Rabu, 22 Disember 2010

Rugi

AIR ASIA CEKIK PELANGGAN



Pada 23 Dis 2010 yang lepas, saya bersama keluarga dan rakan-rakan telah melancong ke Phnom Phen, Kemboja. Kami menaiki pesawat tambang murah Air Asia.

Namun di saat akhir (sehari sebelum penerbangan) seorang dari peserta rombongan kami telah mengalami kecemasan dan masalah keluarga. Beliau telah tidak dapat terbang bersama kami untuk tujuan melancong ke Kemboja seperti yang telah dijadualkan.

Oleh kerana bayaram tambang telah dibuat sepenuhnya maka kami telah memohon kepada pihak Air Asia melalui sebuah agensi pelancongan untuk membuat pertukaran penumpang. Saya telah diminta untuk mengnguruskan pertukaran tersebut. Pada awalnya saya diminta menyediakan salinan kad pengenalan orang yang membatalkan penerbangan dan orang yang akan menggantikan tempahan tersebut. Dan saya telah menyediakan kehendak tersebut.

Kemudian setelah itu saya telah diminta pula untuk menghantar salinan passport antarabangsa kedua-dua mereka yang terlibat. Tapi malangnya oleh kerana kesuntukan masa dan kecemasan, saya hanya berjaya menyediakan salinan passport pengganti sahaja.

Oleh kerana saya gagal menyediakan passport orang yang membatalkan penerbangan tersebut, pihak Air Asia tidak mahu melayan permohonan saya.

Soalnya ialah, saya bukan mahu Air Asia memulangkan kembali wang yang telah dibayar akibat pembatalan penerbangan tersebut. Saya cuma memohon dari pihak penerbangan Air Asia menggantikan penumpang yang baru. Dan sekiranya bayaran pertukaran akan dikenakan maka saya bersedia untuk membayarnya.

Kenapa Air Asia sangat “rigit” dan begitu “straight” sehingga langsung tiada budi bicara untuk membolehkan pertukaran tiket penumpang dibuat. Kenapa begitu susah untuk membuat pertukaran tiket? Akibatnya pihak kami telah mengalami kerugian satu tiket penerbangan. Kalau sekiranya Air Asia menerima permohonan pertukaran penumpang, Air Asia tidak akan rugi satu sen pun. Namun apabila ini berlaku pihak kamilah yang mengalami kerugian dan pihak Air Asia telah membuat keuntungan tanpa membawa penumpang..

Agaknya inilah yang menyebabkan Air Asia sentiasa mendapat keuntungan setiap tahun di atas bayaran yang dibuat oleh penumpang yang penumpang tersebut tidak pun membuat penerbangan. Ingin saya nyatakan bahawa penumpang tersebut tidak membaut penerbangan bukan kerana suka-suka, tetapi kerana terpaksa.

Kalau pun sekiranya saya tidak memenuhi prosedur pertukaran penumpang, apakah tiada pendekatan “budi bicara” yang boleh dilakukan. Dan sekiranya budi bicara ini dilakukan makan konsep menang-menang akan berlaku. Saya percaya bukan saya seorang sahaja yang mengalami keadaan seperti ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan