Ahad, 17 April 2011

Salam.

Bismillahirrohmanirrohim. Assalamualaikum. wbt. Selamat bertemu dan berjumpa kembali.
Pertamanya bersyukur kehaddarat allah swt kerana memanjangkan deruan nafas di dunia ini.

Pertamanya saya mohon maaf kerana memang telah lama tidak menulis di ruangan ini. Setelah balik dari menunaikan umrah cuti sekolah dulu, saya terlupa passwor dan sebab itulah saya tidak menulis di laman blog ini. Entah macamana pada pagi ini saya mencuba dan blog ini boleh dibuka, namun saya terlupa semula passwordnya.

namun saya akan terus juga menulis dikesempatan yang ada ini.

Dalam ingatan saya, setiap hari isu yang pelik-pelik tidak pernah habis, ekonomi, sosial, budaya dan tidak terlepas isu politik dan pribadi. Namun harga diri dan maruah tidak lagi di ambil kira apatah lagi soal huku halal dan haram. Agama itu tidak lagi menjadi priorati sebagai sumber rujukan maklumat.

Secara umumnya duan isu dahaja menjadi matlamat ummat. Ekonomi dan politik.

Secara umum juga mari kita lihat, apabila kita celik sahaja biji mata dari tidur, terus sahaja bekrja, cari makan, cari harta, kumpul wang dan yang sewaktu dengannya. Betulkan.

Kemudai apabila bettemu sesama angkatan seperjuangan maka politik pula menjadi topik perbualan. Kenapa kedua isu ini menjadi fokus?

Bukankah banyak lagi isu lain tapi manusia sanggup menipu, menganiya, menzalimi, membunuh, menyeksa demi untuk mencapai matlamat yang dua itu.

Malang kalau kita termasuk dalam golongan itu, tanpa memikirkan soal, budaya, latar belakang, adat, tradisi dan yang teruknya meninggalkan nilai-nilai dan tuntutan agama.

Kita ada agama atau tidak ada? kalau ada, agama apa, kalau tiada kenapa?
Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan