Rabu, 22 Februari 2012

Kenangan.

Untuk tatapan pembaca Ini bukan untuk kempen anwar tapi artikel sebagai rujuksn saye kerane dalam berite ini nama saye ade di tulis. Sekadar itu saja. TEMERLOH: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan asakan media pro Umno yang menuduhnya sebagai menyokong Israel ekoran temu bual dengan Asian Wall Street Journal (AWSJ) bulan lalu adalah fitnah dan putar belit. Sambil menegaskan propaganda dan kontroversi tersebut sengaja direka bagi menutup pelbagai skandal pemimpin Umno yang mulai dipersoalkan rakyat, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat berkata, pada masa sama beliau tidak diberi peluang menjawab fitnah itu dalam media yang sama. “Kenapa tidak disiarkan wawancara penuh itu yang saya sebut sokongan kepada Israel tertakluk kepada syarat tanah Palestin yang dirampas dikembalikan semula, barangkali mereka tak faham perkataan contingent itu. “Jadi itu bukan bermakna saya sokong Israel, sedangkan menuntut semula hak wilayah Palestin inilah juga yang diperjuang dan dimahukan Hamas. Sebab itu saya sendiri rapat dengan pimpinan Hamas termasuk Khalid Mashaal. “Oleh itu tuduhan saya penyokong Israel samalah dengan fitnah terdahulu seperti saya agen Amerika, agen China, sokong undang-undang hubungan sejenis dan macam-macam lagi,” katanya. Ketua Pembangkang itu berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk tempatan pada majlis Minum Petang Bersama Anwar di Felda Bukit Damar, Lanchang dekat sini semalam. Beliau dalam rangka program turun ke padang sehari di Pahang termasuk berceramah di Kuantan dan berakhir di Parlimen Pekan pada sebelah malamnya. Turut berucap Timbalan Ketua Perhubungan PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid, Ketua Biro Felda dan Orang Asal PKR Pusat Suhaimi Said dan Ketua Penerangan PAS Temerloh Suhardiman Mohd Lazim. Anwar percaya, beliau akan terus menjadi mangsa serangan media Umno sebagai cubaan menutup isu-isu kritikal yang dibicarakan rakyat seperti rasuah, penyalahgunaan wang rakyat seperti skandal NFC, harga barang yang melambung tanpa kawalan dan pengangguran. “Semua itu Umno dan kerajaan tak mampu jawap lalu cuba ditutup dengan pelbagai isu yang menyerang peribadi supaya fokus rakyat tidak terhala kepada isu-isu tadi. “Prestasi ekonomi negara berada dalam keadaan teruk sehingga boleh bankrap jika BN berbelanja mewah dengan berhutang. Sebab itu saya cabar Najib berdebat, tapi beliau tiada respons walaupun ambil kesempatan menghentam PR melalui media mereka,” tambahnya. “Semua itu Umno dan kerajaan tak mampu jawap lalu cuba ditutup dengan pelbagai isu yang menyerang peribadi,” tambahnya. Anwar berkata, sekarang ini digemparkan kerajaan sibuk mengagihkan wang tunai RM500 bagi membina persepsi di kalangan rakyat bahawa Umno baik walaupun ia berlaku hanya sekali dalam tempoh 50 tahun, berhampiran pilihan raya dan setelah mereka merasa terdesak mungkin kalah. “Kita nak tegaskan bahawa PR boleh lakukan lebih baik umpamanya di Selangor bagi anak mula lahir RM200 setiap bulan yang mati diberi RM2,500, pelajar masuk universiti diberi RM1,000, air percuma. Itu baru kerajaan negeri. Di Pahang ada macam itu? Jadi nak sokong Umno buat apa? “Saya masih mahu tegaskan komitmen PR bahawa jika memerintah Puterajaya akan turunkan harga minyak sebab Malaysia pengeluar utama. Hasil minyak sekarang RM90 bilion dulu masa saya RM30 bilion jadi hasil meningkat tiga kali ganda tetapi pendapatan rakyat tidak meningkat sebanyak itu,” jelasnya. Mengenai skim baru perkhidmatan awam (SBPA) yang masih menjadi pertikaian, Anwar berkata penjawat tinggi mendapat kenaikan melampau manakala yang berpangkat rendah naiknya sikit menyebabkan berlaku ketidak adilan. Sedangkan PR komited dengan janji gaji minima RM1,100 sebulan. Kepada jentera PR Anwar mengingatkan, jangkaan beliau pilihan raya umum (PRU) mungkin akan dipercepatkan berdasarkan perkembangan terakhir. GAMBAR Anwar menunjukkan gambar beliau bersama pemimpin Hamas, membuktikan beliau menyokong perjuangan rakyat Palestin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan