Rabu, 9 Mei 2012

Sakit

BISIMILLAHIRROHMANINRROHIM Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihi. Salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad Saw. Segala puja dan puji bagi tuhan sekelian alam. Dan kesejahteran ditujukan kepada penegak dan pejuang agama dan kebenaran samada yang telah hidup maupun yang telah pergi. Betapa lemahnya makhluk yang dipanggil Insan. Telah melangkaui empat minggu ini badan rasa sakit dan lemah. Teringat setelah saya menjemput seorang Imam untuk melihat dan merawat penyakit yang tidak kunjung sembuh, sekejap kebah dan banyak masa tidak kebah, iaitu pada 7 April 2012 saya telah menghantar dan menemani isteri ke suatu program jabatanya di Kolej Vokasional Muazzam. Program yang bermula jam 9.30 pagi itu berakhir sekitar jam 2.20 petang. Sebaik sahaja isteri saya melangkahkan kakinya ke Dewan Kolej tersebut saya terus mencari musalla untuk menunaikan solat sunat Dhuha, dan sebaik sahaja beberapa ketika, saya ketemu sebuah surau yang tidak jauh dari Kolej tersebut. Lantas tanpa berfikir panjang saya terus membuat keputusan untuk terus ke surau tersebut. Setelah selesai urusan saya dengan Yang Maha Pencipta, saya terus mendapatkan rehat dengan berbarng bagi melelapkan mata untuk menunggu selesainya program isteri saya. Namun waktu agak terlalu pagi baru sekitar jam 10.00 pagi. Selepas setengah atau lebeih saya di situ, saya mengambil keputusan untuk meninjau kawasan Bandar Muazzam, dan saya terus menuju ke distinasi yang saya maksudkan walaupun sebenarnya saya tidak tahu arah mana jalannya. Diringkaskan kesah seelah puas saya bermonolog di dalam kereta dan di sekitar Bandar Muazzam tersebut, saya mengambil keputusan untuk menunggu isteri saya di sekitar atau kawasan yang berhampiran dengan kolej di mana program isteri saya di adakan. Setelah meninjau beberapa ketika saya terlihat di suatu kawasan yang agak redup di tepi sebuah hutan kecil. Waktu ketika itu sekitar jam 12.00 tengah hari atau lebih dengan hujan rintik-rintik. Lama saya menunggu namun program isteri saya nampaknya tak kunjung tamat. Dalam pada itu saya terus sahaja merehatkan badan dalam kereta di tepi hutan tersebut. Setelah puas menunggu akhirnya sekitar jam 1.30 petang isteri saya menghubungi saya mengatakan program telah hamper selesai dan meminta saya menjemputnya. Namun akhirnya selepas satu jam menunggu lagi baharulah program tersebut benar-benar tamat. Dan saya dan isteri terus menuju untuk pulang ke Temerloh. Pada keesokkan harinya badan terasa amat lemah, namun saya gagahi juga untuk rutin harian saya, kerja, kulliah, bangun malam, membaca quran dan sebagainya. Selama satu minggu saya mengalami gangguan tersebut. Kemudian pada minggu ke dua saya tidak lagi mampu untuk terus bertahan dengan gangguan tersebut, sebaik sahaja selesai saya menguruskan beberapa keperluan pejabat saya memohon izin dari ketua jabatan saya untuk pergi ke klinik bagi mendapatkan rawatan dan saya telah diberi cuti satu hari walaupun saya minta dua hari. Dan setelah menerima rawatan saya di sapati sedikit demam dan diberi beberapa jenis ubat, namun keesokkan harinya badan saya masih tiada perubahan dan pada malamnya sekali lagi saya ke kelinik untuk mendapatkan cuti sehari lagi. Pada hari ketiga (rabu) saya gagahi juga untuk bertugas namun saya terpaksa balik awal kerana keadaan saya semakin lemah. Dan pada hari khamis saya tidak boleh lagi menahan rasa sakit yang amat dan meminta isteri saya menghantar ke Hospital Temerloh. Setalah dirawat setengah hari saya dibenarkan pulang tetapi diminta untuk datang semula mendapatkan rawatan susulan. Pada keesokkan harinya saya ke klinik kerajaan Simpang Somgsang untuk pemeriksaan darah dan keadaan saya masih tidak berubah. Pada sabtu sekali lagi badan terasa amat lemah dan saya berpesan kepada isteri saya, saya terasa mahu meninggalkan dunia ini untuk selama-lamanya. Sekali lagi saya di bawa ke Hospital Temerloh, kalau dulu isteri saya yang menghantar namun pada kali ini terpaksa memanggil ambiulan. Dan seperti dulu juga setelah setengah hari saya di rawat saya dibenarkan pulang. Hari Ahad dalam keadaan yang lemah saya terpaksa pula mempengerusikan satu mesyuarat ALK Koperasi Guru-guru dan Pegawai Agama Pahang Berhad kerana saya adalah pengerusinya. Sebaik sahaja mesyuarat badan terus terasa lemah. Petang saya meminta isteri menghubungi Ustaz Zakaria untuk datang dan melihat keadaan saya. Pada pagi Isnin badan semakin lemah. Langsung tiada tenaga untuk bangun. Sekali lagi saya meminta isteri memanggil doctor pula. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk dibawa ke KMC Kuantan dan meminta pertolongan Ustaz Nor Azmi menghantar saya ke sana di iringi oleh Cikgu Badri. Di KMC saya terpaksa pula menunggu 4 jam untuk admint kerana KMC penuh. Setelah itu selama 3 hari 2 malam saya di rawat keputusannya saya tuidaklah sakit seperti keadaan diri yang sebenar. Isnin saya admint dan rabu saya minta discharge kerana tiada sakit yang memudaratkan pada pandangan doctor. Saya pulang bersama isteri dan anak saya memandu pulang ke Temerloh. Dan saya terus mendapatkan rawatan alternative termasuk dengan Pusat Rawatan Kiswah. Namun sehingga hari ini keadaan saya belum pulih sepenuhnya dan masih dalam idah rawatan. Dan semalam saya mula bertugas seperti biasa walaupun dalam keadaan yang belum selesa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan