Khamis, 14 Februari 2013

Sambung semalam

JANGAN PERCAYA. INI BOHONG. DI ZAMAN PENCERAHAN. Rahib atau paderi menjustifikasikan tindakannya dengan mengatakan mereka adalah bayangan tuhan. Ingkar berdosa. DI ZAMAN DAH CERAH. Sebahagian ulamakpolitik menjustifikasikan tindanganya dengan perkatakan walak. Ingkar berdosa. Maka, menjajalah kehulu dan kehilir. Kita mesti walak. Ini keputusan pimpinan. Wajib ikut. Siapa ingkar dan lawan keputusan pimpinan berdosa. Urusan ulamak jaja. Dewan Muslimat jaja. Dewan Pemuda jaja. Kroni jaja. KESAH BOHONG KEDUA. Kesah 1 Dulu , tahun 2008 berlaku satu peristiwa di sebuah negeri bernama negeri Perak. Ditakdirkan tuhan Be End tewas dalam pilihan raya. Yang menang Pi Ar. Sebelas bulan kemudian berlaku satu peristiwa besar. Begini ringkas cerita. Pada satu pagi, ketika berlaku persidangan orang besar-besar di sebuah dewan yang mulia. Ada dua pihak. Satu Pi Ar dan Dua Be End. Semasa jurucakap Pi Ar hendak memulakan persidangan dia diangkat dengan kerusi sekali ke luar dewan persidangan dan tempat dia diambil alih oleh jurucakap Be End. Di pendekkan cerita puak Be End menang dengan cara paksa dan konspirasi. Kalah Pi Ar. Majoriti Be End menang. Lepa itu riuh sampai ke planet marikh, peralihan itu tak sah. Kerana prosedur tak betul. Memang dapat sokongan majority, tapi cara konspirasi. Apabila Kesah 2. Berlaku di Negeri Kole Santan. Baru-baru ni, Kesahnya lebih kurang sama dengan kesah 1. Cuma isunya lain sikit. Ia itu kes nak pilih wakil tok wakil. Tok Wakil yang lama dah di istihar akan menjadi wakil tok wakil sekali lagi. Ada pihak tak puas hati bawa dan mengadu pula ke peringkat sikit atas. Maka berlaku persidangan sama seperti kesah 1. Dipendekkan cerita. Dalam undi menang pihak yang mengadu. Di seret wakil tok wakil lama ke luar dan pilih wakil tok wakil baru dengan menang majoriti secara paksa. Yang lucunya, sebelum itu yang mengistiharkan wakil tok wakil lama akan jadi wakil tok wakil ialah wakil tok wakil yang baru dipilih. (Baca dan fahamkan betul-betul). Macam ada konspirasi. MORAL Apa beza dengan kesah 1 dan kesah 2? Kesah 1. Pi Ar di paksa turun dari kuasa dengan undi paksa. Kesah 2. Tok Wakil Lama di paksa tukar dengan undi kroni. Habis? Apa beza sebelah sana dengan sebelah sini? Perangai serupa. Kardah dan pendekatan memilih serupa. Pejuang Islam dan pejuang kebangsaan serupa. Naikkan kroni. Awak kroni koi. Awak bukan kroni koi. Keknya (tetapi) apabila kita tegur marah melenting. Apabila ditegur dengan bahasa baik puak ni tak faham. Puak ni kena guna bahasa brutal. Itu pun tak faham juga. Kerana marah dan tak puas hati di tegur maka dia buat alasan awak tegur menggunakan dengan kata kasar dan sebagainya. Mana boleh! Tiada adab. Eh, Eh. Apabila kita tegur dikatakan tak beradab. Yang dia buat majlis itu dan paksa pilih wakil baru boleh dan sangat beradab? Itulah, kita semua betul. Orang lain semua salah. Oleh kerana hujjah dah habis, disuruhnya kita duk daim je, jangan campur soalan Pi Ar Yu. Awak duduk diam-diam gi jaga budak-budak sekolah tu. Bab Pi Ar Yu serah ke kome jelah. Awak ikut jelah keputusan kome. Kome retilah nak buat.! Terima kasih jelah! Koi bukan ada kepentingan apa-apa. Yang lama ke, yang baru ke, ada koi kesah. Yang koi kesah ialah soal prinsip, kesaksamaan, adil. Kaedah yang betul. Awok menang ke, awak kalah ke, itu awak punya pasal. Koi bukan berjuang kerana individu. Bukan berjuang kerana rodong. Koi berjuang kerana kebenaran. Bagi koi benar itu benar, salah itu salah. Itu je. Lillahi taala. Insya allah. Di ucapkan selamat maju jaya. p/s: ini semua cerita bohong, jangan percaya. Wallahu alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan