. Tanpa berbuat sebarang justifikasi, saya menghantar satu mesej kepada CM. Bunyinya, “Salam maulidur rasul. Persoalan. Ngape DH perhubungan khususnya pj buat kerja gila ni? Dan CM balas “Salam. Ana dgn anta ni nak sebut sek kita. Apa yg berlaku kes tok guru pondok n utz hafiz jd itibar. Bab pru ni kita kena duduk ngetea”. Itulah pimpinan kita. Langsung tak boleh disanggah. Saya difahamkan dia kata saya kurang ajar. Ustaz cakap gitu, ustaz apa ni, jagalah akhlak. Hah cuba lihat. Kalau ustaz semua kena buat baik, ikut je, walau tak betul. Itulah mknd set orang secular. Asal ustaz je tak boleh complain. Dia ingat ustaz ni tak de nafsu, tak ada perasaan, macam robot. Standard CM ke atas ni jangan campurlah politik, Auk jaga sekolah sudah. Duduk diam-diam. Jangan campur hal politik ni. Awak tak tahu. Awak tak ada pengalaman. Awak tak ada ilmu politik. Jangan kacau. Biarlah kome hal kome. Pegi main jauh-jauh. Dia lupa zaman S Umar dulu, sahabat dia semua ustaz. Tapi mereka menegur umar bukan dengan SMS, bukan dengan lisan, tapi jika tak betul dengan pedang. Apalah pimpinan Pas Pahang ni. Dari PJ sampailah kepada ajaknya itulah pemikirannya. Kata sayalah. Bukan nak membangunkan jamaah. Tapi tanpa disedari meruntuhkan jamaah. Kan dah kecoh sekarang. Saya ingat pada kes 2004 dulu inilah orangnya yang jadi orang tengah antara Kasawan Temerloh dengan perhubunga, akhirnya hancus. Semua calon kalah. Dengan dia dia sekali kalah. Berangan nak tawan sri Pahang. Sori. Ini satu hal pulak. Kalau akar umbi tolah, tarik dirilah. Jika ada harga diri dan maruah. Janganlah tersengeh sengeh, kehulu ke hilir, ah koi bukan nak, jamaah yang pilih. Amboi yak, sedapnya bercakap. Lagi sedap. Ana sekelumit pun dalam hati tak nak jadi calon di KS, dan sedia tarik diri, dengan sayarat permintaan jamaah. Apa pula dengan syarat nya. Kalau dah tahu orang tak nak, tarik dirilah. Jangan ada syarat-syarat. Jika ada syarat syarat ni maknaanya nak bertandikngalah tu, Jangan pula nak menipu dan memperbodohkan diri sendiri. Kalau dalam solat, jika orang je makmum yang tak reda dia jadi imam, tak sah solat tersebut dan haram imam tu jadiimam. Walaupun ramai yang lain setuju dia jadi imam. Ke guane? Alasan lagi, Sebab yang tolak tu orang muda dan bukan upu. Tapi setelah saya siasat yang tolaj tu bukan orang muda. Siapa Iamam man? Siapa Cikgu Osman, Siapa Adnan, Siapa Qarib, Siapa cikgu Zul dan siapa zul ahmad. Muda ke tua?. Dan muslimat pula Tanya, dan dai tak bantah. Soalannya ialah berikan sebab menapa nak tukar calon? Itu je. Apa sebab tukar calon? Dan perjumpaan 27hb pula lain jadinya. Pihak kawasan tak ada sebab yang kukuh nak tukar calon. Alasanya satu je, iaitu kena walak. Yang hadir kata, kalau suruh walak, buat apa adakan pertemuan ini, buat arahan sahaja lah. Ini bila kita complain dikatakan tak walak. Siap baca ayat Quran lagi. Dan ada yang cabar supaya YDP kalau ada harga diri sila letak jawatan, Dapat dua undi je. Malulah sikit. Banyak lagi kalau nak ikutkan cerita yang perlu ditulis. Tapi cukuplah sampai di sini sahaja. Kesimpulannya JPrK di bentuk hanya satu tujuan sahaja. Iaitu merancang untuk tolak Syed Hamid sebagai calon dalam PRU 13. Saya tidak memihak mana-mana dan pada siapa siapa. Nak kata apa kat saya katalah saya tak kesah. Sebab saya teringat kata-kata kawan saya Alwi dari KL. Dia kata, ahli pas ni sama je dengan umno bahkan ada yang lebih teruk lagi. Cuma yang membezakannya ialah parti islam dan parti kebangsaan itu ja. Perangai sama je. Saya senyap je. Tak kata apa. Saya tak kesah, siapa calon, siapa siapa saja. Yang saya tak setuju ialah cara dan pendekatan yang diambil. Saya ada prinsip. Prinsip saya ialah apa yang betul kita sokong dan pertahankan dan kalau salah perlu diperbetulkan. Membiasakan perkara yang betul dan membetukan perkara yang biasa. Biarlah kena caranya. Kalau cara PJ buat tu mengaibkan, Dah istihar jadi calon, tiba-tiba tak jadi. Ada yang dapat 2 undi sahaja. Apa salahnya jika pada hari itu, 2 calon baru tu dengan rela tarikh diri, sebab dia sendiri yang istiharkan calon sebelum tu. Kalau betul betul betul ikhlas atau tak nak jadi calon walau sekelumit pun seperti yang dia luahkan. Atau PJ , minta pada hari itu mereka bertiga syura. Tak timbullah kecoh macam ni. Apa punya PJ. Dah ditegur tapi kononnya aku PJ, aku boleh buta keputusan yang aku suka. Inilah yang saya kitakn gila tu. Faham? Kalau tu pun tak boleh ak fikir tak tahu lah? Lepas tu pula lantik pula Pengarah JPrD yang baru. SU pula jadi pengarah. SU ni pun satu tak ada maruah langsung. Dia yang cadang pecat lepas tu dia yang ambil jawatan tu. Gila kuasa betul. Ini ada unsur rasuah ni. Kalau ada harga diri, tolaklah. Dulu pun sama. Bila YDP dan AJK pecat jadi SU kawasan dia nilah juga buat hal. Terima jawatan tersebut. Kali ni berlaku lagi. Aaapalah. Kesian, YDP, kesian TYDP, kesian AJK, Kesian pas kawasan, kesian Syed Hamid. Kena gugur jadi calon. Pakat pakat ini kalilah. Wallahhu alam. 4 Feb 2013/23 Rabiul Awwal 1434

Tiada ulasan:

Catat Ulasan