Rabu, 20 April 2011

Malaysia

Banyak isu dan peristiwa yang pelik berlaku setiap hari. Dari kes jenayah berat seperti bunuh, rogol, rompak hinggalah ke kes curi, pukul, gaduh, samun dan lain-lain.

Dari orang tua, dewasa sehinggalah kanak-kanak sekolah. Apa yang malang dan menyedihkan peristiwa guru yand di dakwa membunuh pelajar, pelajar tumbuk guru hingga patah hidung dan kelmarin anak pula pukul ayah. Apa nak jadi dengan negara kita.

Jika dikaitkan denga perjalan dan keterangan dari pimpinan, bekas pimpinan dan lain-lainnya termasuk pakar agama seperti mufti, mereka semua menyalahkan keadaan, media massa termasuk kesalahan ibubapa dan penjaga. Langsung tiada kaitan dengan pimpinan dan kerajaan. Kerajaan sentiasa betul dan maksun. Dengan kata mudah, semua pemimpin negara tiada kaitan dengan peristiwa tersebut kerana kami adalah maksum. Yang salah ialah rakyat dan orang awam. Kami buat semua betul, sistem ekonomi betul, sistem pentadbiran betul, sistem pendidikan betul bahkan sistem perundang dan dasar-dasar negara yang sekular juga betul.

Malangnya pakar agama seperti mufti tak pernah berbuat apa-apa yang terzahir. Hanya berani mengatakan dan mengeluarkan fatwa tarian poco-poco haram. Kenapa tak erani kata, pengeluaran lesen judi haram, buat kasino digenting haram, melaksanakan sistem sekular haram, menggunakan jentera kerajaan dalam kempen pilihan raya haram, mendedahkan aurat haram walaupun tak buat fatwa pun memang dah haram, melaksanakan sistem yang bercanggah denga agama haram, berjabat tangan antara bukan mahram haram dan banyak lagi.

Baru-baru ini bekas PM kita Che Det kata DAP berjaya membawa fahaman rsis ke serawak. Ini pun satu cerita yang melucukan. Bagaimana kita melihat cara mereka cuba memesongkan kemerbahayaan rakyat jika tidak menyokong paarti kerajaan. Cuba fikir, UMNO parti kebangsaan tidak dianggap rasis, DAP parti pelbagai kaum (cuma pimpinan teringi mereka ramai Cina) rasis. Parti kebangsaan tidak rasis, tidak perkauman, tapi parti pelbagai kaum rasis dan di angap perkauman. Pelik dan gila Che Det ni. Tapi kita tahu itu sebenarnya bertujuan untuk psyco rakyat yang bangang macam dia aje. Rakyat tak akan percaya semua itu kecuali rakyat yang bangang macam mereka.

Huh tapi, cuba baca paper semalam, BH terutamnya, semua pencacai mereka sokong kenyataan tersebut dalam rencana mereka dan bodohnyalah mereka menyokong perkara yang bathil. Tak fikir ke meraka dan tak mereka tahu penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa dan lain-lain jenayah yang dilakukan oleh pimpinan. Tahu, mereka tahu, tapi hatinya telah dihitamkan sehingga tak nampak lagi yang putih. Yang penting soro mesti kencang.

Sebelum terlambat, marilah kita cepat.

Itulah ciretan pagi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan