Sabtu, 27 Jun 2009

Kuantan

Salam. Hari terus berlalu. Secara fitrahnya kita semua follow the rule sahajalah. Tunggu saat akhir dunia suka atau tak suka.

Isnin lepas YM Raja panggil koi untuk tolong dia program perasa JKR Pahang. Maka tepat jam 9 koi sampai di Seri Malaysia untuk tolong dia.

Tapi setakat tolong tekan komputer baik tak payah dan terima kasih ajelah. Koi ade juga kepakaran lain yang lebih hebat dari itu.

Malam selasa koi ada kuliah di surau hijau. Malangnya terringgal hp. Petangnya hujan sangat lebat. Semasa balik dari surau koi maklumkan kepada abg hussin tentang hp koi. Namun sehingga khamis tiada khabar berita. Akhirnya koi gi sendiri baru dapat balik hp koi. Pelik, koi kalau orang dalam kesusahan, koi akan cuba tolong sedaya upaya, tapi tidak jika koi dalam kesusahan.

Semalam koi ke kuantan ke YP. Solat jumaat di Sentosa maran. Masjid cukup besar namun ahli jamaahnya sangat kurang.

Sampai YP urusan anak, dan lepas tu makan keropok kejap. Terus ke Alor Akar rumah cu, bagi salam 3 kali tiada sahutan. Telepon tiada juga jawapan. Kemudian terus ke rumah kak long di sekilau. Semua anak jantanya ada, muha, qiu, pp dan net. Anak jantan koi tinggal di situ puda. Syukur nawafil dapat tawaran jururawat. kak long nampak sihat.

Solat asar di masjid sekilau, nampak ada majlis forum ahli penalnya MB Pahang. Bahyah laki bini. hebat dunia.

Singgah sebentar di giant, ingat nak makan sikit, tapi malas kerana anak-anak tiada, shoping sikit dan terus ke rumah aiteh seman. Tapi dia tak ade. Namun mak teh dan cucunya ada, termasuk amin yang dah lama tak jumpa.

Selesai solat dan minum kopi o sikit terus balik temerloh. Ingat nak pekena durian ikut jalan lama. nampaknya tiada, masuk lebuh raya melalui seri jaya dan pekena durian di rumah selepas beli dari botak.

Nampaknya seminggu telah berlalu, dan tanpa disedari kehidupan berlalu tanpa disedari. Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan